Cintamu Habibah..

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com:443/hanan/



Tarikh: Rabu, 01 Oktober 2003 @ 9:47:29
Topik: Kreatif



Catatan memori seorang saudara...

17 oktober 2002

bas stabil dengan kelajuan 130 kilometer sejam. deruman enjin yang datang dari bawah bas menusuk pendengaran. Aku menyarungkan earphone ke telinga, walkman yang dibawa kusumbat dengan lagu terbaru kumpulan hijjaz. pandanganku beralih ke dalam perut bas, masing-masing sibuk melayan emosi. perjalanan ke sana memakan masa yang panjang, kebosanan mencebur rasa. alunan nasyid bergema dicorong telinga. irama mengulit mengulit jiwa, kebosanan yang beku mencair lalu mengalir keluar bersama melodi hijjaz. hawa dingin mengelus-elus tubuhku. Aku menikmati suasana itu.

ekspidisi ke sinai berbeza, tidak semudah menatap piramid yang bersipongang di Giza. tidak sama menikmati elusan bayu di matruh dan siwa. ia lebih sukar dan memerlukan persediaan fizikal. banyak destinasi indah yang mampu di tuju. hatiku memilih untuk tetap ke sinai, megunjungi dataran dan banjaran tandus gunung-ganang yang gersang. bukanlah ini yang pertama au menatap fajar sadik menyapa bumi melalui celah-celah banjaran gunung sinai. ini adalah ulangan sebuah perjalanan yang telah kulalui. Aku ke sana lagi, tetapi mengapa? surat yang aku terima daripada rahim punya jawapannya.

surat rahim telah mencetus suatu rasa di hatiku. hari itu adalah sukar bagiku. dalam sedar yang tak sedar itu. Aku cuba menjelajahi perjalanan silam. sehelai demi sehelai novel kenangan silam kuulang tatap. hari itu adalah hari yang tak pernah kulalui. siang kurasakan benar-benar kumal dan meresahkan - seperti tempat mengejar bayang-bayang di padang lalang. membawa aku ke daerah kegelapan, gelap yang tiba-tiba bertukar menjadi cerah, diserikan bintang-bintang; kejora nirwana dan belatik. saat itu seperti kelpak warah yang mengembag sambil menabrakkan harumnya.

lalu tersingkaplah satu persatu kenangan ketika bersamanya, habibah perempuan yang banyak menyimpan rahsia kehidupanku. dan detik yang kian hening di balik mentari terik itu tak bisa meramalkan apa yang akan terjadi. taman akalku seperti taman kegersangan yang dihujani air dari langit Tuhan. taman yang kosong, mula bercambah dengan bunga-bunga kemudian mengharum. taman akalku tidak lagi bertanah kering dan gersang. sungai bijaksana akalku mula mengalir dan alirnya yang dingin mengalir ke jiwa. kebuntuan yang menyeka di akal fikiran perlahan-lahan dibawa arus yang tenang. ketika itu. Aku adalah alirnya yang damai.

'Habibah' sudah lapan tahun nama itu hadir dan mewarnai jiwaku. dia anak jati negeri johor dan aku kelahiran bumi serambi mekah. semenjak mengenali perempuan itu, hari-hari yang kulalui tampak ceria. biarpun kami tidak pernah bertemu dan bersua, tetapi sesuatu telah membelit kemesraan antara kami. bukan faktor zahir yang menyuburkan ikatan, tetapi rasa dalaman yang lahir daripada suatu perasaan. baginya, hubungan itu adalah suatu anugerah.

tiga tahun lalu,
ogos 1999.

