Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk menjamin kejayaan, bertindaklah seperti tidak akan gagal

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
Senyum itu KEMANISAN wajah, Hati itu KEMANISAN jiwa..Oleh itu berikan SENYUMAN pada semua & berikan HATIMU pada yang satu..ALLAH

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: kartun kegemaran muslimah?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» kartun kegemaran muslimah?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh kartun kegemaran muslimah?

yuhada
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2006
Ahli No: 6248
Posting: 19
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 11:16


BAGAIMANA RASULULLAH MENGUBATI PENYAKIT MASYARAKAT

"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."

Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat `toleransi` terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.

Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada `khairunnas` - sebaik-baik manusia.

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama :
Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."

Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua :
Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama . Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat. Bermula dari Alam Barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia. Yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan.Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam Akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak berfungsi sedikit pun.

Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini.Tentulah tidak sanggup berlalai-Ialai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat Syurga yang tidak dapat dibayangkan.

Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: "Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapakamu berbuat iaitu kepada Allah." Sekecil-kecil kejahatan ada dosa, dan Nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba berbuat baik. Dalam pada itu dosa kecil yang mereka lakukan, mereka merasakan seperti gunung hendak menghempap kepala.

Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang idamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.


Bookmark and Share




  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

bulanmatahari
WARGA RASMI
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 9784
Posting: 12
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-09 17:30


salama..nak share jugak lah..saya suka tengok upin dan ipin...comelllllllll


-----------------
hidup sekali hiduplah yang terbaik


Bookmark and Share




  Member Information For bulanmatahariProfil   Hantar PM kepada bulanmatahari   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-09 12:38


kartun kegemaran?

em.. dalam web suka alwancomics.com
bestt.. ;)

yang lain.. macam tak berapa nak tengok..ehehe..
Kalau dalam tv.. em.. apa ek.. nthlaa.banyak sangat.
tak ada pun yang minat sangat. minat sikit-sikit saja lah.


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 15:21


Pada 16-03-09 17:30 , bulanmatahari posting:

!!! QUOTE !!!

salama..nak share jugak lah..saya suka tengok upin dan ipin...comelllllllll



ye comel dan nakal.. hihi ;-)


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nurafaz
WARGA RASMI
Menyertai: 23.10.2008
Ahli No: 9232
Posting: 4
Dari: melaka@ipoh

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 13:31


Pada 31-01-09 20:08 , suterakasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-12-08 08:05 , nurafaz posting:

!!! QUOTE !!!

saya suka dan minat sesangat pada kartun...

SAILORMOON... :-P


bagaimana ye cerita kartun sailormoon??
dah lupa lah..hehe
seronok tengok kartun..
ana tengok kartun magadascar...aduh.. terpengaruh dengan lagu dia..
'move it' 'move it'

:sopan:



erm..
nak trgkan pun tak pandai..
hanya ingat kata-kata ni..
terkenal dalam cerita tu..
" dengan kuasa bukan, akan menghukummu..."


Bookmark and Share




  Member Information For nurafazProfil   Hantar PM kepada nurafaz   Pergi ke nurafaz's Website   Quote dan BalasQuote

fullhouse
WARGA RASMI
Menyertai: 14.10.2009
Ahli No: 11483
Posting: 13
Dari: sg.petani

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 22:33


salam...
suka sailormooon...
suka sangat tengok wonderpet...
apa yang penting...kerjasama...huhuhu


-----------------
Indahnye hdup ni andai mlyarinye dengan brnaungkn ALLAH..brtunjgkan ilmu dan kbnran..brsulamkan akhlak penuh menawan..


Bookmark and Share




  Member Information For fullhouseProfil   Hantar PM kepada fullhouse   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 02:28


ATASINCI


null


saya sebenarnya suka tengok kartun ni...

emak budak-budak ni kelakar lah...

kadang-kadang rimas dengan mak dia org ni..banyak songeh...semua dia buat betul...

dia kontrol anak-anak dan suami dia...

anak-anak dan suami tension saja..... :lucu:

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 27-10-09 09:03 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 00:50


Pada 21-10-09 22:33 , fullhouse posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
suka sailormooon...
suka sangat tengok wonderpet...
apa yang penting...kerjasama...huhuhu



wonderpet2 dah berjaya

selamatkn anak gajah yang dalam kesusahan

km tak besar dan km xkuat

bila bkerjasama semua jadi mudah

heyyyyyy...wonderpet :-P


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 07:44


salam semua selamat pagi. eee betul lah akak sekarang suka sangat tengok cerita wonder pack. wonder pack....apa yang penting kerjasama....seronok main dengan anak-anak.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

