Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
nielah gambar kiter n husband kiter...
maser family day kat pantai irama, kelantan.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: couple islami?????


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» couple islami?????

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh couple islami?????

nur_imah85
WARGA RASMI
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1881
Posting: 3
Dari: kolej matrikulasi perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 12:19


assalamualaikum w.b.t
ana cukup sedih melihat keadaan zaman sekarang ni.kawan - kawan ana sendiri....pun ada yang bercouple.apatah lagi keadaan masyarakat dunia.adakah istilah COUPLE ISLAMI itu sendiri wujud dalam islam?sebelum ana ditarbiyyahkan,ana merasakan couple islami itu dibolehkan,asalkan pandai menjaga diri tapi hakiktnya pandangan ana itu salah sama skali.apa pendapat antunna semua?couple islami itu sebenarnya boleh mendatangkan banyak mudharatnya.


Bookmark and Share




  Member Information For nur_imah85Profil   Hantar PM kepada nur_imah85   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1740
Posting: 56
Dari: jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-03 00:39


ana pun makin keliru....rakan ana pu ramai tergolong dlm golongan cam nih..masaalah yg sama....

-----------------
Akal Setipis Rambutnya Tebalkan Dengan Ilmu,Hati Serapuh Kaca Kuatkan Dengan Iman,Perasaan Selembut Sutera Hiasi Dengan Akhlak


Bookmark and Share




  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

onefaith
WARGA RASMI
Menyertai: 29.07.2003
Ahli No: 2098
Posting: 7
Dari: Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-03 09:59


Saya sependapat dengan nur_imah85, mulanya saya pun merasakan bahawa couple itu dibolehkan dalam islam sekiranya boleh bawa diri dgn baik... Tapi sekarang segala-gala maksiat macam berpegangan tangan, bersetubuh sebelum kahwin, lari dari rumah sbb nak ikut pasangan yang dicintai dll semuanya bermula dari 'coupling'.
Kawan saya sendiri pun terjebak dalam masalah ini.. Dia cerita kat saya kalau berjumpa je, mesti nak pegang tangan... Saya tanya kenapa, dia jawab susah nak control...Memanglah susah nak control sbb ada orang ketiga, syaitan laknatullah tu bersama diaorang. Kita perlu sedar setakat mana kekuatan iman kita.. Kalau bercinta tu, buat cara baik, jumpa mak ayah terus. Kalau nak dating, dating depan mak ayah atau bersama saudara atau kawan2, tak payah keluar dating berdua-duaan je lagipun bagi seorang muslimah yang keluar bersama lelaki sebelum kahwin kan tak manis dipandang orang.. Bagi sesiapa yang dah terjebak dalam masalah ni, cepat-cepatla bertaubat..

-----------------
Sayangi Allah, Cintai Allah...


Bookmark and Share




  Member Information For onefaithProfil   Hantar PM kepada onefaith   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-08-03 11:10


assalamu`alaikum

adakah istilah couple wujud dlm islam? persoal diri kita dulu.. bagi akak, perkara nih tak exist..yg diketahui dalam islam, wujud istilah bertunang. even declaration as if, you're my boyfriend, & you're my girlfriend pun dah boleh dikatakan bertunang. istilah bertunang ini pun yg akak fahami bererti penerimaan seorang gadis untuk menjadikan lelaki tersebut sbg suami dia, insya Allah..so, dlm Islam sendiri, tader couple hanya untuk 'try' atau 'suka-suka..'..ala aku couple setakat nak rasa jer ..hmph, ape tu..