telefon berdering. nyaringnya meyentak lamunan. jam di tangan menunjukkan waktu pukul lapan lima belas mini malam. kedengaran dari gagang telefon suara Bibah tersekat-sekat, mungkin sukar untuk meluah gusar di dada. Habibah mahukan keputusan perhubungan ini. "Kenapa begitu? tak sudikah Am?" Bibah menyoal sangsi. "Am tak berniat mengecewakan sesiapa. cuma masing-masing harus mengerti bahawa kita bukan penentu takdir". hubungan mereka baru melewati usia empat tahun, dalam baya umur yang baru mencecah keremajaan, sukar bagi Amir memberi keputusan. Amir mengetap bibir. Dia yang memulakan hubungan ini, dan sekarang dia tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Habibah.
Habibah sebak, jiwanya mendesak untuk mendengar kalam dari Amir. Adakah Amir terlalu egois sehingga tidak mahu melafazkan rasa kasih padanya. Sudah lama jiwa Habibah mengharapkan kepastian dari Amir. Sehingga sekarang dia belum memperolehi keputusannya. "Biba, perjalanan kita masih jauh. kalau dinyatakan keputusanya sekarang, belum pasti kita akan bersatu. Hati manusia berubah-ubah, tidak sama hari ini dengan esoknya"> Amir masih mencari kata-kata yang sesuai. Dia tidak mahu kekeruhan terhambur dari lidahnya. Dia tidak akan sedia melukakan hati Habibah.

"Am, nyatakan apa sebenarnya Am sembunykan dari Bibah. Bibah mahukan kebenaran" Habibah masih tidak puas hati dengan jawapan Amir. Amir akur , wanita memerlukan penjelasan di atas setiap jawapan. kadang-kadang mereka jauh lebih mengerti. " Bibah, rasanya Am sudah tidak asing lagi pada Bibah. Am tidak akan menyatakan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita. kadang- kadang kebaikan itu pahit bukan?" Amir merendahkan suaranya. Emosi mula menguasai jiwa. Amir cuba mengawal gelodak di jiwa.

Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. Adanya dapat dirasa. Amir akur dalam kepayahan itu. biarpun kash sayang itu adalah anugerah Tuhan. Tetapi manusia lemah untuk menilai. Manusia mampu untuk membuat keputusan dengan akal yang ada. Pertimbangan akal jauh lebih baik daripada mengikut rasa hati dan perasaan. Apabila ilmu dan akal memandu hati, tiada lagi cinta buta.

"Jadi, Am tidak akan membuat sebarang keputusan sekarang? Am mahu Bibah terkapai-kapai dalam seribu pertanyaan? Bukankah itu suatu penderaan?" diam dalam tegar atma cinta lebih kencang daripada helus nafas yang kian kuat berkocak. Saat itu, kebijaksanaan Amir seperti air beku di dalam sebuah vakum. Habibah masih mengharapkan terluahnya sesuatu. "Bibah, siapakah Am untuk sebenarnya untuk mengatakan Bibah milik Am? siapakan Am untuk mengistyiharkan bahawa Bibah akan kela selamanya dalam ingatan Am? siapakah Am untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita? Adakah Am punya kuasa untuk menetapkan suatu yang belum pasti? bukankah kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan?" Diam. Habibah kelu. kata-kata itu ada benarnya.

"Bibah, kita sudah dewasa dan masing-masing punya dunia serta tanggungjawab yang berbeza. kita punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kawan juga sahabat. kita juga seorang beragama sekaligus pendokongnya. semua watak ini perlu kita sempurnakan berdasarkan ilmu yang kita ada. lihatlah kedudukan kita sekarang. bukankah kita mahasiswa sekarang?".

"Adakah itu bermaksud Am tidak suka dengan hubungan ini?". "tidak Bibah, bukan tidak suka tetapi mahu menjaga kesucian hubungan ini. Am tidak mahu hubungan ini tercemar dengan tindakan yang terkeluar dari batasan sebenar. jangan kerana cinta, semuanya kita lupa. jangan kerana kekasih tumpuan dan niat kita hilang. utamakan apa yang lebih utama. lihatlah jalan yang harus kita lalui terlebih dahulu, jalan seorang penuntut ilmu. terlalu banyak kesungguhan yang perlu kita curahkan padanya. bahkan masih ada di sekitarnya tanggungjawab yang mengharapkan tumpuan daripada kita. Am bimbang, sekiranya kita gagal untuk menyempurnakan amanat itu dengan baik". Am bersahaja namun kalam itu kuat sekali menusuk ke jiwa Bibah. hatinya terpana dengan realiti yang hampir dirinya alpa.

