Uhibbuka Fillah

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Isnin, 22 Jun 2009 @ 21:14:50
Topik: Kreatif



Hati...
Di situlah bermukim segala macam bentuk perasaan
Kasih, sayang dan cinta
Benci, khianat dan dusta

Hati...
Teramatlah sukar untuk dimengerti
Perasaan datang silih berganti
rasa kasih bertukar benci
rasa benci bertukar sayang

Hati...
Dan engkau telah terbitkan cinta Ilahi
Dari cintaku kepada seorang lelaki

Ya Akhi...
Walau kita tidak selalu berjumpa
Walau kita tidak pernah bertegur sapa
Walau aku hanya mengenalmu pada nama

Tetapi...
Tanpa engkau sedari,
Engkau telah menyunting semangat dalam diriku
Engkau telah membuatkan ku berazam untuk menjadi
Wanita Sholehah...

InsyaAllah akan aku akhiri penderitaan jiwa yang sepi
InsyaAllah akan aku akhiri kisah silamku selama ini
Akan aku buka lembaran baru
Akan aku bina hidup yang lebih bererti

Semoga cintaku untukmu
Cinta yang suci
Semoga cintaku untukmu
Adalah kerana Ilahi

"Ya Allah jadikanlah dia pendamping hidupku,
Yang akan membimbingku ke jalan yang lurus,
membantuku dalam ibadahku dan menegur kekhilafanku.
Semoga dia dapat membantuku menjadi wanita yang sholehah.

Ya Allah,
Andai dia untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Sabarkanlah hambaMu ini,
Yang sentiasa ingin mendampinginya,
Bantulah hambaMu ini,
Mengatasi rasa rindu yang mencengkam diri.

Tetapi andai dia bukan tercipta untukku,
Tenangkanlah hati ini ya Allah,
Sesungguhnya hambaMu ini lemah,
Berilah aku kekuatan untuk pasrah dan redha di atas ketentuanMu".

Amin