Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-10-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk berfikir adalah mudah. Bertindak agak susah. Yang lebih susah ialah bertindak mengikut apa yang anda fikirkan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
Assalamualaikum..
Sambutlah salam perkenalan dari ana..

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 154 hari yang lalu


Warisan Kita
Topik: Permainan KONG DANG KONG DI


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» Permainan KONG DANG KONG DI

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Permainan KONG DANG KONG DI

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 11:56


assalamualaikum...

sahabat2 semua pernah tak bermain kong dang kong di? ana pernah bermain kong dang kong di. mungkin tak ramai yang tau permainan nya...jadi ana nak kongsi bersama sahabat2 semua. untuk lebih menarik diterangkan so ana seacrh melalui yahoo. lepas ni boleh la cuba main...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 12:01


Permainan Tradisional

"KONG DANG KONG DI"
Oleh : Noraliza bt Mohamad Hanib

Permainan ini memerlukan dua pasukan di antara lima hingga sepuluh orang pemain. Pasukan dipilih melalui undian. Permainan ini menggunakan dua batang kayu berukuran 12 hingga 15 inci panjang dan kayu pendek berukuran 4 hingga 5 inci panjang. Kayu panjang dipanggil "ibu" manakala kayu pendek dipanggil "anak". Permainan ini dimainkan di kawasan tanah yang luas berbentuk segi empat, setiap sisi ditandakan sempadan yang dipanggil "boundary". Setelah kawasan dikenal pasti, lubang berbentuk bujur lebih kurang 1.5 inci dalam dan 2.5 inci lebar dikorek. Lubang ini diberi nama "rumah". Dua pasukan akan membuat undian bagi menentukan pasukan pemukul dan pasukan penyambut.

Permainan ini mempunyai tiga langkah yang harus ditempuhi bagi setiap pemain pemukul bagi setiap giliran, manakala pasukan penyambut akan berkumpul secara rawak di kawasan "boundary". Langkah dan peraturan permainan adalah seperti berikut:

Langkah pertama dipanggil "Cungkil" – Kayu "anak" akan diletakkan bersilang di dalam lubang. Pemain pemukul akan mencungkil kayu "anak" menggunakan kayu "ibu" sejauh yang mungkin. Walau bagaimanapun dia harus memastikan kayu "anak" tidak melepasi "boundary". Jika tidak dia akan "mati" (terkeluar). Manakala pemain penyambut pula akan cuba menangkap kayu "anak" tersebut. Jika dia berjaya menyambut dengan menggunakan dua belah tangan, hanya pemain tersebut akan "mati" (terbatal). Jika berjaya disambut sebelah tangan pula, keseluruhan pasukan tersebut akan "mati" (terbatal), maka pasukan penyambut akan mengambil tempat sebagai pasukan pemukul. Jika tidak berjaya, salah seorang dari peserta penyambut akan cuba membaling kayu "anak" agar mengenai kayu "ibu" yang diletakkan seperti kayu "anak" tadi. Pasukan penyambut juga boleh menendang atau menampar kayu "anak" ketika kayu "anak" masih di udara bagi mendekatkan jarak balingan ke arah kayu "ibu". Jika semua usaha tidak berjaya pemain pemukul akan meneruskan langkah kedua.

Langkah kedua dianggil "Kendi" – Pada langkah inilah markah mula dikira. Posisi pemukul dalam keadaan berdiri. Pada kedudukan ini pemain pemukul akan memukul kayu "anak" dengan menggunakan kayu "ibu" sejauh yang mungkin.

Walau bagaimanapun peraturan langkah pertama haruslah diikuti agar tidak membawa padah kepada diri dan rakan sepasukan. Seperti langkah pertama pemain penyambut akan membaling ke arah lubang. Tetapi kali ini lubang akan dikawal oleh pemain pemukul dan seterusnya akan cuba memukul kembali kayu "anak" sejauh yang mungkin. Di sini markah akan dikutip. Markah dikira mengikut jarak kayu "anak" dan "rumah" dengan menggunakan kayu "ibu". Jika pemukul tidak berjaya memukul kayu "anak" dan dia tersasar ke belakang, markah akan juga dikira seperti cara tadi. Setelah berjaya pemain tersebut akan pergi ke langkah yang terakhir.