"Ingat Bibah, tidak berhubungan bukan bererti putus. berenggang tidak bererti lupa. kerana kasih yang sejati lahir dari keimanan. cintailah seseorang kerana Allah. Benci kerana Allah. bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu. bertemu dan bermesra. berpimpinan tangan dan berpasang-pasangan. itulah kebiasaan yang salah". tiada bicara yang terpantul dari bibir Habibah. hati Bibah agak terkasima. hatinya terpaksa membenarkan setiap kalimah itu. sekarang akal warasnya sendiri menyatakan bahawa dirinya silap. Amir memang benar dan dia yang salah.

"Am, Bibah tersilap. Am telah banyak membuka kesamaran dalam hidup Bibah. Baiklah, Bibah mengerti mengapa Am tidak mahu berterus terang bahawa Am menyukai Bibah. kerana kita tidak tahu adakah ada jodoh untuk kita bersama. andai kita terpisah nanti, sekurang-kurangnya kita tidak terlanjur dalam menyatakan sesuatu. Bibah mengerti Am. Maafkan Bibah..."

"Bibah, ikatan dengan kata-kata belum terjamin. tetapi kalau hati dah tetap dan muafakat, berdoalah moga esok masih ada hari untuk kita bersama. Akui bahawa kalau sudah jodoh tak ke mana. tak lari gunung di kejar. namun, selagi kita berdiri sebagai seorang pelajar. penuhilah tuntutan itu. yakin dan pastilah, masa untuk kita bersama akan tiba nanti."

"baiklah Am, cuma benarkah Am menyintai Bibah sebagaimana Bibah menyintai Am?" Sekali lagi soalan itu terbit dari bibir Bibah. "kalau benar Bibah ingin tahu, biarlah masa yang membuktikannya...bersabarlah". Hanya itu yang Amir dapat nyatakan. dia tidak mahu membina janji lalu memungkiri. biarlah masa yang melayarkan bahtera hubungan ini berdasarkan takdir nakhoda yang termaktub. andai penghujung hubungan ini sampai ke pulau bahagia, dia bersyukur. namun jika bahtera itu karam di lautan, dia tetap mengharapkan moga hati mereka terselamat dari karam kelemasan. mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sana.

**************************************

perjalanan masih berlangsung. pandanganku masih ke luar tingkap melihat sahrawi. lazuardi terang tanpa awan, mentari cerah menyimbah bumi dengan kepanasan sederhana. awan langsung tidak kelihatan, membiarkan bumi menanggung panas terus-terusan. hatiku kosong. di sini aku kembali terasing daripada diselimuti neon-neon pancawarna kota kaherah. sedangkan di tanah air. Aku hidup dalam suara merdu mergastua, jauh di pendalaman.

rahim adalah penyebab wujudnya diari antara aku dan Habibah. waktu malam di dorm asrama dahulu sering kuisi bersama rahim sambil bercerita tentang Habibah. dia kenal Habibah semenjak sekolah rendah, setelah itu dia berpisah daripada Habibah kerana rahim menyambung pelajaran peringkat menengah di negeri kelantan. rahim akur Bibah seorang yang pintar dan menerima banyak anugerah di atas kecemerlangannya. dia memiliku suara yang merdu apabila melagukan ayat suci Al-Quran dan nasyid. lantaran itu dia dipilih sebagai solo nasyid untuk mewakili sekolahnya dalam apa jua pertandingan.

aku percayakan rahim kerana sudah enam tahun mengenalinya. dia jujur terhadap aku dan kawan-kawan lain. tambahan pula, rahim tinggal tidak jauh dari rumah Habibah. banyak perkara mengenai Habibah kutanyakan pada rahim. setelah kami menamatkan pelajaran di peringkat menengah, jarak terus menerus memisahkan aku dengan Bibah. Aku telah mengambil keputusan untuk ke bumi Mesir, sedangkan Habibah menuntut di universiti tempatan. 'masa telah menjarakkan kedudukan kami, adakah masa juga menjarakkan hati kami?' monolog yang sering membuatkan aku kegusaran. namun, setelah menerima surat daripada rahim, persoalan itu kuanggap suatu takdir yang harus aku terima.

