Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ketidakmampuan itu adalah malapetaka, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, pengendalian diri adalah perisai (terhadap dosa) dan sahabat terbaik dalam penyerahan (kepada Allah)
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
analah ni....

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: MASYITAH DIREBUS KERANA CINTA...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» MASYITAH DIREBUS KERANA CINTA...

Please Mendaftar To Post


Oleh MASYITAH DIREBUS KERANA CINTA...

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-03 12:00


Assalamu'alaikum wrt wbt

Bertemu lg sahabat sahabiah semua.
Lama jgk ana tak mengirimkan artikel,rindu pulak rasanya.Kali ni insyaALLAH,ana nak kongsi bersama-sama para sahabat kisah Masyitah..siapa Masyitah?
..Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun..

Ana teringat nak kongsi sama-sama ttg tokoh sirah ni sbb sekarang ni lagu2 terbaru inteam kedengaran disana-sini..dalam tu ade jugak lagu Ratu Syahadah kan..? Asiah..isteri Firaun..jadi skarang ni ana cuba nak kongsi kisah palayan Raja yg angkuh dan zalim ni,yang mengaku diri nya Tuhan..

Sama-sama kita hayati,perjuangan mujahidah ni..

MASYITAH DIREBUS KERANA CINTA

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.

Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.

Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya, Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".

Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.

Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.

Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.

Wahai wanita yang mukmin,muslimah,sahabat sahabiah sekalian... bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

Tersentuh hati bila menatap kisah Masyitah....
Moga kita sama-sama dpt mengabil iktibar darinya..insyaALLAH...

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-03 12:02


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-07-03 18:10


~Tuhan....jangan Kau jauhkan aku dari Cinta AgungMu~...



-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

maira
WARGA RASMI
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 671
Posting: 3
Dari: singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 18:56


subahanallah....

-----------------
knowledge is a light


Bookmark and Share




  Member Information For mairaProfil   Hantar PM kepada maira   maira's MSNM Number Is pns_90@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

nurmujahida
WARGA RASMI
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1037
Posting: 14
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-07-03 08:26


Allahu akbar...sesungguhnya benarlah janji ALlah kepada hambaNya yang taat dan menyerah diri sepenuhnya kpdNya

Marilah kita semaikan kecintaan kita pada Rabbul Izzati dan kerinduan kita pada Rasulullah SAW...cintailah Allah dan Allah akan mencintai kita..

Rabbana la tuzi'kulu bana ba'da izhadaitana wa hablana milladun karahmatan innaka antal wahhab

-----------------

.:: jadilah rahib di malam hari dan singa di siang hari ::.



Bookmark and Share




  Member Information For nurmujahidaProfil   Hantar PM kepada nurmujahida   Pergi ke nurmujahida's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-03 22:32


Assalamu'alaikum wrt wbt

syukran jazilan buat yg sudi reply utk topik ni..
sama-sama kita jadikan ketabahan dan ketaqwaan Masyitah ini sbg suatu penguat semangat utk kita lalui dan layari hidup ini demi mencapat mardhatillah dan cintaNYA..amin.

Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah ketabahan menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya... wallahu'alam.



-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

white_cotton
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-03 00:15


Assalamualaikum..

Ana sekadar nak berkongsi cerita mengenai diri ana yang terlebih sensitif ni.. Tau tak, sampai skang ana tak boleh nak dengar lagu Sumaiyyah dendangan Hijjaz tu tanpa genangan air mata..

Sampai pnah skali tu ana teresak-esak lepas habis dengar lagu tu.. Mak ngan abah pun pelik ngan perangai ana ni.. Ana pun pelik gak.. Bukan diorang je yang patut pelik..

Sumaiyyah dan Masyitah tu ada persamaan.. keduanya menjadi korban kerana cinta terhadap agamanya.. Betapa mulianya hati kedua-dua srikandi ini..

Ana menangis sbb ana slalu bayangkan, adakah ana sanggup berkorban sedemikian rupa andai satu hari nanti ana berhadapan ngan situasi yang memerlukan ana memilih antara agama & kehidupan.. masyaAllah, tak dapat ana bayangkan

Perangai pelik ana ni b'mula lepas ana join satu motivasi, bile time tazkirah, ustaz tu cerita arr pasal pengorbanan Sumaiyyah dan keluarganya.. Ana nangis teresak-esak lepas dengar citer tu..

Dan semenjak tu ana jd begitu sensitif bile dgr lagu Sumaiyyah..

Ya Allah, janganlah kau singkirkan aku dari Cintamu & Rahmatmu..

-----------------
Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening


Bookmark and Share




  Member Information For white_cottonProfil   Hantar PM kepada white_cotton   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 23:00


Assalamu'alaikum wrt wbt

salam mahabbah buat semua..
ape khabar? sihat?

tima kasih pada white_cotton..sbb sudi reply topik ni..

erm...sedih dan terharu ana bace kisah anti..
adakalanya,ana pun terfikir mcm tu jgk..
mampukah ana nak hadapi dugaan dan ujian diperjalanan ni...adakah dpt ana setabah dan sekental mujahidah2 spt Sumaiyyah,Masyitah,Khaulah Al-Azwar..dan sebagainya..mrk terlalu tabah...kadang2 ana rasakan spt diuji..dan ditembak bertalu2..akhirnya rebah..dan jatuh kebumi..alhamdulillah..mmg benar..Allah swt terlalu menyanyangi hamba2NYA...Dia takkan biarkan kita mcm tu aje..alhamdulillah ..berkat rahmat kasihNYA..ana mula bangun,bertatih dan berjalan semula..

perjalanan hidup masih panjang...
banyak perkarra yg perlu kita lakukan..
moga ana,anti dan sahabt sahabiah semuanya dikurniakan kekuatan,kesabaran dan ketabahan seperti pejuang2 muslimah dan mukminah dizaman dahulu..amin..



