Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
--
Nabi Isa a.s

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




Dari Galeri
hai

Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 9 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 25 Ahli dan Tetamu sedang online



Isu Semasa
Topik: Kekalahan Yang Besar buat pembangkang


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Kekalahan Yang Besar buat pembangkang

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh Kekalahan Yang Besar buat pembangkang

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 14:04


...

sebenarnya....jikalau pilihanraya/SPR ini benar2 bersikap adil dan tidak berpihak mana2 parti politik....Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang masih kekal memerintah negeri Terengganu ini...tapi pihak SPR kali ini yg menyebabkan pelbagai masalah kepada mengundi menjadikan pilihanraya kali ini kucar-kacir...dan tidak berprofesional.....

takpelah diaorang menang cara menipu....sama2lah kita memohon pertolongan kepada ALLAH SWT sahaja...dia yg maha berkuasa memberikan kita segalanya....takyah duk actionlah dgn kuasa manusia ni.....tak kekal lama....

takbir....!!!


Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 14:26


Quote:

On 2004-03-26 11:21, shieda wrote:
JADI LIHAT LAA..jika satu negeri yang kecil pun tidak ader perubahan..bagaimana mahu memerintah satu negara yang besar...Allah Maha Mengetahui...renunglah sedikit disebalik kebenaran yang diagung2kan sebelum mempertikaikan kelemahan orang lain.



Negeri mana yang tidak berubah sejak dari pilihanraya 1999?
Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Johor atau negeri mana sebenarnya yang dimaksudkan..
Kadang2 saya keliru, kemajuan apakah yang dimaksudkan di Pahang, Johor dan negeri2 selain Kelantan Terengganu..
Saya tidak mahu mengulas panjang..
sekadar nak ajak semua muslimah berfikir..
wassalam

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 15:46


ana pn sedih dgn kekalahan pas...hasrat pas ingin menakluk kedah nampaknya belum lagi..mgkin ada hikmahnya disebalik peristiwa ini...saper tahu selepas nie islam akan dijulang...sahabat cina ana pernah memberi ceramah ttg negara islam setelah dia membaca buku tersebut..menurut beliau dia bersetuju dan nampak cantik cuma dia menyebut org bukan islam takut bila pas nak wujudkan negara islam, takut hak mereka diketepikan..oleh itu pas kena menerangkan salah sangka nie..Walaupun ana bersyukur, berkat doa muslimin dan muslimat yg sayangkan negara islam, alhmadulillah Allah berikan kemenangan pd kelantan walaupun tipis...


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 15:55


Quote:
mmg btl tue..politik diorg mmg keji..
jiran kwn saya dpt offer rm100 utk cacak bendera
diorg kat dpn umh..
kwn office lak dpt offer 'wang sagu ati' rm50 pegi balik kg klu jnji pangkah diorg..
dan mcm2 lg lah taktik kotor yg diorg praktikkan..
mcm mn tue?? sdh kn..
jgnlh kt mdh terpedaya dgn jnji2 keduniaan mereka2 tuh semata2.



sedih..sungguh terasa..apalah yg ada dengan pas..pas tak mampu memberi semua itu tapi bn dapat memberi apa sajer..jadi pu3 umno pn diaorg leh bg duit..diaorg leh bawa kemajuan dgn duit yg ader..aperlah ada pada pas..namun ana yakin org yg membantu pas dalam pr tanpa sebarang balasan moga ikhlas kerana Allah..in-syallah..Moga Allah membatu sahabat2 yg akan memperjuangkan islam..Istiqamahlah walau apapun cubaan


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

MissMalaysia
WARGA RASMI
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3477
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 17:20


Selain dari terus berfikir dan sedikit berprasangka..baik muhasabah,pasal org johor pangkah BN,gi tanya sendiri org johor,buat kajian..buat chart....baru profesional..kenapa org johor mengekalkan BN di Negeri mereka,kenapa?tanya,buat kajian,pastu buat rumusan..Jangan lak tanya Ketua Pemuda Pas Johor,tanya dan kaji secara individu...baru dpt keputusan...


Yg kalah tu,kalau tak puas hati senang je,buat sembahyang hajat,suruh Allah tunjuk,kita betul atau yg menang betul.Tengok masa krisis Arqam,mereka nak tahu mereka dijalan yg benar atau tidak,buat solat hajat....beramai2..tak sampai berapa hari,Ashaari masuk jailed..kena tangkap di Thailand....tak siapa boleh bantu,walau pengikutnya....selang selepas pengakuannya..now dia gering,dah tak boleh bercakap....
Kita percaya pd maha yg esa,jika benar diri kita,maka Allah akan memberi rahmatnya,jika tidak,sengsaralah kita.....now Terengganu dah jatuh tgn BN..tengok sengsara tak org Terengganu....BN terus mewakili Malaysia..tengok sengsara tak Malaysia lepas ni..rasa kalau Malaysia dah nazak sgt,dah lama Allah turun bala mcm Indonesia.Mana tak,kat Indon punya melampau,mak kristian,bapa Islam...boleh mcm tu?
Fikir dan fikirkan.....







