Oleh |
Tak Mahu Jadi Surirumah Sepenuh Masa |
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 22-04-03 16:21
Assalamualaikum...kita semua tentunya maklum bahawa surirumah sepenuh masa adalah suri rumah yang memang tempat kerjanya hanyalah dirumah di samping suami dan anak-anak. Kita juga sedar bahawa wanita yang ikhlas berbakti untuk keluarganya menjadi orang yang dicintai Allah.
Tapi ramai muslimah sekarang yang tidak sanggup untuk mengorbankan masa, dan tenaga untuk berada 24 jam dirumah, lebih-lebih lagi wanita yang berpelajaran tinggi.
Marilah kita sama-sama menilai adakah kita sendiri selaku orang berpelajaran tinggi juga berfikiran begitu? Adakah kita sanggup untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa? atau kita merasa rugi segala masa yang telah kita curahkan untuk belajar sewaktu muda...? sama2 kita bermuzakarah... -----------------
|
jijah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 22-04-03 16:58
hasrat nak jadi penyeri rumahtangga sepenuh masa memang ada...
tapi zaman sekarang ni..kita disibukkan dengan kerja di luar...
maksud jijah sebagi seorang guru...peguam barangkali...
tapi di masa-masa lapang tu...rasanya adalah sangat baik untuk berbuat demikian...
daripada menyebut kerja-kerja rumah..jijah rasa ia lebih tepat dipanggil sebagai suatu tanggungjawab....bagaimana..saudari setuju tak...?
|
hurulain
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-04-03 17:27
bagi ana pulak,ana nak jadi surirumah sepenuh masa..dan jika perlu ana akan bekerja untuk meringankan beban keluarga....
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 22-04-03 22:31
erm.. kalau diberi pilihan,, saya nak jadi wanita yang berkarier... tapi kerjaya yang tak terlampau bz... sebab mak saya pon wanita bekerjaya tapi masih banyak masa yang dapat diluangkan bersama anak.. -----------------
|
sayasarah
-WARGA SETIA- Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi
|
Posting pada: 22-04-03 22:49
a'kum
mmm..yang pastinye kene seimbang klu jadi wanita berkarier (bkn carrier beskal)..dan wanita berkluarga
|
anak_perak
{ SRIKANDI } Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 45
Posting: 186
|
Posting pada: 22-04-03 23:24
ehem ...assalamua'laikumm
pening gak nak pk mende ni .....
kalo kater tanak keje .... 1 ) kater org , kiter ni ngaji tinggi2 takkan dok umah plak 2 )yg penting , kena arif betul2 ilmu rumahtangga 3 ) lagi satu , pastikan ekonomi keluarga benar2 mantap kalo nak keje pulak 1 )mampu ker kita nak bahagi tugas sewajarnya ?
buat sahabar semua ... fikir2 kanlah sebab hidup kita untuk hari ini dan esok
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 23-04-03 08:52
mm..nampak ain bercita2 nak jadi surirumah sepenuh masa ye...
betul kata nak_perak tu memang bayak benda nak kena fikir. apa2 pun bergantung balik keadaan dan kedudukan kita. kalau kewangan menjadi masalah dan kita perlu bantu suami untuk tambah pendapatan, lebih elok kita kerja. tapi kalau suami tak membenarkan kerana kewangan stabil jangan pulak rasa rugi tak bekerja..ye tak... -----------------
|
ai_za82
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 49
Posting: 36
Dari: pagoh
|
Posting pada: 23-04-03 09:18
mmm...
bagi diri fiza pula...kalu buleh fiza nak jadi surirumah sepenuh masa...kalu anak dah ramai laa...hehehe...
selain itu, di rumah fiza nak amik upah tempahan membuat baju...
maknanya...walaupun dok dirumah tetapi ada la jugak income...ye tak?
----------------- bukankah ini suatu dugaan dari Tuhan yang Pengasih Penyayang kita sekadar dapat merencana hanyalah Dia yang menentukannya
|
engku_salina
-WARGA SETIA- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-04-03 10:13
|
pErMaIsUrI_hAtI_kU
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.04.2003 Ahli No: 391
Posting: 26
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 23-04-03 11:07
hermmm....
ana nak jd wanita berkerjaya.....selagi mana boleh berkhidmat utk agama dan masyarakat,selagi itu ana akan mencurahkan bakti.....sekarang nih,tenaga kerja wanita amat diperlukan terutamanya dlm bidang yg berkaitan dgn wanita..sbg contoh DR Pakar sakit puan (my ambition) yg sememangnya kurg doktor pakar muslimah.....
walaubagaimanapon, kebajikan rumahtangga juga x boleh diabaikan....kena seimbang....dan apa yg ana tgk melalui mak ana sbg seorg wanita berkerjaya,perkara ini x menjadi masalah....
walaupon bz but family always comes first....
mogaČ ana memperoleh suami yg memahami kerjaya ana nanti...a~miin..  ----------------- Kematian hanya datang sekali...
Jadikanlah ia di jalan Allah....