akak bukanlah menentang kalau niat murni, yakni benar-benar untuk menjadikan dia suami kita besok. tapi perlu ingat elakkan lah, keluar berdua, makan berdua, jalan berdua. kalau nak tahu, akak dgn suami akak dulu kan (waktu belum kahwin) jumpa di rumah, waktu mak ayah akak ada. itupun kekadang suami akak singgah kat rumah sekejap, berbual dgn akak melalui celah pagar, itupun kekadang terdetik katanya, rasa mcm nak pegang tangan akak jer..dia taklah bagitahu sebelum kahwin, selepas kahwin baru dia cerita betapa kekadang tu nafsu tu bergelojak tgk akak, tuh yang sampai nak pegang tangan tu...itu jumpa gitu-gitu jer, belum jalan berdua lagi.. (kantoi, akak pun dulu pernah gi mkn ngan dia, tapi berempat, sekali dengan kawan perempuan, waktu tu akak kat university, dia singgah kejap jer)

padahal akak kenal dgn suami, tak lama, dari disember 2001, terus dia bagitahu family, dan bulan 5 bertunang. bulan 12 kahwin. hah, bukannya lama,tapi dah timbul rasa macam-macam..kalau boleh adik-adik semua kat sini, jagalah amal dan akhlak, ok


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

iltizam
WARGA RASMI
Menyertai: 25.05.2003
Ahli No: 1449
Posting: 2
Dari: kolumpo

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-08-03 14:48


assalamualaikum..saya sdiri pun tk paham sama ada boleh ke tk couple dlm islam..sebenarnye bagi sayelah..tk salah kalau nak couple..istilah couple tu hanyelah istilah semata˛..bagi saye saye lagi suke gunekan istilah berkenal˛an antara satu sama lain..utk lagi memahami hati budi masing˛ sebelum melangkah ke alam perkahwinan..cinta tak salah..tapi yg salah org yg bercinta kalau dia tak reti nak jage hubungan tu berlandaskan agama..macamana hubungan yg berlandaskan agama ek?saye pun tk berapa pasti sebab saye bukanlah arif dlm agama sgt..tapi bagi saya perlu kenal˛ sebelum kawin sebab kalau dlm tempoh perkenalan tu ade yg kite tk berkenan..kita boleh putuskan..tapi kalau terus je kawin nanti bile dah kawin baru rase itu tk kena ini tk kena..nak buat macamane.?tkkanlah nak cerai..kite terpaksalah terima baik buruk pasangan kita tu..wpon jiwa ni merana ke ape ke..tpi kalau sebelum kawin at least kite boleh terus bkawan tapi tkyahlah teruskan hubungan dan berusaha cari yg terbaik utk kita..kalau hendakkan hubungan yg diredhai..jgnlah buat perkara yg dilarang..takyahlah kuar sane sini berkepit sane sini..ade byk lagi cara yg boleh digunakan utk luahkan perasaan..kasi email ke ape ke..gune direct terus kat mak ayah ke..tkyahlaa nak jumpa..kalau rindu nak jumpe sgt pon..keluarlah ramai˛..ajaklah muhrim kite teman kite..bile berckp pon..ckplah perkara yg ilmiah atau keagamaan..yg boleh membimbing masing˛ ke jalan yg benar..bantu membantu dan ingat mengingatkan antara satu sama lain supaya jadi hamba yg soleh/solehah..tak salah bercinta..kalau kita tak letakkan cinta tu lebih dr cinta kepada Allah..jgn terlalu leka..pastu jgn simpan lame˛ sgt..sbb tu akan menjurus ke arah maksiat..kalau dah berkenan tu..ambik mase sikit utk kenal dgn lebih lanjut..pastu bile dh ready kawinlah..ini hanyelah pendapat saye..wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For iltizamProfil   Hantar PM kepada iltizam   Send ICQ Meesage To iltizam   iltizam's MSNM Number Is fore_ster@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

iltizam
WARGA RASMI
Menyertai: 25.05.2003
Ahli No: 1449
Posting: 2
Dari: kolumpo

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-08-03 14:50


ni saye paste dr email yg pernah saye dpt..

Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Rujukan:
1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta)
2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup)
3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan"



Bookmark and Share




  Member Information For iltizamProfil   Hantar PM kepada iltizam   Send ICQ Meesage To iltizam   iltizam's MSNM Number Is fore_ster@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

budakinsaf
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 595
Posting: 122

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-03 13:15


assalamualaikum..
mmm...susah nak ckp...kalo nafsu tu dah bermaharajalela abih la manusia.jadi kawal la nafsu tu..kalo rase x mampu jgn la terjebak dlm kancah couple ni.leh camtu?

-----------------
CiNTa YaNG ABaDi...CiNTa PaDa ALLaH




Bookmark and Share




  Member Information For budakinsafProfil   Hantar PM kepada budakinsaf   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 56
Posting: 52
Dari: MCIIUM

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-08-03 13:22


pernah baca Anis yang ulas bab kawen awal tak? hmm..artikel tu menarik betul...

hah, bab couple...tak ada yang islamic dlm bercouple ni. tempoh bertunang pun takleh rindu2, cintan cintun...so, islamic couple hanya lepas ijab.. payah kan?

dan memang, fenomena ni berleluasa di kalangan rakan-rakan kita. pulak tu, yang mana? course baik2 i.e IRK. budak2 medic biasanya tak sempat nak jeling kawan2 lelaki pun. entah la...kita yang single, course pun biasa2 aje ni pulak dipandang pelik...dunia....

anyway, sama2 la kita hisab diri. sambil2 tu cuba lah dekati rakan2 begitu. cuma mereka ni kadang2 berpura-pura dpn kita...mulut kata tak ada, skali saje nak tengok inbox msg hset, cepat2 die jerit, "jangan!!!"..ok la, hormat die punya hak...fine..

harap2 takde la yg macam tu di kalangan akhawat kita ni yer...


Bookmark and Share




  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Maryam's MSNM Number Is maryamira   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 00:59


hmm...couple islami???
ana pun tak sure..nak bagi pendapat takut tersilap plak...tapi ana mcm setuju jer dgn pndpt Iltizam...tapi bila baca pendpt2 sahabiah2 yg lain spt mardhiah12 dan lain2..ana rasa cam konfius plak...ana rasa dlm jiwa remaja, sumer ingin rasa disayangi dan menyayangi...pd ana, tak salah klu bercinta asalkan jaga adab dan ketertiban diri...tak salah menyayangi asalkan sayang tu tidak melebihi sayang kita kepada yg KHALIK...berdoalah semoga kita mendapat cinta yang sejati..iaitu...apabila kita mencintainya...mengingatkan kita rasa cinta yang lebih kepada ALLAH dan bermohonlah kepada-Nya bahawa kita dijauhkan dari cinta yg melalaikan iaitu apabila kita mencintainya...membuatkan diri ini jauh dari ALLAH......nauzubillah...

wallahuallam

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..


Bookmark and Share




  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 01:04


ana dapat drpd seorg sahabat kita...ida

...Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ....Amin.....


-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..


Bookmark and Share




  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 08:53


assalamu`alaikum

ustazah, memanglah jiwa remaja nak disayangi dan dikasihi, tapi berpada-padalah. akak tak menolak coupling, tapi perlu ingat, bila kita dah start ada bf/pakwe tu, nawaitu kita untuk jadikan dia suami kita, bukan setakat suka-suka.. sebab dlm islam, coupling doesn't exist, but instead pertunangan.

kalaulah tetiba ustazah jumpa seorang lelaki, dan lekaki tu approach ustazah dgn ckp, "saya suka kat awak, dan nak jadikan awak gf saya.." bila ustazah terima, itu maknanya ustazah dah bertunang dengan dia. bertunang dalam islam nih, tak perlu hantar cincin, tak perlu ada hantaran, hanya pengakuan penerimaan sudah mencukupi..konteks bertunang ini terlampau luas..