Bookmark and Share




  Member Information For MissMalaysiaProfil   Hantar PM kepada MissMalaysia   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 18:18


..yep..seperti kata MissMalaysia,negara kita kekal harmoni sejak daripada pentadbiran kerajaan.kalau nak dibandingkan dengan negara2 jiran kita yang kurang bernasib baik,Malaysia dipandang tinggi oleh negara2 lain termasuk negara2 barat.Umat Islam di Malaysia bebas untuk melaksanakan aktiviti seharian masing2 tanpa batasan.Keamanan negara sangat stabil,malah Malaysia terus terang menyuarakan rasa tidak sokong kepada pihak amerika pasal pengeboman Iraq yg keji tu.
Pasal perubahan tu,saya harap pihak yang bertanya dapatla mengkaji secara terperinci dengan bertanyakan kepada pihak yang lebih maklum contohnya kepada penduduk negeri2 yang disebutkan.kalau cam saya duduk perlis ni,kalau berminat boleh tanya kepada saya perubahan2 yang telah dibawa sejak dari saya kecil sampai besar.baik rohaniah mahupun pembangunan secara fizikal. dan untuk negeri2 lain tu,silalah bersoal jawab dengan mereka yang berkaitan.kalau nak tanya pendapat muslimah2 kat sini sahaja memang la tidak cukup sebab sorang tidak mewakili semua rakyat.sebab itu diadakan election untuk meminta pandangan rakyat secara umum.
dalam membincangkan hal2 politik,memang kita akan bercakap ikut perasaan yang dikelabui amarah dan akan berat sebelah.
walaubagaimanapun,saya harap ini tidak menjadi masalah yang terlalu BESAR sampai membuka benteng kepada kita untuk merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.anggaplah ini semua dugaan daripada Allah untuk menguji sejauh mana umat Islam akhir zaman ini mampu bersatu.kalau dalam hal2 kecik macam ni pun sudah boleh berpecah belah,manakan untuk menangkis serangan dajjal pada akhir zaman yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia? fikirkanlah..wallahualambissawab


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

langsat01
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 1272
Posting: 37
Dari: serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 22:03




saya menyokong apa yang di katakan oleh Baikss dan MissMalaysia.
Saya rasakan bahawa kebanyakan akak yang menulis di ruang ini mengikut emosi dan amarah. Sekadar pandangan.
Janganlah kita menyebut-nyebut lagi akan kelahan atau kemenangan itu. Bukan kita mendapat apa-apa pun.
Keputusan pilihanraya tidak dapat di ubah. Malahan dengan kita mengata itu dan ini, tidak dapat membawa apa-apa kepada mana-mana pihak sekalipun.
Saya rasa semua rakyat Malaysia tidak mahu duduk dalam negara yang kucar-kacir politiknya.
kita juga tidak mahu hidup dalam peperangan sesama kaum bukan.
apayang kita mahu sebenarnya adalah keamanan dan kemajuan. dalam segala aspek.
bukankah bila negara ini aman, segala aktivti dapat di lakukan dengan baik dan sempurna. Peniaga pun dapat berniaga dengan tenteram. malahan dpat memajukan lagi perniagaan mereka.
bukankah, sesuatu umat Islam itu akan di pandang tinggi apabila negaranya mempunyai tamadun yang tinggi.
Walauapapun yang sudah terjadi, ia telah termaktub. apa yang kita boleh lakukan terus berusaha. nantikan sahaja election pada 2008. Sesunguhnya Allah akan sentiasa berada pihak yang benar. Demi negara Malaysia yang tercinta eloklah kita sama-sama kekalkan kemerdekaan, keharmonian, keamanan dan kemajuan yang kita kecapi selama ini.
Terutama sekali bagi kita yang berbangsa melayu ini.
Tingkatkan mutu bangsa kita agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.


Bookmark and Share




  Member Information For langsat01Profil   Hantar PM kepada langsat01   Quote dan BalasQuote

masita
WARGA RASMI
Menyertai: 22.03.2004
Ahli No: 3455
Posting: 6
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 01:13


em..berapi ais nyer semua umat..sabarla..senyum..senyum tuh kan sedekah..xbaik tau buruk sgka..tunggu dan lihat...langit tak selalunya cerah..dan birunya langit tak sama dengan birunya laut...


