berfikir sejenak

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Isnin, 06 Ogos 2007 @ 1:11:59
Topik: Nostalgia



alhamdulillah..syukur pada yang esa kerna hari ini kita masih lagi diberi pelung untuk menghirup nikmat iman dan islam.betapa beruntungnya kita lahir sebagai seorang muslim.satu nikmat yang cukup besar dan paling berharga,sedangkan orang-orang bukan islam diluar sana masih jahil dalam kegelapan.

beku dalam menerima kebenaran.
tegar mmperjuangkan kebatilan.
beruntung bagi kita yang tidurnya lena dengan mimpi2 indah,lelapnya tenang,jaganya lapang,makannya enak..sedangkan berpuluh ribu saudara seislam kita diluar..ditindas dan dizlami.

ledakan meriam kedengaran disebalik dinding konkrit yang hampir runtuh,bunyi2 tembakan yang menembusi tisu2 daging lalu merembiskn darah shahid seorag pejuang muda berhemburan dimerata-rata,suara tangis si kecil memanggil "abi" dan" umi" tanpa ada yang sudi mmbalasnya hanya sorotan mata syu dilemparkan pada si kecil..

namun dalam tangis sedu itu masih ada Allah dihati,masih bergema zikruAllah dibibir..masih berdetap semarak perjuangan dijiwa merindui shahid dijalanNya..bagaimana pula kita???tidur yang lena dimalam hari dengan mimpi2 indah hingga ke pagi..tiada munajat dan tangis seorang hamba merayu kepada penciptaNya.

perut yang sentiasa kenyang setelah segala nafsu didisi..hati yang sentiasa merasa aman dr mara bahaya..jiwa yang sentiasa asyik dengan keseronokkan yang' sentiasa mengundang tawa yang berpanjangan..

diri yang sentiasa leka dr menjalankan kewajipan..iman yang tidak pernah cuba berganjak melepasi desakan 1001 nafsu dunia..diri yang lemah tika badai datang melanda..jiwa yang sombong tatkala nama dijulang tinggi..

mampukah semua ini dibalas dengan sebuah taman firdausi yang jika diletak harga padanya sudah tentu org yang paling kaya didunia pun tidak mampu untuk mmbayarnya..kerna syurga Allah itu tak ternilai harganya.

~~kalau diri tak tahan diuji jangan mengharap taman firdausi,kalau cinta Allah belum kau rasai jangan dambakan cinta insani.