dan perlulah diingati untuk memutuskan pertunangan/ break itu sendiri hanya boleh dengan satu sebab yakni agama..jadi fikir-fikirkanlah yang terbaik

lagipun, mengikut pengamatan akak, terlampau ramai yang menyulam kasih, terkadang sampai 7, 8 tahun tapi akhirnya kahwin dengan org lain. it's ararity org bercinta waktu sekolah, akan kahwin dgn org tu..kat university pun macam tu,lainlah kalau waktu dah nak habis belajar, baru meluahkan perasaan

akak bercakap berdasarkan pengalaman, bukan rekaan semata. adik akak sendiri pun 4 kali berpakwe baru bertemu jodoh. akak sendiri jadi takut xdgn kekecewaan kerana tengok dia asyik berendam air mata dgn ex dia dulu..akak pun dahulu menyimpan hasrat dan rasa ingin mengasihi dan dikasihi, lantas akak berdoa, biar bertemu dengan sebaik-sebaik jodoh..biar bila mula akak menyulam kasih, akak akan berkekalan dengan dia dengan dia lah bf akak yang pertama dan terus menjadi suami akak...

akak dulu 4 tahun berdoa, baru jumpa dgn suami. dan betapa mudahnya, bila suami tersua muka akak, dia terus cakap suka kat akak, dan terus bagitahu family..ha, kan mudah tu..? kami tak kenal lama sebelum berkahwin pun..

kalau ustazah nak tahu lagi, suami akak pun pernah bercinta dgn org lain dekat 4 tahun, tapi break juga.. tak tahu la kan..makan hati, berulam jantung kut...


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

centella_asiatica
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 657
Posting: 44
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 10:45


Hhmm....macam-macamlah....

Setuju ngan Kak mardhiah....istilah COUPLING takde dlm Islam..istilah ISLAMIC COUPLING pun takde dlm Islam.......yg ade just bertunang.

Tapi ingat...dlm Islam ade istilah ZINA....dibahagikan zina tue pulak kpd yg dah berkahwin dan belum berkahwin. ...so hati-hatilah.

Boleh tak berpegang-pegang tangan dgn bf @ tunang???...jawabnye HARAM sbb bukan mahram dan bukan suami isteri.

So, siapa yg boleh pegang-pegang tangan kita org perempuan nie???...yg boleh just mahram kita dan suami kita je

Rakan sekerja lelaki tak boleh pegang....classmate lelaki tak leh pegang....coursemate lelaki tak leh pegang...BOYFRIEND TAK LEH PEGANG.....TUNANG TAK LEH PEGANG!!!!!!! kalau pegang juga....hukumnya HARAM DAN BERDOSA.

Better bergelumbang dgn babi di dlm lumpur drpd bersentuhan/ berpegang tangan dgn lelaki yg bukan mahram (drpd hadis)

Dlm Islam ada tak istilah DOSA??....jawabnya ADA....ada tak istilah azab api neraka...jawabnya ada....ada tak dlm Islam istilah NERAKA???...jawabnya ADA.

So....muhasabahlah diri ....takutlah kpd Allah SWT.....nak berkasih-kasih boleh...tapi ingat kita org Islam....ada panduan dan cara....kalau tak boleh elak...better cepat-cepatlah kawin...atau kalau rase cam tak leh jugak...lebih baik elak drpd bercoupling nie.

Wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For centella_asiaticaProfil   Hantar PM kepada centella_asiatica   Pergi ke centella_asiatica's Website   Quote dan BalasQuote

ila
WARGA RASMI
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2030
Posting: 1

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 11:31


Assalamualaikum....
Pada pandangan ila,couple islami blh tapi ada batas-batasnya.Ila sendiri pun pernah mengalaminya.Tapi Ila tidak lah melanggar batas-batas yg tlh ditetapkan.Mustahillah andai org berkata tiada org yg di sayangi.Mesti ada,tapi pandai-pandailah jaga diri.Itu pesanan ila.