Hidup Mulia @ Mati Syahid..!
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 23-04-03 13:37
pada pandangan saya sendiri...
menjadi durirumah tangga @ seorang yg berkarier ada kelebihan dan kekurangannya...
tapi bg sayalah... saya lagi senang menjadi seorang yg berkarier.., sbb dari sini kite bukan saja dapat mematangkan diri kita, tapi kita juga dapat membantu meringankan beban keluarga....
tapi sbg surirumah pun ada kelebihannya.... mungkin ada antara sahabiah2 di sini ada pendapat sendiri ttg kelebihan menjadi seoarng surirumah.... ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 23-04-03 15:39
assalamualaikum.....sahabatku sekalian....bagi saya ....saya akan menjadi seorang surirumah tapi dalam pada masa yang sama saya ingin membuka sebuah pusat tadika islam .....kerana itu adalah impian saya ....insyaalah.....itupun jika diizankan suami saya kelak....
Quote
|
blueicecube
WARGA RASMI Menyertai: 01.05.2003 Ahli No: 805
Posting: 15
Dari: neXt-to-You
|
Posting pada: 02-05-03 06:41
this is my first message, and i thought this a cool topic. dulu2 lah, masa kecil, nak jadi career women. tapi, bila dah besar, bila dah tahu kepayahan mengurus diri sendiri, all the billls, mana nak cadri duit, hassle of looking for settlement, terus rasa jadi suri rumah best. semua small matters, chores, husband yg buat. then i found that here, its even more interresting. kat sini moms, mostly jadi housewife sampai their last kids masuk sekolah, then they start career. tapi anak mereka tak ramai lah. but my friend ni, mak dia biologist, mmg berhenti jaga anak then start bekerja semula. sekarang mak dia lecturer akt Kansas State U. waktu mak dia jadi housewife tu, mak dia ada PhD dah.
but on one conditionlah, husband's income can afford everything. [ Posting ini telah di edit oleh: blueicecube pada 2003-05-02 06:41 ]
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 05-05-03 12:13
Quote:
| On 2003-05-02 06:41, blueicecube wrote:
kat sini moms, mostly jadi housewife sampai their last kids masuk sekolah, then they start career. tapi anak mereka tak ramai lah. but my friend ni, mak dia biologist, mmg berhenti jaga anak then start bekerja semula. sekarang mak dia lecturer akt Kansas State U. waktu mak dia jadi housewife tu, mak dia ada PhD dah.
|
| ana respect la suri rumah yang dapat buat camtu. walaupun berkelar suri rumah ada pelajaran yang tinggi dan sanggup plak tu sambung kerjaya walaupun dah berusia....pandai memberikan ruang dan peluang untuk diri sendir dan keluarga.... -----------------
|
seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor
|
Posting pada: 05-05-03 14:17
ana rasa ana nak jd org yang bercarier sbb mana lah nak letak ilmu yang kita dah belajar dulu ni...nak juga diaplikasikan..klu tak rugilah...dlm masa yg sama as a housewife tu tak diabaikan lah...seimbangkan Insya Allah...kita yg ada ilmu ni kene la sebarkan ilmu kita kpd masyarakat bukan kata klu dok kat umah xleh...cuma ruang lingkup dia tu t'lalulah kecil...
terpulanglah kpd pendirian dan kemampuan masing2.....better klu bleh kita cari kerja yg separu hari..the rest tu boleh la tengok umah... ----------------- "kalau nak bercinta...bercintalah dengan Allah, kalau nak memuji...pujilah Allah..Kalau nak memuji makhluk...pujilah pencipta makhluk..."
Cinta Allah...Cinta abadi....
Salam Ta'aruf untuk semua...
|
mawarputih
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 21.04.2003 Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL
|
Posting pada: 05-05-03 14:49
Hmmm... ramai betul yg nak jadi wanita berkarier nie. Baguih... baguih... moga impian antunna semua tecapai. Amien...
Tapi, kalau ana, ana perfer jadi surirumah sepenuh masa kot. Memang tue lah impian ana sedari dulu, nak jadi isteri solehah macam mak ana... memperhambakan diri pada suami sepenuhnya. Memang betul, rasa macam membazir jer kalau belajar tinggi2 tapi at last duduk kat dapur jugak. Ana tak nafikan kebenaran nie. Tapi, entahlah.. rasa puas sekiranya dapat sentiasa di rumah.. disisi suami dan anak2 tanpa ada komitmen lain kat luar.
Cukuplah suami ana yg berkerja... melainkan kalau pendapatan dia tak cukup... mungkin ana akan cuba membantu. Tapi, walau macammana sekalipun, ana akan cuba jugak cari kerja yg ana boleh lakukan di rumah tanpa perlu keluar. Nak seribu daya kan...???