Bookmark and Share




  Member Information For masitaProfil   Hantar PM kepada masita   Pergi ke masita's Website   Quote dan BalasQuote

saujanaiman
WARGA RASMI
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 637
Posting: 3

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 08:26


assalamualaikum...
hmmm betul aper yg sumer sahabat-sahabat katekan... kekalahan ini pasti ada hikmahnya..dan bg diri sy ...ia adalah pembakar semangat utk terus berjuang utk islam kerana ALLAH...
"Oh alangkah..indah hidup ini
Bila ISLAM bersinar kembali...
cahaya iman menyuluh tiap sanubari...
kebenaran mewarnai bumi
kalam ALLAH memimpin manusia
sunnah rasul memandu langkahnya..."
ya...insyaALLAH..janji tuhan pasti berlaku
sabar...wahai sahabat semua


Bookmark and Share




  Member Information For saujanaimanProfil   Hantar PM kepada saujanaiman   Quote dan BalasQuote

cik_nattz
WARGA RASMI
Menyertai: 28.01.2004
Ahli No: 3185
Posting: 9
Dari: Perak-Ireland

ireland   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 14:32


Emm...macam2 lah pulak tertulis kat sini..Masing-masing ada pendapat sendiri. Tapi saya setuju dengan Annisak. Orang bukan Islam sebenarnya cuma takut aje..sebab diorang cuma nampak dari jauh aje tentang perundangan Islam. Ada juga beberapa kawan2 non-muslim saya menyuarakan rasa tentang pemerintahan PAS. Ternyata ketakutan merekan tak beralasan! Kita lah kena cuba terangkan kat diorang..

Kepada umat Islam sendiri, takkan lah kita pun takut nak terima perundangan Islam..ye tak..
OKla..kepada kawan-kawan semua, jangan main cakap aje..Cari bukti dan pendapat yang betul. Kalau baca paper, baca paper kedua-dua pihak, baru boleh kita menilai mana baik, mana buruk... Kalau terima pendapat orang, selidik dulu orangnya dan cari sendiri asasnya..Jangan main cakap ya saja ya...
Gudlak semua!


Bookmark and Share




  Member Information For cik_nattzProfil   Hantar PM kepada cik_nattz   Quote dan BalasQuote

nurhakim_yas
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.07.2003
Ahli No: 2081
Posting: 43
Dari: Shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 23:24


Al- Firqatun Najiyah
Adalah Ahlus –Sunnah wal – Jama’ah

Pada masa kepimpinan Rasulullah saw , kaum muslimin itu adalah umat yang satu sebagaimana firman Allah SWt :

“ Sesungguhnya kalian ini adalah umat yg satu dan aku adalah Rab kalian ,maka beribadahlah kepada – Ku “ ( Q . S . 21 : 92 )

Maka kemudian sudah beberapa kali kaum Yahudi dan Munafiqun berusaha memecah belah umat islam pada zaman Rasulullah saw , namun mereka belum pernah berhasil . Orang – orang munafiq berkata : “ Janganlah kamu berinfaq kepada orang – orang yang berada di sisi Rasulullah , supaya mereka bubar “.

Demikian pula dengan kaum yahudi yang berusaha memecah belah dan memurtadkan umat Islam dari agama mereka . Maka kemudian Nabi saw , mendatangi kaum Anshar , menasihati dan mengigatkan mereka akan nikmat Islam dan bersatunya mereka melalui Islam , akhirnya mereka bersalaman dan berpelukan kembali setelah sebelumnya hampir terjadi perpecahan . Dengan demikian gagallah pula makar Yahudi dan kaum muslimin tetap dalam persatuan . Allah memang memerintahkan mereka untuk bersatu di atas kebenaran dan melarang perselisihan dan perpecahan sebagaimana Firman – Nya :

“ Janganlah kalian menyerupai orang – orang yg berpecah belah dan berselisih sesudah datangnya keterangan yg jelas . “. ( Q .S . 3 : 105 )

Allah berfirman pada ayat lain : “ Dan berpeganglah kamu semua kepada tali ( agama ) Allah , dan jangan lah kamu berpecah belah “. ( Q . S . 3 : 103 )

Dan sesungguhnya Allah telah mensyari’atkan persatuan kepada mereka dalam melaksanakan berbagai macam ibadah seperti dalam solat , dalam puasa , dalam ibadah haji , dan dalam mencari ilmu . Nabi saw telah memerintahkan kaum muslimin ini agar bersatu dan mencegah mereka dari perpecahan dan perselisihan . Bahkan beliau telah memberitakan suatu berita yang berisi anjuran untuk bersatu , dan larangan untuk berselisih yaitu berita tentang akan terjadinya perpecahan pada umat ini , sebagaimana hal tersebut terjadi pada umat – umat yang sebelum mereka dalam sabda nya :