-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

munawwar
WARGA RASMI
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1741
Posting: 14
Dari: peTaLing JAya...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-08-03 11:34


MAsYITAH DiREBUS kEraNa CinTA ? tapI ANA DiREbuS KeraNA ANti x BelANja CokLAt la aLfAQierAh... nanti kita jumpa kat bilik !

Bagus cerita anti ni ... bila2 lek ana buka story pasal Safiyyah ke ? Maryam ke ? yukabad ke dan lain 2 ye ?

............................................... moga berjaya !


Bookmark and Share




  Member Information For munawwarProfil   Hantar PM kepada munawwar   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-03 10:45


assalamualaikum..uikss..dahsyatnya ukhtie munawwar..saper yg nak rebus anti tu??

thanx ukhtie alfaqierah..inilah antara cerita yg ana paling suka baca sejak dari kecil lagi..sampai sekarang ni.. w/pun dah tau macam mana jln cerita dia..ana still nak baca jugak..di samping mnghiburkan..banyak manfaat yg kita boleh perolehi.. ana pun ada beli senaskah buku terbitan darul Numan, ana tak ingat title apa tp ia mengisahkan srikkandi2 Islam. memang best buku tu.. patut kita miliki agar menjadi ikutan kepada kita utk menjadi mujahidah solehah..insyaALLAH..
wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 18:10


Assalamu'alaikum wrt wbt

salam ukhwah buat semua

Quote:
MAsYITAH DiREBUS kEraNa CinTA ? tapI ANA DiREbuS KeraNA ANti x BelANja CokLAt la aLfAQierAh... nanti kita jumpa kat bilik !



uis...sampai camtu skali..rajuknya sbb ana tak belanja coklat
jgnla camtu munawwar,insyaALLAH..lain masa ana belanja ye!

Quote:
Bagus cerita anti ni ... bila2 lek ana buka story pasal Safiyyah ke ? Maryam ke ? yukabad ke dan lain 2 ye ?



syukran jazilan..ana hanya berkongsi kisah ni utk tauladan dan manfaat semua..insyaALLAH..cadangan dr anti tu akan ana timbang-timbangkan...tgh mencari bahan utk dimasukkan ni ..nantikan kemunculan kisah-kisah pejuang,srikandi dan muslimah dizaman Rasulullah saw ...insyaALLAH..

utk darul_numan81
Quote:
thanx ukhtie alfaqierah..inilah antara cerita yg ana paling suka baca sejak dari kecil lagi..sampai sekarang ni.. w/pun dah tau macam mana jln cerita dia..ana still nak baca jugak..di samping mnghiburkan..banyak manfaat yg kita boleh perolehi.. ana pun ada beli senaskah buku terbitan darul Numan, ana tak ingat title apa tp ia mengisahkan srikkandi2 Islam. memang best buku tu.. patut kita miliki agar menjadi ikutan kepada kita utk menjadi mujahidah solehah..insyaALLAH


sama-sama..ana pun suka meneliti kisah2 sebegini..anti dah beli ttg kisah srikandi2 Islam ye..mesti best kan..terbitan Darul Numan ye
nanti bolehla pinjamkan kat ana kan sama-sama kongsi ilmu..

okla..moga jumpa lagi nanti..
semoga kisah ni menjadi tauladan dan dpt beri manfaat buat semua

hanya hambaNYa..

"It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith;- for to Allah belong the Forces of the heavens and the earth; and Allah is Full of Knowledge and Wisdom" (al-Fath : 4)

[ Posting ini telah di edit oleh: alfaqierah pada 2003-08-12 18:11 ]


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

littleOne
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 507
Posting: 70
Dari: pearl island

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 16:53


syukran jazilan kthiran jiddan ya ukhti alfaqierah

memang tabah dan gigih para pejuang Islam zaman dahulu.

bila ana dalam kesusahan dan menghadapi satu keadaan yang memerlukan ketabahan dan kesabaran, ana lantas teringat pada serikandi-serikandi ini. terfikir ana, mereka mengalami keadaan yang lebih teruk dari ana. ana sepautnya mampu untuk hadapi cabaran tak seberapa ni. ana tak sewajarnya terus rebah dan tenggelam dalam cabaran yang ana hadapi. ana tak sepatutnya jatuh. sepatutnya ana terus berpegang pada tali ketabahan dan terus mengharap pertolongan dari Allah kerana Allah jualah yang mampu menolong dan memberikan kesenangan serta ketenangan pada hambaNya.

alhamdulillah.. setiap kali ana memohon dan mengharap bantuan dari Allah... pastinya akan hadir...

ya Allah... Kau amat mengasihi hambaMu...
aku amat bersyukur kerana Kau memilih aku untuk menjadi seorang muslim dan jalan hidupku tidak gelap... aku tidak merasai sunyi... hidupku selalu rasa penuh dengan limpah kasih sayangMu, ya Allah.... Kau amat kasih pada hambaMu, ya Allah...

aku kasih dan cinta pada Mu
ya Allah... Kau teguhkanlah hatiku pada agamaMu dan bantulah aku agar aku tidak tersimpang dari jalanMu, ya Allah...
sesungguhNya aku hambaMu yang amat lemah
hanya padaMu aku bergantung segala kekuatan

aamiiin..... ya Rabbal 'alamin



-----------------
ruh kudus


Bookmark and Share




  Member Information For littleOneProfil   Hantar PM kepada littleOne   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.063343 saat. Lajunya....