Langkah ketiga "Ayam" – Peraturan pemain adalah sama seperti langkah pertama dan kedua. Kedudukan posisi pemukul berkeadaan bercangkung atau membongkok mengikut keselesaan. Kayu "anak" diletakkan di dalam "rumah" dengan muncung kayu sedikit terkeluar. Kayu "anak" kemudian diketuk dengan kayu "ibu" sehingga meloncat dan dipukul ke hadapan menggunakan kayu "ibu" tadi. Setelah jarak dikenal pasti pengiraan markah boleh terus dibuat. Walau bagaimanapun pemain pemukul boleh membuat pilihan dengan menjerit perkataan "ayam". Dalam keadaan ini pemain penyambut akan membaling kayu "anak", seperti prosedur langkah kedua. Bagaimanapun, kali ini jarak diukur menggunakan kayu "anak".

Begitulah permainan ini dimainkan seterusnya, di mana pasukan penyambut akan cuba membatalkan pemain dan pasukan pemukul untuk mengambil alih sebagai pasukan pemukul bagi memungut mata pasukan mereka.




p/s; selamat bermain kalu tak pun boleh ajar adik2

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 12:15


cemane mainnya.. takleh imagine la... hub addin nanti kene wat demonstrasi kay.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 12:17


ehee seronoknya...
akak pernah main masa kecik2 dulu...
masa kecik2 dulu akak suka main galah panjang, polis entry, lompat getah, batu seremban, congkak, nyorok2, bola bayang, bola tin, bola selipar, bola koboi dan mcm2 lagik ler...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

sye
WARGA RASMI
Menyertai: 22.04.2003
Ahli No: 342
Posting: 6
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 12:39


ishk...siannye..saye tak taula..tak pernah main lan...insyaallah pasni leh try..


Bookmark and Share




  Member Information For syeProfil   Hantar PM kepada sye   sye's MSNM Number Is yoa_trm208@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 14:17


Kong dang kong di yer....!!!!

Ana pernah main masa kecik2 dulu. Seronok permainannya dan sampai sekarang ana masih ingat lagi macammana nak main. Kiranya, opermainan nie mengingatkan ana pada nostalgia silamlah. Masa tue kira berhingus lagi. Hehehe...

Ukhti Yusran jgn risau, Nanti ana ajar anti cara main kong dang kong di nie. Lepas nie bolehlah kita main sama2 kat uia pj nie yerk. Ok tak idea nie....???

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 15:06




siannyer kak hanan dan sye tak boleh nak imagine ye..mmm..nak tunjuk camna ye? kena bayangkan dalam mimpi la kot...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 22:42


a'kum

a'ah kena buat demo la..

eh buat la..masa JK


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.04.2003
Ahli No: 272
Posting: 30
Dari: pahang,kelantan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 23:25


ehehehe...nih yg bess nih..leh main ngan kwn kat skolah...eheh...bley wat p'tandingan...tp malangnyer...tak phm canner nak main...eheh len kali kene setkan video skali nak tgk demonstration...eheh

-----------------
UkHuwWaH FIllAh nEvEr eNds~


Bookmark and Share




  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-04-03 23:02




mmmm..nampaknya ramai yang nak demonstrasi ye...buat kat jalanan ke kat padang..he..he..
kalau camni time JK kita buat team 'kong dang kong di'. kak engku ketua sebab dia pandai main.

oklah..kalau nak tengok gambarnyer supaya lebih jelas kat sini ana bagi laman webnya;

www.almanak.com.my/kaleidoskop/permainan_tradisional/b_permainan.html



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 24-04-03 01:09


ehehehehe...ukhtie hanan, kalau komuniti ni buat JK, leh laa buat game nie...kembali ke zaman anak-anak dedulu...eeeee, cam seronok je...
nak main baling selipar...selalu kena baling ngan abang..sampai berbirat badan, baling laju+kuat+tanpa belas kasihan lak tu...iskkh..iskhh

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-04-03 09:05




tu laa...main ni sebenarnya best..mencergaskan akal dan badan..