“ Sesungguhnya barangsiapa yg masih hidup di antara kalian , ia akan melihat perselisihan yang banyak , maka berpegang teguhlah kalian pada sunnahku dan sunnah khulafaurrasyidin yg mendapat petunjuk setelah aku “.
( Hadis Riwayat Abu Daud , Tirmizi , Ahmad dan Ibnu Majah )

Sabda beliau lagi : “ Orang – orang Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan ; dan orang – orang Nasrani telah berpecah menjadi 72 golongan ; sedang umatku akan berpecah menjadi 73 golongan , semuanya akan masuk Neraka kecuali satu . Maka kami pun bertanya ; “ Siapakah yang satu itu ya Rasulullah ? Beliau menjawab “ Yaitu barangsiapa yang berada pada apa – apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini “. ( H . R . Tirmizi , dan Hakim )

Sesungguhnya telah nyata apa – apa yang telah diberitakan Rasulullah saw maka terpecahlah umat ini pada akhir generasi sahabat , walaupun perpecahanya tidak ternampak besar pada umat semasa generasi yang di puji oleh Rasulullah saw :
“ Sebaik – baik kalian adalah generasiku , kemudian generasi yang datang sesudahnya “. ( H . R . Bukhari dan Muslim )

Perawi hadis ini berkata : “ Saya tidak tahu apakah rasulullah menyebut setelah generasinya dua atau tiga generasi “. Yang demikian tersebut boleh terjadi kerana banyaknya ulama ahli hadis , tafsir dan fiqh . Mereka termasuk ulama tabi’in dan pengikut tabi ‘in serta para imam yang empat dan murid – murid mereka . Juga disebabkan masih kuatnya daulah – daulah islamiyah pada abad – abad tersebut , sehingga golongan – golongan menyimpang yang mulai ada pada waktu itu mengalami pukulan yang melumpuhkan baik dari segi hujjah maupun kekuatannya .

Setelah berlalunya abad – abad yg dipuji ini , bercampurlah kaum muslimin dengan pemeluk beberapa agama yang menyimpang . Kitab ajaran – ajaran kuffar diterjemahkan dan para raja Islam mengambil beberapa kaki tangan pemeluk ajaran kafir untuk dijadikan menteri dan penasihat kerajaan . Maka semakin dahsyatlah perselisihan di kalangan umat dan bercampurlah berbagai ragam golongan dan ajaran . Demikian pula dengan mazhab – mazhab batil , ikut bergabung dalam rangka merusak persatuan umat . hal itu akan berlangsung terus sampai pada masa yg dikehendaki Allah . Walaupun demikian kita tetap bersyukur kepada Allah kerana Al – Firqatun Najiyah . Ahlus – Sunnah wal – Jamaah masih tetap berada dalam keadaan berpegang teguh pada ajaran Islam yg benar , berjalan di atasnya dan menyeru kepadanya , bahkan akan tetap berada dalam keadaan demikian . Seperti diberitakan hadis rasulullah tentang keabadiannya , keberlansungan dan ketegarannya . Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah demi langgengnya agama ini dan tegaknya hujah atas para penentangnya .

Sesungguhnya kolompok kecil yg di berkahi ini berada di atas apa – apa yg pernah ada semasa sahabat r.a bersama rasulullah saw baik dalam perkataan , perbuatan maupun dalam keyakinan seperti dalam sabdanya :

“ Mereka itu adalah orang – orang yg berada pada apa – apa yang aku dan para sahabatku jalani hari ini “.
Sesungguhnya mereka itu adalah sisa – sisa yang baik dari orang – orang yang disebutkan Allah dalam firman – Nya :

“ Maka mengapakah tidak ada dari umat – umat sebelum kamu orang – orang yang mempunyai keutamaan ( sholeh ) yang melarang dari berbuat kerusakan , dimuka bumi kecuali sebahagian kecil di antara orang – orang yang telah kami selamatkan di antara mereka , dan orang –orang yang zalim hanya mementingkan kemewahan yang ada pada mereka , dan mereka adalah orang – orang bedosa “. ( Q . s . 11 : 116 )

