Mohon Mudah Hafal Ilmu

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Sabtu, 26 Julai 2003 @ 13:24:56
Topik: Umum



MOHON MUDAH HAFAL ILMU

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (daripada mereka berdua). Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami mudahkan gunung-gunung dan unggas memuji kami bersama Nabi Daud
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Wahai Tuhan yang hidup; wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya; wahai Tuhan Nabi Musa; wahai Tuhan Nabi Harun; wahai Tuhan Nabi Ibrahim; wahai Tuhan Nabi Muhammad, muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman
dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-nama Mu wahai Tuhan Yang Mulia; Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat baginda sekalian.

MOHON TERBUKA HATI DAN MEMAHAMI ILMU

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku
daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kerahmatan, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berikanlah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan dan
mudahkanlah bagiku pintu kurniaan Mu, wahai Yang Maha Penyayang.



MOHON TIDAK LUPA ILMU

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan hafalan rasul dan ilham kalangan malaikat yang hampir (dengan Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukakanlah hatiku seperti orang yang arif.

Ya Allah. Aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu mengenai sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku
kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu mengenai diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

DOA BELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepadaku kefahaman nabi-nabi dan ilham kalangan malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.