'al-aqlu salim fi jismi salim'
akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

hurulain
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah

singapore   avatar


posticon Posting pada: 24-04-03 11:30


nak cuba main dengan adik2 lah,kalo ada program sesama muslimah pun leh try main ni...


Bookmark and Share




  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-03 10:17


hehehe.kenali permainan dulu.haah sonok bile main nih.tapi kene hati2 gak.


Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

farhah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 190
Posting: 42
Dari: negeri pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 18:10


assalamualaikum....saya tak penah main permainan niy...tp dp lar imagine...tgk la nanti saye cube key....


thanx bcoz sudi kongsi permainan baru nih...

---------------------


Bookmark and Share




  Member Information For farhahProfil   Hantar PM kepada farhah   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 11:50


assalamualaikum wb...

masa kecik2 dulu suka sangat main game ni..yelah masa kecik2 kan tak tahu malu..sampaikan aa kenangan main game nie..

cenggini cerita dier...

masa tu tgh time rehat kat sekolah, so kami (3 lelaki+3 perempuan) main laa game nie.. bile tibe time kami.. kami mmg selalulah tak menang.. but nak jadi cerita masa tu saya yang bertindak utk balingan yang terakhir.. tgh2 baling tup2 kayu yang saya bali tu terkena seorang pengawas nie (masa tu pengawas nie darjah 4 saya darjah 3) haa apa lagi.. mencicit laa saya lari satu padang.. takut kena sekeh ngan pengawas nie.. sampaikan masa bbalik pun nyorok2 sbb takut kang tak pasal2 kena ketuk kepala (adoi).. hehehe serik laa kejap tapi tak samapi pun 2 hari.. pastu man balik..

mm dah namanya pun bebudak ye tak....
kalau dah bebudak tu bebudak ler jugak...


-nur_tinta: kalau boleh nak main balik game nie tapi tak mo le SEGAN-

nak tambah sikit..... mm kalau nak demo secara hidup.. leh kot nanti saya ngan hub_addin tunjukkan.. leh tak?? tapi kena tanya hub_addin dulu ler.. takut dier tak setuju plak



-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta"http://www.hanan.com.my/images/signnurtinta.gif">



[ Posting ini telah di edit oleh: nur_tinta pada 2003-04-30 11:53 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: nur_tinta pada 2003-04-30 11:54 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-05-03 11:18




kalau akak nur tinta nak demo secara hidup ana setuju je...tapi kalau buat demo secara mati camna yek????

alahai...bila la pun agaknya dapat main sesama...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

kaklong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 551
Posting: 155
Dari: darul ridzuan

brunei  


posticon Posting pada: 10-05-03 11:31


kaklong pernah main masa kecik2 dulu. masa kecik2 suka tinggal kat kampung ngan opah. macam2 kaklong main dulu..galah panjang, teng2 macam2lah..best main ngan kawan2 kat kampung dolu2..tapi sekarang ni bila balik kampung segan nak jumpa. maklumla ramai kawan2 kaklong tu lelaki.. pompuan adalah 2,3 orang je..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For kaklongProfil   Hantar PM kepada kaklong   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-05-03 11:57


Quote:

On 2003-05-10 11:18, hub_addin wrote:


kalau akak nur tinta nak demo secara hidup ana setuju je...tapi kalau buat demo secara mati camna yek????

alahai...bila la pun agaknya dapat main sesama...




mm aik..main secara mati... mm boleh kot masing2 freeze..laa masa main ok?!

-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 19:09


sblm ni sata tak penah dengar pun nama permainan ni..pelik gak erk bunyinya...
pastu skang ni baru tau camna permainannya...


Bookmark and Share




  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» Permainan KONG DANG KONG DI

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.071195 saat. Lajunya....