*********************************

melawan ketinggian

ekspedisi memanjat gunug sinai bermula sebelum matahari terbenam. pendakian yang bermula di waktu petang hanyalah untuk memastikan kami sempat untuk melihat matahari terbit esoknya. ada teman-teman yang mampu ke puncak dalam masa kurang satu jam. ada yang menamatkan pendakian lebih dari satu jam. bergantung kepada kekuatan fizikal masing-masing. perlahan matahari hilang di ufuk barat. sinar hilang bersama hilangnya mentari, yang bersamaku hanyalah cahaya lampu suluh sebagai penerang jalan.
seketika kuhalakan pandangan ke bawah, memandang teman-teman yang masih di kaki gunung. angin yang menerpa membuatkan aku kadang-kadang menggeletar sejuk. dalam ketinggian sebegini sudah tentu suhu udaranya mencengkam. kalimah ketinggian, ia membuatkan hatiku mahu berbicara pada sebuah harapan yang pernah kupasakkan.

"jangan terlalu menyemai harapan pada hubungan ini Bibah, kita tidak sunyi dari perancangan Tuhan". kata-kata itu terpaksa Amir luahkan. saban kali Habibah menyatakan rasa yakin di atas hubungan itu. begitu juga dirinya, namun rasa bimbang pada sebuah kegagalan itu masih kuat mencengkam. "mengapa harus kita bimbang Am, bukankah kita harus berusaha?" Habibah tidak setuju pada pendirian Amir yang kurang yakin. "Am bimbang, jika terbang tinggi jatuhnya akan parah". Amir melucutkan kata itu spontan, Habibah diam seketika. "parah atau tidak, itu soal kedua, yang penting kita harus mencuba. sekiranya asyik terbelenggu dengan rasa takut, kita tidak akan mengecapi nikmat berusaha dan mencuba. andai gagal selepas mencuba, kita tetap bersyukur di atas pertemuan yang telah kita jaga dengan sebaik mungkin. biarpun kita kalah, sekurangnya kita masih ada memori bersama".

Amir diam, haruskah dia menolak kenyataan itu. dia tetap kurang bersetuju dengan pendirian Habibah. entah mengapa. egokah aku? ahhhh, persetankan rasa itu! namun dia mati hujjah untuk menyangkal. sebetulnya dia amat mengharapkan hubungan ini berjaya, tetapi perjalanan yang perlu ditempuh masih terlalu jauh. masih banyak ranjau yang melintang. Amir diam, dia cuba menilai realiti yang semakin kabur. 'mencipta harapan pada suatu yang tak pasti, bukankah risikonya tinggi? mustahil untuk aku bersamanya dalam tempoh terdekat lantaran kami masih lagi belajar. setiakah aku? cintakah aku padanya? hari ini memang kami saling mengasihi, bagaimana dengan esok atau setahun akan datang? masih samakah cinta itu dengan hari ini? hati manusia berubah, tiada siapa yang mampu untuk menahan anjakan perasaan abstrak itu. bagaimana sekiranya suatu masa nanti kami terpaksa menjaga ikat setia sedangkan cinta kami sudah tiada. setia kami hanya terikat dengan janji, atau kerana mahu menjaga hati di pihak sana? siapa tahu jika itu terjadi...' Amir gusar.

"Bibah sebaiknya kita tumpukan pada pelajaran. soal kasih dan setia tidak perlu kita luahkan, biar hati kita sahaja yang merasainya. memang benar kita perlu berusaha". Amir tidak mahu mencipta sebarang harapan pada masa ini, dia mahu Habibah juga begitu. sekurang-kurangnya dia tidak menjadi penyebab Habibah hanyut dalam lautan perasaan. "Am, harapan itu sepatutnta kita letak di puncak yang tertinggi, lalu kita usaha untuk menggapainya. tiada makna mencipta hubungan andai tiada harapan disemai. tiada guna kita belajar andai tiada cita yang mahu kita digapai. salahkah kita berazam Am?" Habibah seolah memaksa Amri mengiyakan bicara itu. Habibah memang bijak. bagaimana Amir mampu menolak lagi sekiranya kebenaran itu sudah masuk ke dalam dirinya. namun rasa bimbang masih lagi mencengkam. bimbang pada kegagalan hubungan ini, bimbang pada sebuah kejatuhan dari gunung yang tinggi. 'ah... pedulikan rasa itu!'.