Bookmark and Share




  Member Information For ilaProfil   Hantar PM kepada ila   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 15:27


paling takut ,kite sendri tengok orang lain buat perkara sebegitu dan kita kata "ee tak baiknya" last2 kita sendri terjebak.nauzubillah

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-03 01:56


terima kasih kepada kak mardhiah atas nasihat yg sungguh membina tu..ana tau..ana ni hanyalaa insan yg hina...masih jahil dgn Islam nie..masih mencari2 petunjuk dan hidayah...ana mintak maaf..ana hanya cuba memberikan pendapat...ana tahu...skrg nie isu coupling dah jadi 1 trend...sumer pakat2 nak ada pakwe/makwe...ana sendiri teringin nak ada pakwe tp nak wat camner...mungkin blum bertemu jodoh..andaikata satu hari nanti ana jumpa pakwe...insyaallah..ana akan pasang niat bahawa dia (insyaallah) akan menjadi suami ana...
masalahnyer skrg nie...'diorg' bercouple seolah2 diorg tu dah 'kahwin'...ana sendiri slalu gak terserempak dgn couple2 nie..astaghfirullah..sebb tu laa dulu masa ana penah couple (dulu laa...) klu pakwe tu nak jumpa, bila dia ajak kuar..ana tolak..ana ajak dia jumpa kat umah..ada mama...tp kitorg dah break sbb hal2 tertentu..tp itu dulu..lepas dia..ana masih blum couple sampai laa skrg...rasanya...klupun lepas nie ana couple..ana nak kahwin jer trus..abis citer...maksiat pun boleh dielakkan...insyaallah klu ada jodoh...

wallahuallam

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..


Bookmark and Share




  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-08-03 09:32


assalamu`alaikum ustazah

harapnya ustazah tak terasa hati dgn kata-kata akak tu ..cuma akak nak bagitahu pemahaman akak saja. lagipun mungkin juga peredaran zaman yang buat macam tu kut, dulu zaman mak ayah kita, mungkin budaya coupling nih tak sehebat zaman kita kan.

akak dulu akak akui, akak pun mcm ustazah, memula masuk university nak sangat ada bf. terpengaruh dgn keadaan sebenarnya, org lain kiri kanan couple, kita je tak. Alhamdulillah, Allah lindungi akak masa tu, org yg datang approach akak pun, akak cakap baik-baik, kalau ada jodoh, adalah..masa tu baru 18 tahun, akak terfikir panjang dah, org couple start sekarsng belum tentu jadi husband & wife. akak tak nak macam tu, sebab akak tak suka pada break. masuk degree pun Tuhan lindungi akak lagi, memang satu nikmat dan anugerah, waktu tu kampus akak berpecah dua. berebut nak pindah cyberjaya, so, akak jadi yang paling 'tua' kat melaka tu ..untung betul, dah tak de orang cakap suka kat akak ke apa..dan akak berjaya maintain tader pakwe.

masa final year, akak aktif kat satu islamic forum. dlm tak sedar, ada org approach akak juga masa tu, masa tu akak tekad untuk buat solat istikharah, 2 minggu akak buat dan keputusan, bukannya dgn dia. dlm diam, komuniti tersebut buat iftar, and so on, then akak pertama kali tersua muka dgn suami. masa tu lah dia kata suka kat akak (kita org sebelum tu setakat hantar mesej peribadi bertanya tentang hal agama)..dan minta akak buat solat istikharah, sama-sama buat, dan Alhamdulillah positif. terus dia tanya parents akak. akak pun 'bertunang' dgn dia, hingga so on kahwin.

