Definisi IDOL

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Isnin, 28 Jun 2004 @ 18:56:30
Topik: Umum



Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa
Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :

1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala, musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa
pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.

Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat
muslim sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan
rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu belia.

Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-belia ini yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum diabaikan..apatah lagi waktu solat..semuanya sibuk berlatih untuk
menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di
negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda
jahat musuh- musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.

Apakah tindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita
perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang hanya membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti ini.