**************************************

merungkai delima hati

angin yang mendesah tanpa segan silu melanggar-langgar tubuh kurusku. dingin sejuk 10 darjah celcius seperti kerengga yang sedang menghurung tubuh. dinginnya menusuk-nusuk. Aku memeluk tubuh. sesekali terasa menyesal kerana tidak mahu mendengar kata Azman, rakan rumah sewa supaya aku membawa baju lebih tebal sebelum keluar meninggalkan rumah. samar-samar mentari mucul dari birai gunung-ganang. suasana yang berkabus bersama susunan bukit batu. termasuk kedinginan ketika itu, mengembalikan sebuah rasa klasik.

tangan yang lama bersembunyi di dalam saku kutarik keluar bersama sekeping surat dari rahim. helaian itu kuselak kembali. sedikit cahaya membantu aku membaca tulisan yang tercatat...

assalamualaikum,
buat Amir sahabat yang diingati, bagaimana kesihatanmu di sana? moga kau sentiasa sihat dan bersemangat di samping pelajaranmu. Aku di sini seperti biasa, sibuk dengan assignment. maklumlah student untuk final year, au nak score yang terbaik. doakanlah untukku Am.

tujuan aku menulis kali ini untuk menyampaikan berita dan pesanan dari Habibah. sebenarnya Habibah sudah lama tidak berutus khabar dengan kau kan? dia ada memberitahu masalahnya padaku. namun, sebelum aku meneruskan bicara ini. Aku mahu kau lapangkan dada Am. jangan emosi mempengaruhi pemikiranmu. biarkan semua sangkaan buruk yang bersarang itu lepas dan bebas.

Habibah tidak sanggup untuk memberitahumu sendiri. dia bimbang kau berkecil hati. dia meminta. Aku menyampaikan pesannya padamu. ibu Habibah sudah memilih calon menantunya, namanya shamsul iskandar. asal orang johor juga. ibunya bercadang untuk mengahwinkan mereka secepat mungkin setelah Habibah memperolehi ijazah. shamsul sudah lama menyukai Habibah. dia sudah punya pekerjaan tetap di shah alam. semua ahli keluarga Habibah sudah setuju untuk menyatukan mereka berdua. Habibah sendiri? dia dalam dilema. ibunya mahu dia berkahwin dengan orang senegeri. apapun, Habibah tidak akan memberi keputusan selagi kau tidak menyatakan pendirianmu dalam hal ini. katanya dia tetap setia pada ikatan yang dipatri. itu adalah ucapan di bibirnya. Aku sendiri sudah tidak tahu sejauh mana kesetiaan yang masih ada.

Am, sebagai seorang kawan. Aku tidak mahu kau membuat keputusan yang salah. Aku tahu kau kasihkan Habibah, kau pilihlah keputusan yang terbaik untuknya. Habibah terhimpit dalam menyatakan keputusan lantaran kau masih ada dalam hidupnya. bagiku, dia tentu mengharap agar kau melepaskannya. Aku fikir itu adalah jalan yang terbaik, merelakan Habibah untuk shamsul. Aku mahu engkau bahagia Am. tetapi aku juga kasihan pada Habibah. keputusan terserah pada kau. dahulu kau sendiri ada katakan, kalau dah jodoh takkan ke mana. takkan lari gunung dikejar. mungkin dia bukan untukmu...

Am. Aku mohon berundur dulu. Aku mengharapkan balasan dari kau. jika tidak keberatan, balaslah surat ini terus kepada Habibah dan nyatakan keputusanmu padanya. dia memang menantikan keputusan darimu. sekian, wassalam...

yang benar,
rahim talib

aku melipat warkah bisu itu. Aku yakin pada kalimah yang tertulis. Aku yakin sekarang aku mula terjun dari suatu ketinggian. bagaimana mahu aku menghadapi impaknya. Aku mengangkat mata menoleh ke arah mentari yang semakin meninggi. matahari seolah cuba memberitahu padaku, siang tetap hadir seperti sediakala walaupun hatiku diselubung kesuraman yang begitu hebat.

