Hati dan Jiwa....

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Khamis, 10 Julai 2003 @ 8:43:15
Topik: Tazkirah



Dalam kehidupan kita seharian..pasti pelbagai perkara yang kita lalui dan hadapi sebagai seorang manusia..insan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri setiap kita..adakalanya peristiwa itu berlaku adalah disebabkan oleh diri kita dan adakalanya adalah disebabkan oleh orang yang berada disekeliling kita..namun,segalanya adalah secara zahiriyyah yang kita mampu lihat menggunakan pancaindera kita....'Ala kullihal...Walau apa pun yang sentiasa kita lakukan, ingatlah ada dua pencatit amal di kanan dan kiri kita...yang senantiasa mencatit setiap perilaku kita sama ada di dalam hati mahupun secara zahir..

Ikuti dialog yang kita tidak dapat lihat dan dengar dengan pancaindera kita..

Hati : Pernah rasa kosong selepas bangun dari tidur?
Jiwa : Ada, selalu.
Hati : Kau tahu Kenapa?
Jiwa : Beritahulah aku apa puncanya.
Hati : Ketahuilah , sebenarnya jiwa yang berada didalam kegelapan adalah berpunca dari hati yang mati. Dan perkara yang menyebabkan hati mati adalah kerana banyak ketawa. Mati yang dimaksudkan adalah lalai dari mengingatiNya.
Jiwa : Lalu , apa yang boleh menerangkan semula hati?
Hati : Hanyasanya, mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selain tu, berzikir dan beristighfar banyak dan... nampaknya kenalah kurangkan ketawa.
Jiwa : Mm..nampaknya betullah tu, supaya hati tak rasa kosong lagi kan.Terima kasih.
Hati : Sama-sama.....Oh ye...sebelum tidur jangan lupa baca doa dulu.


“Pandangan mata selalu menipu…pandangan akan selalu akan selalu tersalah…
Pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati itu yang hakiki…kalau hati itu bersih”

...tiba-tiba dah sampai ke pejabat. Life must go on, but on the right track (syariat).
Sekian, Wassalam