Nama – nama Al _ Firqatun Najiyah dan artinya

Setelah kita mengetahui bahawa kelompok ini adalah golongan yang selamat dari kesesatan , maka tibalah giliran bagi kita untuk mengetahui pula nama – nama berserta ciri – cirinya agar kita dapat mengikutinya . Kelompok ini sebenarnya memiliki nama – nama agung yang menbezakannya dengan kelompok lain . Di antara nama – namanya adalah Al _ Firqotun Najiyah ( golongan yang selamat ) , Ath – Thoifatul mansharah ( golongan yang di tolong ) dan Ahlus – Sunnah wal – jama’ah yang artinya adalah sebagai berikut :
1 . Kelompok yang selamat dari api Neraka yang telah di kususkan rasul ketika menyebut kelompok – kelompok yang ada pada umatnya , sabdanya : “ Semuanya di Neraka kecauali satu . Yaitu yang tidak masuk Neraka “.
2 . kelompok yang tetap berpegang teguh pada Al _Qur’an dan Sunnah dan apa – apa yang dipegang oleh para pendahulu pertama baik dari kalangan Muhajirin maupun dari kalangan Anshar , sebagaimana di sabdakan beliau :
“ Mereka itu adalah orang – orang yang berjalan di atas apa – apa yang aku dan sahabatku lakukan hari ini .”
3 . mereka yang menganut fahaman Ahlus – Sunnah Wal – Jama’ah . Mereka boleh di di bezakan dari kolompok lainnya pada dua hal penting , pertama komitmen mereka terhadap Sunnah sehingga mereka di sebut sebagai pemeluk sunnah ( Ahlus – Sunnah ) . Berbeza dengan kelompok lain kerana mereka berpegang teguh pada pendapat , hawa nafsu dan perkataan pemimpinnya . Oleh kerana itu kelompok – kelompok tersebut tidak di nisbahkan kepada sunnah tetapi di nisbahkan kepada bida’ah dan kesesatan yang ada pada kelompok itu sendiri . seperti Al – Qodariyah dan Al – Marji’ah ; atau di nisbahkan kepada para imamnya seperti Al – Jahmiyah ; atau di nisbahkan kepada pekerjaan – pekerjaan kotor mereka seperti Ar – Raafidhah dan Al – Khawarij . Adapun perbezaan yang kedua adalah bahawa mereka itu Ahlu – Jama’ah kerana kesepakatan mereka untuk berpegang teguh kepada kebenaran dan jauh dari perpecahan . Berbeza dengan kelompok lain , mereka tidak sepakat untuk berpegang teguh kepada kebenaran pada mereka yang mampu menyatukan mereka .
4 . kelompok ini adalah kelompok yang di tolong Allah sampai hari kiamat . Kerana gigihnya mereka dalam menolong agama allah , maka Allah menolong mereka , sebagaimana firman Allah SWT :
“ Jika kamu menolong ( agama ) Allah , nescaya Allah akan menolong kalian “.
( Q . S . 47 ; 7 )

Prinsip – prinsip Aqidah Ahlus – Sunnah Wal – Jama’ah
Sesungguhnya Ahlus _ Sunnah Wal – Juma’ah berjalan di atas prinsip – prinsip yang jelas dan kukuh baik dalam keyakinan , amal maupun perilakunya . Seluruh prinsip – prinsip yang agung ini bersumber dari Al – Qur’an dan sunnah Rasul dan apa – apa yang dipegang teguh oleh para pendahulu umat dari kalangan sahabat , tabi’in dan para pengikut mereka .
Prinsip – prinsip tersebut tersimpul dalam butir – butir berikut ini :

Prinsip pertama : Beriman kepada Allah , para Malaikat - Nya , Kitab- kitab – Nya , Rasul – rasul Nya , hari akhir dan taqdir baik dan buruk .

wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For nurhakim_yasProfil   Hantar PM kepada nurhakim_yas   Pergi ke nurhakim_yas's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-03-04 23:57




emmp nampaknya PM ni tak mahu terlibat dgn urusan pasal nak buat pilihanraya balik semula, seolah2 mahu lepas tangan aje.....mintak2nya ada org dalam SPR tu berani skek dan britau ni semua keje sape......

siang tadi pengumuman kabinet, ade la reporter pompuan tanya, sume yg dilantik ni betul2 bersih ke? mmg la dia ni tak pandai nak jawab dan dgn selamba dia berkata +- mmg bersih..bersih hek la..tu pidah tu...berseih kemende?

ala BN tu menang kawasan bawah kelantan tu sebab ade kem askar kat situ bleh la..

macam2 cara penipunan diorg ni..

salah satunya cara diorg kire...walau recount cemana pun hemp tak percaya aku...

klu nak kira BN punya undi gini: org SPR tu akan amik kertas undi yg dah dikire [dah siap suku PAS etc], dia amik kertas tu dan kate "satu" maknanya satu kertas..ini akan dikira sehingga kertas yg ke-9 dia akan sebut "sepuluh" ha..klu leka skek....

utk PAs lak, dia akan kire utk yg kesebelas sbg yg kesepuluh..
pastu bila dah cukup seploh..dia akan ikat dankiraan itu takkan diusik..maknanya klu la PAS leka dan tertipu dgn trick tu abih la..