episod kehidupan ini akan terus bersambung walaupun banyak adengan sedih dan menyayat hati berlaku di dalamnya. siang dan malam akan tetap bergantian sekalipun dunia bergolak dengan peperangan dan perbalahan. seolah kehidupan itu adalah semangat yang tidak terhalang, ia terus menerus melakar kehidupan. Aku? adakah aku miliki semangat kehidupan ini?

aku berharap keindahan semalam menjadi milik abadiku. Aku tidak mahu berpisah dengannya. Aku takut hadapi perpisahan itu. 'mengapa aku harus takut? sedangkan aku sedar perasaan itu tidak mampu memudaratkan aku. pertemuan akan menjanjikan perpisahan'. hati ini begitu bergelora. biarlah! biarlah segala rasa berombak di samudera jiwaku, mahu kurasai buat kali terakhir. selepas ini akan kulepaskan segalanya. 'aku mahu bebas seperti beburung yang berterbangan bebas di angkasa!'.

***********************************

Habibah bangkit dari tikar sembahyang, sudah setengah jam dia bertafakur di situ untuk mengutip kekuatan yang telah hilang beberapa waktu. kini semangatnya semakin pulih. dia berjalan menuju ke jendela, langsir ungu itu ditolak ke birai. cahaya mentari pantas menjamah lemut wajahnya. angin lembut mengelus-elus masuk melalui celah jendela yang terbuka. 'hari sudah terang', getus hati Habibah. dia masih ingat saat menerima anugerah dekan ketika majlis konvokesyen berlangsung. ayah, emak dan abang shamsul turut hadir meraikan hari bersejarah itu. dia telah berjaya mendapat segulung ijaza bersama anugerah mahasiswi cemerlang. alangkah baiknya jika amir turut hadir meraikan kejayaan itu.

semalam dia menerima warkah dari Amir. Amir telah merungkai persoalan yang membelenggu batinnya. sukar untuk diungkapkan betapa jiwanya berterima kasih kepada Amir. dia sendiri tidak pasti adakah kasih sudah berubah sepenuhnya. yang pasti, rasa kagum pada kematangan lelaki itu tidak hilang. Amir adalah cinta pertamanya. 'mungkin cinta itu diganti oleh yang lain?', hati Bibah masih bergasak. Amirsudah sedia menerima apa sahaja keputusannya. di pihak ibu, mereka masih menunggu keputusan daripadanya, yang pasti, harapanuntuk Amir sudah kabur.

Habibah melangkah ke meja solek, sampul yang sudah terkoyak itu dibongkar. hatinya dicengkam rasa syahdu dan sebak apabila menatap tulisan tangan Amir. suatu masa dahulu tulisan itulah yang banyak membahagiakannya. dahulu dia begitu rindu menantikan kehadiran surat daripada Amir. kalimah Amir membuatkan dirinya seolah menatap bait-bait puisi indah. susunan bahasanya halus dan lembut. Bibah sangat menyukainya.

assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi SAW. syukur di atas segala rahmat dan kurniaNya. syukur pada Tuhan di atas pertemuan ini. mungkin sudah tiba masanya saya perlu tampil untuk memperjelaskan keadaan antara kita...

Bibah,
saya tampil untuk memberi sebahagian jawapan tentang perhubungan ini. biarpun sebahagian jawapan itu ada pada Bibah. anggaplah Bibah bersetuju dengan jawapan ini. saya menyedari hakikat ikatan dua insan yang berjauhan, walaupun masih setia memegang janji namun hati sebenarnya sudah berubah. tidakkah begitu Bibah?

konklusinya, kita sudah menjadi individu berlainan, yang masih kekal antara kita hanyalah ikat setia hubungan ini. kita masih utuh memegang janji dahulu, sedangkan hati kita sudah merasa terbeban untuk menanggungnya. itu adalah telahan saya. bukan berniat menafikan kesetiaan di mana-mana pihak, saya mahu pastikan tiada lagi jiwa yang 'terus terbeban'.