akak sekarang kalau dihitung, baru setahun setengah kenal suami..lebih pendek jangka masa daripada dia bercinta dgn ex-makwe dia dulu, tapi akak bersyukur kerana dipermudahkan segala jalan..suami akak pun akui, bila bercouple nih, banyak dosa yang kita buat tak disedari. tu kekadang akak ngusik dia, akak duk kat IPTS (yg surrounding truly sosial) pun tak pernah ada bf, inikan dia yang sek agama then masuk UIA.. dia pun senyum jer dengar

org kata bercouple untuk kenal hati budi, tapi tidak begitu bagi akak. mungkin agaknya sebab masa terlampau singkat, tapi akak percaya cinta selepas kahwin yang lebih baik dan menjadi

benar macam kata centella, yang ada di akhirat kelak hanya syurga dan neraka, begitu juga hanya pahala dan dosa. tader yang contribute between dosa dan pahala..elakkan lah daripada perkara yang boleh menyebabkan kita dimurkai Allah..

bagi akak, nak membina satu hubungan kasih nih, ingatlah batasnya. seeloknya :

* pilih yang beragama dan berperibadi mulia
* bawa jumpa ibu bapa agar hubungan direstui (redha mereka yang paling penting)
* elakkan berdua, di khalayak ramai pun..bawalah 'escort' atau seeloknya jumpa di rumah
* jangan lama sangat bercinta, terus ikat, dan kahwin (nanti break tak ke merana kan..).

itu aje nasihat akak..wassalam

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"

[ Posting ini telah di edit oleh: mardhiah12 pada 2003-08-13 09:34 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

nurkamar
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-08-03 15:16


assalamua'laikum wrt.

saya sependapat dengan kak marhiah12 ngan semua sahabat sahabat yang seangkatan sependapatan

memang betul.. bila kasih sayang dah disemai... dibaja.. di ehem ehem ehem.. dlll.......... sebelum kawin.. YAKINkan le... selepas 5 tahun.. dah takde apa dah yang nak kasi lagi. boleh berkenalan.. tak salah pada saya... sebab ni permulaan untuk menilai.. tapinya.. adalah amat sukar untuk tahu diri sebenar sebabnya... perempuan ni.. hati kat mulut.. lelaki.. mulut kat hati.. jadinya, banyaklah perkara sebenar tentang lelaki ni yang kita takkan tau sebetul betulnya.

saya akui.. pengalaman mengajar.. cukup mengajar erti BERSABAR dalam memperoleh sesuatu yang HALAL... jika tul tul tul dia nak kat kita.. takkan terkeluarnye istilah.. sayang..rindu ..dating.. pegang tangan.. gayut separuh nyawa..

walaupun ALHAMDULILLAH tak sampai tahap tu.. tapinya... bila sekali hati dah terbuka... dan terpisah (kes kawin pilihan kuarga), kesannya.. tertacap kat hati sampai bebila


-----------------
-cheras-


Bookmark and Share




  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Quote dan BalasQuote

nurmaisarah82
WARGA RASMI
Menyertai: 17.08.2003
Ahli No: 2218
Posting: 19

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 02:36


...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....


Bookmark and Share




  Member Information For nurmaisarah82Profil   Hantar PM kepada nurmaisarah82   Quote dan BalasQuote

haruman_syurgawi
WARGA RASMI
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2148
Posting: 17
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 09:15


Emm..insyaAllah, kita semua nakkan cara yang diredhai Allah dalam hal ni...cam ana pun, tak berapa manis jika hubungan yang fitrah ini dinamakan bercouple..selain kedengaran agak kurang sopan, tak semena-menenya jugak kita dah istilahkan perkara ni yg asalnya kita niatkan sbg 'satu' hubungan ke arah cinta Allah...dah jadi dua hubungan..sbb perkataan 'couple' tu...hubungan yg macamana pulak yg lagi satu tuh?

even ana sendiri menginginkan sebuah cinta yg diredhai Allah...apatah lagi akhawat sekalian yg semestinya punya kemanisan sendiri dalam bermahabbah...jadi..pandai-pandai lah dalam menjaga peribadi...sebenarnya apa yg paling kita takuti adalah fitnah...ana ingatkan utk diri sendiri jugak..bilamana adanya wanita dalam kelompok lelaki..maka fitnah wanita akan turut diundang andai batas tidak dijaga sebaiknya....[cuba fikir, kenapa tak dikatakan fitnah lelaki??]apatah lagi bila berduaan...[sbb makhluk ketiga itu amatlah kuat godaannya...lebih daripada makhluk kedua pengaruhnya tu!!]