macam2 lagik..MAPAS ustaz nik aziz dah kate diorg tu main ngelat..apa lagi?

dia takut......

ke dia nak tunggu rakyat malaysia ni merevolt?

sedey la opponent tak de langsung dlm parlimen pahang

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

zawina
WARGA RASMI
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1158
Posting: 13
Dari: serambi madinah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-03-04 17:48


assalamualikummm...
saya merupakan rakyat terengganu yang menyokong pucuk pimpinan pas yang telah memerintah negeri ini 4 tahun yang lalu dan kekalahan telah berlaku ke atas parti ini. walaupun pas kalah kepada parti bn tetapi pas sewbenarnya menang....menang dari segi sifat bersih, kerjasama dan takutkan Allah..TAKBIRRRRRRRR, ALLAHUAKBAR!!!!!! hidup ISLAMMMM..maaaf le, bersemangat sikit..
setiap apa yang saya tulis bukannya melambangkan ketaksuban dan kefanatikan saya kepada pas, tetapi saya 'taksub' dan 'fanatik' kepada ideologinya iaitu memperjuangkan ISLAM di bumi Allah ini.
sebagai pengundi kita perlu ingat bahawa parti yang kita undi itu bukan hanya berakhir dengan kalah atau menang, tetapi......................ia akan membawa kepada pertanyaan Allah di akhirat nanti. waallahuta'alam 'alam....

di sini, saya tak nak bercakap panjang..apa yang penting saya ingin berpesan... ketika membuang undi..kita mestilah tengok kepada ideologi yang diperjuangkan oleh sesebuah parti tersebut.....FIKIR2 DAN RENUNG2KANLAH.

-----------------
bertemu kerana allah,
berpisah jua kerana Nya
bertemu dan berpisah adalah kerana Nya


Bookmark and Share




  Member Information For zawinaProfil   Hantar PM kepada zawina   Quote dan BalasQuote

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 07:41


...


to:zawina

fuh.....bersemangatlah sahabat kita ni....
sayanglah awak....


*********************************************

....bukan mudah ISLAM itu hendak menang...insya-Allah, andainya di dunia ini ISLAM dikhianati...kita tunggu di alam sana nanti....nun di kejauhan sana Allah telah menjanjikan kemenangan kita.......tunggu.......dan.....sabarlah.....




Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

MawaRJinGga
WARGA RASMI
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 3393
Posting: 13
Dari: marang,terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-04 20:40




Betul kata sahabiah semua. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sama sama kita renungkan..Saya setuju dengan sahabat kita Engku Salina…

Memanglah kita perlu redha dan menerima ketentuanNYA. Tetapi apa yang tidak menyenangkan hati ialah Pilihanraya kali ini diluar kebiasaan dan mengejutkan. Semacam “something wrong happened”. Rakyat Terengganu dan Malaysia tidak boleh terima Pilihanraya ini jika ia mengandungi unsur penyelewengan dan penipuan. Jelas tindak tanduk yg dilakukan oleh SPR dan Kerajaan adalah untuk kepentingan mereka. SPR berat sebelah dalam mengendalikan PR 2004. Kekalahan pembangkang dalam PR ini berpunca dari dua faktor iaitu dalaman dan luaran. Tetapi yang lebih menyerlah sekali ialah faktor luaran.

Faktor luaran ialah ketidakbebasan media dalam melaporkan berita, ketidaktelusan dan penipuan SPR, persempadanan semula yang menguntungkan BN, politik wang dalam pilihanraya, penggunaan agensi kerajaan untuk berkempen, tekanan yang dikenakan kepada pembangkang melalui pasukan keselamatan dan lain-lain. Media massa seperti RTM, TV3 dengan hebatnya menghentam pemimpin2 pembangkang sebelum PR2004. Laporan yang berat sebelah dan tidak telus. Segala laporan adalah bertujuan untuk memburukkan pembangkang. Tidak ada satu pun laporan yang menunjukkan kebaikan pembangkang. Hanya yang buruk sahaja. Kalau keluar pun hanya muka, tapi suara tak dengar.

SPR pula menjadi alat BN, tidak bebas dan mengikut arahan BN. Ini kerana kakitangan SPR sendiri adalah terdiri daripada penyokong BN. Sudah tentu mereka menyebelahi BN. Sepatutnya SPR bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 parti politik dan diletakkan di bawah Parlimen. SPR dan BN telah mengenalpasti kawasan2 yg kuat pembangkang dan kubu mereka dan menyusun persempadanan semula yg menguntungkan mereka dengan alasan bilangan penduduk bertambah dan macam-macam. Sedangkan di Terengganu kerusi Parlimen dan DUN tidak pula ditambah. Daftar pemilih pula dimanipulasi sesuka hati sehingga ada di antara pengundi yg tidak mengundi kerana tempat mengundi diluar kawasan tempat tinggalnya.