Sejadah_Usang
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.09.2009
Ahli No: 11304
Posting: 54
Dari: Subang Jaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 12:46


Salam

Spongebob, shin chan, detektive conan dan apa jenis kartun semua saya suka ;)


Bookmark and Share




  Member Information For Sejadah_UsangProfil   Hantar PM kepada Sejadah_Usang   Quote dan BalasQuote

cahaya_hijrah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 5201
Posting: 9
Dari: cairo

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 22:39


salam..
kalau anime jepun masuk jugak lah ye?
saya suka Bleach..
org yang buat cerita ni adalah org yang buat narut juga
saya suka katun Bleach ni sebab suka tengok kepelbagaian watak2 dan personaliti dalam katun ni..memang lawak sangat.. :-)


Bookmark and Share




  Member Information For cahaya_hijrahProfil   Hantar PM kepada cahaya_hijrah   Pergi ke cahaya_hijrah's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 08-12-09 17:22


ana minat doraemon... hehehe... cartoon dan comic dia sekali


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 22:39


atasinchi

jadi macam fav pula. cuma sekarang dia ubah waktu ke maghrib. Kalau kat rumah parents dulu kompem kena marah tengok tv time2 begitu ;)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 07:59


salam...eh semua cerita pasal karton...akak tak taulah anda pernah tak tengok cerita katun he man , power ranges, ultraman, lat dan usop santorian. ha....kebanyakan tu semua cerita lama-lama. lagi satu kartun tom and jerry.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 20:25


Pada 12-12-09 07:59 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

salam...eh semua cerita pasal karton...akak tak taulah anda pernah tak tengok cerita katun he man , power ranges, ultraman, lat dan usop santorian. ha....kebanyakan tu semua cerita lama-lama. lagi satu kartun tom and jerry.


betul itu ukhti limah..Kalau tom and jerry.. boleh gelak juga hihi..
dulu kat pejabat pun boleh tengok tom dan jerry sambil tunggu student hihihi ;-)


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 17:08


Assalamualaikum


p/s suterakasih... tokcik dah muncul !! :-D sayang cucu tokcik :welcome:

iyalah best lah tengok katun ini boleh sengih :-D :-D

iyalah,rindu juga kat tokcik ini... lama beronline ye.. :welcome:


-----------------

[ Telah diedit oleh: suterakasih85 pada 14-12-09 21:19 ]


Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 21:31


Pada 13-12-09 17:08 , tokcik posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum


p/s suterakasih... tokcik dah muncul !! :-D sayang cucu tokcik :welcome:

iyalah best lah tengok katun ini boleh sengih :-D :-D

iyalah,rindu juga kat tokcik ini... lama beronline ye.. :welcome:



Rasanya kemarin tokcik tulis lain... Kenapa hari ni jadi macam ni pulak?

Kemarin tokcik tulis yang tokcik suka tengok kartun sejak sekolah rendah lagi. Kartun yang tokcik suka, road runner show, pink panther, tom & jerry...........

Lepas tu baru tokcik tulis p/s tu...

Tokcik tak lupa... sapa edit ni?


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 22:58


Assalamualaikum
kepada tokcik...
maaf teredit pula.. silap tertekan edit..sepatutnya mahu quote
bermilion kemaafan... :-) :welcome:

p/s: Kalau tengah pening or sakit jangan posting nanti banyak kesilapan..huhu (pesan untuk diri sendiri) :cry:


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

syukur
WARGA RASMI
Menyertai: 27.10.2009
Ahli No: 11538
Posting: 20

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 23:19


wonderpets, wonderpets dah berjaya..
membantu anak panda yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..
yeh...wonderpets... :welcome:

suka dengan wonderpets, mudah, senang, gembira saja kehidupan... :lol:
[ Telah diedit oleh: syukur pada 14-12-09 23:21 ]


Bookmark and Share




  Member Information For syukurProfil   Hantar PM kepada syukur   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 16-12-09 11:22


hehe..kartun?anime ultraman pun suka tengok.why sebab dia ada macam motivate sikit...berusahalah...jangan pts asa,tanpa keberanian,mimpi tidak akan bermakna...selagi kita hidup kita masih punya masa depan..huhuhuh


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» kartun kegemaran muslimah?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.489343 saat. Lajunya....