hmm...berjumpa di rumah, dengan kehadiran ibu bapa di sisi adalah lebih selamat...dan cam senior ana penah citer..jika perbincangan sudah menjurus kepada bait muslim...elok juga jika pertemuan utk bertaaruf itu di lakukan di rumah ustaz atau ustazah yang telah berkahwin...sekurangnya, kerahsiaan terjaga dan fitnah dapat dielakkan...tak gitu?ana pun sedang berusaha ikut cara ni...insyaAllah, manisnya bermahabbah tu lebih terasa...

akhawat sekalian rasa macamane?



Bookmark and Share




  Member Information For haruman_syurgawiProfil   Hantar PM kepada haruman_syurgawi   Pergi ke haruman_syurgawi's Website   Quote dan BalasQuote

sara_mujahidah
WARGA RASMI
Menyertai: 25.08.2003
Ahli No: 2290
Posting: 3
Dari: kelantan

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-08-03 13:05


assalamualaikum warahmatullah,

ntahla. sebenarnya kat sini bergantung pada pemahaman kita ttg istilah couple. kalau couple islami ni adanya perkataan ISLAM di dalamnya.. sewajarnya kenalah mengikut islam betul x. klu x.. bukan couple islami la sebenarnya. namun cam ana pun.. alhamdulillah sudah bertunang (bukan ikut adat) dan kami x pernah pun mengisytiharkan yg kami couple. sebenarnya xsalah pun tapi pemahaman masyarakat mengenai couple telah pun disamakan dgn maksiat. jadi lebih baik kita jauhkan. klu dgn kawan2 ana pun, ana x cakap ana ada bf ke pakwe ke apa. ana akan cakap ana punye kawan, ana punye tunang, ana punye muslimin, ana punye bakal suami insyaAllah.

x kiralah, nk panggil couple ke.. tunang ke.. apa ke.. itu bukan isu dia. yg penting.. berkawan ikut syariat Islam. buat apa bercinta klu Allah x redha? oleh itu.. kenalah jaga hubungan tu baik2. jgn menghampiri zina, jangan bawa pd fitnah. klu nk berjumpa, seeloknya dtg la rumah, dgn ibu bapa ada sekali. cakap telefon khusus pada perempuan xleh lembutkan suara, biar keras skit suara tu (nasihat pd diri sendiri). niat kenalah untuk mendirikan rumah tangga.. dan usahalah ke arah itu. dlm islam pun.. bertunang ni tempoh kita memperbaiki diri.. membuat persediaan.. jd x menjadi kesalahan utk sama2 membimbing diri masing2 utk menjadi muslim yg lebih baik.. supaya lebih sempurna menjalankan tugas sebagai suami dan isteri nanti.

x perlu timbulkan isu couple ni dibenarkan ke x dlm islam. ni semua bergantung pada pemahaman kita. it's all a matter of language. kalaulah couple islami ni menepati segala syarat2 yg ditetapkan islam.. maka boleh la kan? mungkin ada yg menepati.. mungkin ada yg tidak. so don't worry abt couple ke apa ke.. yg penting.. klu nk bercinta.. niat nk kahwin.. (automatic tunang).. jgn keluar berdua.. jgn cakap manja2 sgt.. jgn lakukan apa2 je yg boleh membawa pada zina kerana semuanya tu adalah HARAM. klu dah bersedia dirikanlah rumahtangga cepat2. ana pun insyaAllah x lama lagi.

wallahua'lam
wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For sara_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sara_mujahidah   sara_mujahidah's MSNM Number Is sara_unefleur   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» couple islami?????

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.071989 saat. Lajunya....