Program wang ehsan yg dibuat dalam masa empat tahun oleh BN adalah utk merampas semula Terengganu dari PAS bukanlah untuk tujuan membasmi kemiskinan. Ini kerana ramai dari ibu2 tunggal, fakir miskin yg layak tidak dapat. Sedangkan yg datang mengambil duit ehsan RM300 terdiri drpd yg berkereta dan sihat walafiat. Wang Ehsan ini adalah sogokan untuk memancing undi PR2004. Mereka diugut jika tak undi BN tak dapat duit ehsan. Atau kalau menghadiri majlis bersama pemimpin PAS, nama akan dipotong.

WALAUBAGAIMANAPUN KEKALAHAN TERUK PEMBANGKANG INI PERLU DILIHAT DARI SUDUT YG POSITIF DAN BERI KEBAIKAN KEPADA PEMBANGKANG

Yang pertama ialah menguji keimanan dan kesabaran perjuangan Islam. Kekalahan ini menjadi bukti siapakah yang benar2 ikhlas berjuang untuk Islam dan siapa yg berjuang kerana harta benda. Sesungguhnya roda Islam itu sentiasa berputar kadang2 Islam di atas kadang2 Islam dibawah, ditindas, ditekan. Ketika Islam diatas, ramai org mengaku berjuang Islam. Tapi bila Islam kalah, ada yang lari bertempiran, hanya sedikit sahaja yang isiqomah bersama perjuangan Islam. Lihatlah peristiwa Hijrah Rasulullah. Ada diantara mereka yg berhijrah kerana Allah dan ada yg berhijrah kerana perempuan dan harta benda. Begitu juga orang Islam diuji dalam Perang Badar ( menang ) kemudian Perang Uhud (kalah). Kekalahan perang Uhud kerana terlau yakin, ingkar arahan ketua dsb. Namun mereka buat “post mortem” balik dan Islam menang dalam semua peperangan selepas itu.

Kedua, kekalahan ini sebagai “check and balance”. Allah mahu orang Islam sentiasa menilai kelemahan diri dan memperbaiki kelemahan yg ada itu. Pepatah mengatakan “belajar dari kegagalan”. Orang yang gagal akan belajar supaya ia tidak gagal. Di sinilah pentingnya proses pembelajaran. Tetapi orang yg sentiasa berjaya dia tidak tahu erti kegagalan dan kemenagan itu. Kekalahan ini adalah supaya dapat memperbaiki jentera parti, menguatkan semangat dan mungkin sokongan terhadap PAS semakin bertambah bagi PR 2008. Mungkin juga Allah nak suruh Tok Guru concentrate dan kerja kuat pada parti bagi mengambil Malaysia 2008, insyaallah. Allahuakbar. Hanya Allah yang tahu. Sebagai Menteri Besar, Presiden PAS, Duta PAS ke persidangan antarabangsa di Asia Barat, Ketua Pembangkang di Parlimen, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tok Guru (Imam) yg memberi kuliah setiap minggu di masjid, dan juga ketua keluarga, banyak tanggungjawab yg terpaksa dipikul oleh beliau. Mana nak tadbir negeri lagi, urusan parti, mengajar agama, keluarga dan hubungan antarabangsa ke Syria, Lubnan, Jordan, Arab Saudi. So, mungkin dengan kekalahan ini Tok Guru ada banyak masa untuk parti bagi mencapai kemenangan di PR akan datang.

Kekalahan ini juga utk membuka mata rakyat terhadap kes royalti petroleum, kes MRSM dan banyak lagi. Dulu masa PAS memerintah mereka sanggup membatalkan perjanjian Petronas yang menyatakan bahawa telaga minyak terletak dikawasan pantai Terengganu. Agaknya sekarang ni, bila diukur balik, batu sempadan tuu berjalan ke kawasan perairan Terengganu. Batu tuu mungkin berkaki dua kot...Fikir-fikirkan


Bookmark and Share




  Member Information For MawaRJinGgaProfil   Hantar PM kepada MawaRJinGga   Quote dan BalasQuote

MawaRJinGga
WARGA RASMI
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 3393
Posting: 13
Dari: marang,terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-04 20:48


SAYA MENCADANGKAN AGAR KABINET DIBUBAR DAN DIADAKAN PILIHANRAYA SEMULA YG LEBIH TELUS YANG DIKENDALIKAN OLEH BADAN PEMANTAU BEBAS YANG DISERTAI OLEH PEMERHATI ANTARABANGSA DARI NEGARA-NEGARA KOMANWEL.