Bila bekerja.... ramai wanita yg serahkan anak utk jagaan org lain sebab nak memenuhi tuntutan kerja dia. Dahtu... ada yg sanggup bagi mak jaga anak2 mereka tue. Astagfirullah... sanggup mereka menyusahkan ibubapa mereka yg sedari kecil membesarkan mereka. Memang betul semua itu dibayar, tapi... ana masih tak sanggup melakukannya... lebih2 lagi pada mak sendiri sebab rasa macam menggajikan emak aja.
Lagipun, sebolehnya, ana nak anak2 ana membesar depan mata ana, bawah didikan ana, hasil asuhan ana... bukannya atas jagaan org lain. Ana nak keluarga ana mesra, erat, anak2 tak rasa tersisih dengan kesibukan ibubapanya dan dapat belaian sepenuhnya dari mereka.
Ana tak nak bila suami dan anak2 balik dari pejabat/sekolah.. ana tiada di rumah utk sambut mereka. Makanan belum terhidang utk melangsaikan kelaparan mereka. Rumah bersepah dan belum berkemas. Kerja2 rumah yg lain pulak byk yg terbengkalai. Ana tak nak macam tue....
Ana tak nak bila ana kerja nanti, secara tak sedar ana dah mengabaikan tanggungjawab ana sebagai isteri dan ibu. Manalah tahu... tuntutan kerja adakalanya terlalu mendesak. Takut tak boleh pikul semua tanggungjawab tue...
Oleh tue, ana rancang nak kawin lambat sikit kot... Nak kerja puas2, nak sara mak ayah dengan duit hasil titik peluh ana, nak lepaskan adik2 ana yg masih sekolah tue... then, baru bak pk pasal benda nie.
Ana sering berdoa agar dapat suami yg soleh, memperjuangkan agama Alllah... bolehlah bantu dia menyemarakkan motivasi dalam dirinya utk terus berjihad. Secara tak langsung, ana sebenarnya 'kira' bekerja jugak di jln Allah. betul tak.....
Ana percaya sahabiah semua boleh bahagi masa dan tugas utk buat 2 in 1, menjadi isteri/ibu dan dalam masa yg sama berkerjaya...., tapi ana rasa ... ana masih tak mampu dan tak sekuat itu. Lagipun, ini haq individu kan.. Terpulanglah pada pertimbangan masing2. Tak kiralah sama ada kita bekerja atau tidak, tapi yg penting... kita mampu menjadi iSTERI YG SOLEHAH.. penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran buat insan yg bergelar suami.
MOGA ALLAH MAKBULKAN IMPIAN MURNI KITA INI. AMIEN.... WaLlahu Subhanahu WaTa'ala A'lam.... -----------------  "http://www.hanan.com.my/images/mawarputih.gif"> [ Posting ini telah di edit oleh: mawarputih pada 2003-05-05 14:51 ]
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 05-05-03 16:23
|
ida01
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 11
Posting: 330
Dari:
|
Posting pada: 05-05-03 16:54
hmm abis kalo suami tak benarkan macam maner pulak? -----------------
|
isma_islah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 23.04.2003 Ahli No: 416
Posting: 56
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 06-05-03 22:03
assalamualaikum..
isu yg menarik jugak..bagi ana, ana lebih suka jadi surirumah je jika diizinkan..sebab ana dah tak larat nak berjalan2 lagi..ana tak pernah duduk rumah coz since form 1 dah duk asrama..jauh plak..then form 4 pergi jauh sikit lagi..masa sijil kat sarawak, diploma kat kelantan..ni ana belajar lagi kat uk..so, sampai satu tahap tu ana rasa nak duduk rumah dan berehat jer..but it depends, kalau diizinkan ana mmg nak, tapi kalau tak, kerja jelah..
wassalam..
|
mardhiah12
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 568
Posting: 197
|
Posting pada: 08-05-03 16:27
assalamu`alaikum
 bagus dgr pendapat sahabat semua..
Alhamdulillah, hopefully semuanya jadi isteri yg solehah, dan dpt pula tgk anak membesar depan mata.
as for me, i'm a working woman..terlebih dahulu bekerja drpd suami (suami still on chambering)..dan buat masa ini, masih tidak berkeinginan belajar tingi-tinggi (secara formal) dulu konon nak sambung masters, tapi, bila balik almost 11 pm, rasanya tak hendak lah mengorbankan masa (for 3 years), meninggalkan bakal anak besok cukuplah suami sorang belajar tinggi-tinggi ..Alhamdulillah, my job is not stressful (still can cope walaupun main duit juta-juta  )..dan lagi satu, ada kelas agama byk kat sini dan satu kisah menarik kat sini, rupanya ramai non eksekutif kahwin dgn isteri yg bergelar eksekutif.. my officemate included..gaji jauh lebih tinggi dr suami, but still she's much much humbler when with her husband. sapa kata rumahtangga tak bahagia kalau isteri bergaji lebih?
kalau dgr pendapat orang berpengelaman katanya, yg penting biar anak kita menjadi-menjadi bukan kejar harta byk, gaji besar, but 'menjadi' in the sense , seorang Muslim yang taat pada perintah Tuhannya..
...Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isternya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji....
|