Masalah Tidur: Antara hutang tidur dan insomnia
BARU-BARU ini ada laporan akhbar menyebut 54% atau 200 daripada 370
orang
yang disoal siasat didapati mengalami hutang tidur akibat masalah sukar
lena
atau tidurnya terganggu.
Turut diperkatakan bahawa gangguan seperti ini dikhuatiri mengancam
kesihatan, keselamatan,menyebabkan gangguan mental dan pencapaian
akademik
rendah.
Ada dua perkara penting dalam laporan ini,pertamanya hutang
tidur,dalam
bahasa Inggeris disebut 'sleep debt' dan keduanya isu berkaitan dengan
hutang tidur iaitu ia berlaku susulan daripada kesukaran hendak lena.
Satu lagi istilah yang saya hendak sebut apabila berbicara mengenai
permasalahan tidur ialah insomnia.Dalam kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka,insomnia dimaksudkan sebagai kesusahan untuk tidur atau
kekurangan
tidur.Oleh itu, hutang tidur,tidur terganggu dan insomnia saling
berkait.
Walau apapun istilah diguna,perkara penting yang hendak difahami ialah
fenomena tidur adalah satu fenomena yang amat penting diberi perhatian
sewajarnya kerana ia bukan saja satu ritma fisiologi di kalangan
manusia,
termasuk haiwan tetapi jika berlaku permasalahan tidur akibatnya
membimbangkan.
Jika dilihat dari aspek keperluan asasnya,semua kita ini memerlukan
makanan,minuman dan tidur yang secukupnya supaya kita dapat berfungsi
dengan
baik.Jika berlaku kekurangan makanan, minuman dan jangka masa tidur
yang
sepatutnya kepada seseorang,bayangkan akibatnya.
Samalah juga seperti dialami segolongan penduduk IraQ yang sedang
menghadapi peperangan yang mana bekalan asas seperti makanan dan
minuman dan
keperluan semula jadi seperti jangka masa tidur yang secukupnya
terjejas.
Apabila kita lihat mengapa kita perlu tidur,ada empat perkara yang
dikaitkan dengan isu ini,dan keempat-empat perkara ini dikatakan adalah
fungsi tidur.
Pertamanya,adalah untuk merehatkan badan,ini bermaksud kita bukan
robot
yang boleh berfungsi sepanjang masa,ada kalanya kita perlu berehat buat
seketika bagi mendapatkan semula tenaga kita.
Keduanya,tidur membantu tubuh kita melawan serangan pelbagai penyakit
sama
ada penyakit fizikal mahupun penyakit mental dan ini dikatakan dibuat
melalui peningkatan sistem imun,yang mana sel berkaitan dikeluarkan
dengan
kadar yang mencukupi bagi mencegah serangan bakteria dan virus.
Ketiganya,tidur juga dikatakan mengukuhkan minda seseorang,iaitu
fungsi
kognitif atau daya pemikiran,ingatan dan intelek seseorang sentiasa
berada
di tahap optimum dan ia boleh berfungsi secara produktif dan penuh
kewarasan.
Keempat,berkaitan suhu badan manusia yang mana dikatakan apabila kita
tidur
suhu badan kita berubah-ubah sedikit sepanjang masa kita tidur,mungkin
inilah yang menyebabkan kita suka guna selimut sewaktu tidur.
Sesungguhnya suhu badan kita akan turun sedikit pada awal pagi,
kira-kira
jam tiga hingga lima pagi.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa ada sebab-sebabnya mengapa kita
perlu
tidur dan ini pun hanya apa yang kita tahu saja kerana penciptanya
lebih
mengetahui dan mungkin tersirat lebih banyak misteri di sebalik
fenomena
tidur,contohnya,kenapa dan bagaimana berlakunya mimpi.
Apabila berlaku permasalahan tidur sama ada dari aspek hutang
tidur,sukar
lena dan insomnia umpamanya,semuanya ini akan memberi kesan negatif
kepada
orang terbabit.Jika kita lihat semula fungsi tidur maka kita boleh
faham
kenapa berlakunya gejala negatif ini.
Dalam konteks insomnia,ia lebih subjektif dan apabila seseorang bangun
pada
waktu pagi dan berasa tidak segar,mudah mengantuk,kerap lupa dan tidak
tenteram,mereka boleh dikatakan mengalami insomnia.
Fenomena insomnia ini adalah satu sindrom yang mana ada pelbagai sebab
kenapa ia berlaku.Secara ringkasnya ada empat faktor yang boleh
menyebabkan
insomnia.
Pertama,berkaitan dengan gangguan kesihatan seperti strok,kedua,
berkaitan
tekanan emosi seperti kemurungan,ketiga,berkaitan penggunaan dadah
seperti
arak manakala keempatnya berkaitan perubahan ritma seseorang seperti
perjalanan jauh.
Hutang tidur atau 'sleep debt' didefinisikan sebagai keperluan masa
secukupnya untuk seseorang itu tidur tolak jumlah masa yang benar-benar
mereka itu tidur.
Contohnya,seorang pemuda berumur 35 tahun memerlukan jumlah tidur
kira-kira
tujuh jam tetapi pada suatu masa dia hanya dapat tidur selama empat jam
saja,mungkin kerana tugas dan sebagainya,ini bermaksud dia kekurangan
tiga
jam waktu tidur.
Maka tiga jam itu perlu diganti bagi membenarkan beliau mendapat
kesegaran
fizikal dan mentalnya semula.
Dari aspek perangkaan,kadar insomnia yang didapati dalam satu kajian
di
Sarawak adalah kira-kira 20 % dan kadar insomnia secara umum di seluruh
dunia adalah 10 hingga 40 %.
Namun,kajian di Thailand,Taiwan dan Filipina menunjukkan kadar di
antara 50
dan 60 %. Apa yang penting diketahui bahawa tidur adalah perkara pokok
bagi
kesihatan seseorang.
Justeru,jangan abaikan perkara ini jika anda mengalami permasalahan
tidur
berjumpalah dengan mereka yang dapat membantu anda. Semoga kita
mendapat
kualiti tidur terbaik dan sentiasa bersedia berkhidmat sebaik mungkin..
-----------------