Bookmark and Share




  Member Information For MawaRJinGgaProfil   Hantar PM kepada MawaRJinGga   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-03-04 21:35


..kalo nak wat pilihanraya baru kene tulis suratla kat PM.takpun kene tunggu pilihanraya akan datang. isnya tak semudah yang dicadangkan wahai adikku tersayang..marilah kita bersama-sama bersyukur dengan ketentuan Ilahi.wallahualambissawab.


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

puteri_JIHAD
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 2451
Posting: 55
Dari: muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-04 16:00


Manusia bila tamak haloba sanggup lakukan ape saje.Sampaikan agama pun sanggup di gadai.
"Org yg berada di atas dan tiba2 kalah adalah lebih perit berbanding org yg kalah dan biasa kalah"
Mungkin itulah yg di takutkan oleh BN.
Ana dah lama tak puas hati pasal:-
1.Ada ke patut tulis :"AMARAN KERAJAAN:MEROKOK ADLH MERBAHAYA DAN BLH MENJEJASKAN KEsIHATAN" pada setiap kotak rokok.dah tahu bahaya dan dlm islam pun dah kata merokok tu [email protected] kenapa masih tak sekat aje.
Takkan ke bodoh namanya.Serupalah kata"Makan tahi 2 tak bagus tapi makan jugak!".
2.4%PTPTN tu dah jelas2 riba' tapi kelabukan maa rakyat.dah turunkan 3%.3% pun riba' jugak.hok rakyat BN pun kata,nampak 2,kerajaan dah turunkan tp kalau PAS memerintah terus turun 0%.
TAKBIR!!!!
moga islam kan tertegak di bumi MALAYSIA.

-----------------
salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah


Bookmark and Share




  Member Information For puteri_JIHADProfil   Hantar PM kepada puteri_JIHAD   Quote dan BalasQuote

MawaRJinGga
WARGA RASMI
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 3393
Posting: 13
Dari: marang,terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 15:04


Saya tak faham lah apakah maksud perubahan atau pembangunan yg diagung-agungkan sesetengah pihak. Adakah perubahan itu bermaksud dari masyarakat yg tinggi akhlaknya kepada yg rosak akhlaknya seperti yg berlaku dibandar2 besar yg membangun dari segi jasmaninya tapi rosak rohaninya dengan maksiat berleluasa, judi, zina, lumba haram, gejala sosial, industri pelacuran yg pesat, rogol sini rogol sana, pembangunan pusat perjudian yg pesat, kezaliman, muda-mudi yg bergaul bebas, mendedahkan aurat, pakai kain nampak pusat dan macam macam lagi. Inikah perubahan yg dimaksudkan???

Kami sebagai rakyat Kelantan dan Terengganu cukup berpuas hati dengan perubahan dan pembangunan yg dibawa oleh kerajaan PAS. Buat apa nak buat pembangunan yg melampau dan membazir. Kita bukan nak hidup lama atas dunia. Cukup sekadar memenuhi tuntutan agama dan perintah Allah. Kerajaan PAS Terengganu melalui pembangunan insan (melahirkan rakyat yg berakhlak), reformasi tanah, amar ma'ruf nahi mungkar, dasar ekonomi, pentadbiran dan sosialnya cukup menyenangkan kami. Terima kasih Tuan Guru Haji Abdul HAdi kerana membimbing kami rakyat Terengganu ke arah kebaikan selama 4 tahun memerintah.


Bookmark and Share




  Member Information For MawaRJinGgaProfil   Hantar PM kepada MawaRJinGga   Quote dan BalasQuote

MawaRJinGga
WARGA RASMI
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 3393
Posting: 13
Dari: marang,terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 15:19





Marilaa kita mengambil pengajaran dari Surah Al Furqan;

"Dan ingatkanlah, pada hari orang2 yg zalim mengigit kedua tangan mereka kerana marahkan diri mereka seraya berkata "Alangkah baiknya jika sekiranya masa di dunia dahulu, aku lalu ikut jalan yg benar yg dibawa oleh Rasul (dan orang2 yang meneruskan ajarannya iaitu ulama', pemimpin yg amanah)"

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu menjadi pemimpin aku kerana dia telah menyesatkan daku dari peringatan al-Quran setelah ia disampaikan padaku. Dan syaitan itu memang suka mengecewakan manusia yang menjadikan dia sebagai pemimpin"


Bookmark and Share




  Member Information For MawaRJinGgaProfil   Hantar PM kepada MawaRJinGga   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Kekalahan Yang Besar buat pembangkang

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.07321 saat. Lajunya....