Bibah...
ingatkah sewaktu Bibah meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini. waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. kita yakin susah dan senang mampu diharung dengan sabar. masa itu kita masih muda bukan? kita penuh dengan semangat serta azam. kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi, melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. biar jauh biar dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya. namun itu dahulu. beberapa waktu kita bersama. banyak halangan dan cabaran terpaksa kita tempuh.

halangan dan cabaran ketika itu buat Bibah makin cuba meyakinkan diri. Bibah gagahkan jiwa untuk setia pada yang satu. ya, jiwa Bibah kuat, jiwa Bibah cekal. ikhlas saya katakan, Bibah memiliki semua itu. namun di sana Bibah tidak lepas dari tekanan bukan? malam itu Bibah tentu ingat, Bibah mengadu dan menangis pada waktu itu. saya cuba fahami situasi Bibah, tapi saya tidak mampu untuk memahaminya memandangkan situasi kita berbeza. masa itu, kita begitu rapat. kita berkongsi jika ada masalah, walaupun tidak semua. tapi sekarang? mungkin tidak lagi. setahun selepas itu, saya berangkat ke mesir. di situ bermula titik kerenggangan antara kita. betul tak? saya tidak menafikan bahawa jarak mampu membuatkan hati kita turut terpisah. orang kata 'jauh di mata, dekat di hati'. itu kalau yang sudah kahwin atau bertunang. bagaimana kita? realiti sudah membuktikan, hati kita semakin jauh... tentu masing-masing faham, kerana kita sudah merasainya.

dulu pernah saya ungkap 'jangan terbang tinggi kalau jatuh kan parah'. lalu Bibah jawab 'kalau kita takut terbang tingi, sampai bila pun kita akan takut untuk mencuba. lagipun kita tetap mendapat nimat berusaha dan mencuba'. kalam itu banyak memberi kesan kepada saya.

saya terasing di bumi mesir. apabila melihat sejarah kita, terasa ia begitu gemilang. seolah suatu kisahyang kita karang bersama adunan rasa sabar dan cekal. mengapa tidak? tidak pernah bertemu, namun saling menaut hati. tidak pernah bersua, namun hati sering bersama. walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan, kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan. kita jadi pasangan yang toleransi dan saling cuba memahami. ah, seolah sebuah kisah mitos yang tidak wujud, namun ia telah berlaku dalam hidup kita.

kerana terbang tinggi sekali, saya takut kejatuhan. saya terfikir burung yang terbang tinggi tidak ada yang jatuh kepatahan sayap, melainkan ia dicederakan. akhirnya saya faham, andai kita terbang seperti seekor burung, turunlah seperti seekor burung. burung tidak bimbangkan ketinggian walaupun ketika kecilnya ia pernah terjatuh apabila cuba untuk terbang. pengalaman telah mematangkan, masa telah mendewasakan. akhirnya burung kecil itu tahu bagaimana untuk mula terbang tinggi, ia juga tahu bagaimana untuk turun hinggap ke bumi. apakah kita tidak boleh begitu? sudah tentu kita mampu untuk melakukan lebih baik darinya.

dulu saya takut untuk melepaskan keindahan itu. takut dengan perasaan sendiri. ternyata, walau setinggi mana pun kita terbang, kita juga perlu hinggap seketika. mungkin sudah sampai masanya kita mencari haluan masing-masing sebelum kembali terbang. jangan terjun dari awan, itu akan cederakan diri sendiri. carilah dahan yang ampuh untuk kita turun dan hinggap. agar tiada yang luka atau cedera. jadilah persis burung besar, ke mana sahaja kita terbang semampunya kita tuju dengan penuh kekuatan dan kematangan. selagi kita fahami realiti dan tidak terkat dengan emosi. pasti konklusinya kita mampu capai dengan baik. antara kita, mungkin ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi. namun tidak bermaksud kita mengagungkannya. jadikanlah ia sekadar memori untuk diri sendiri. sekadar nostalgia untuk diimbau. biarlah ia menjadi khazanah yang berharga, atau mungkin sahaja hilang dipupus masa. Tuhan yang menentukan... bukan kita.

Bibah...
saya datang dengan wajah seorang kawan. saya tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci. hadirnya saya untuk membantu melerai kekusutan. saya yang memulakan salam pertemua, selayaknya saya yang melafazkan salam perpisahan. kerananya kita semakin matang dalam menilai perasaan insan. teruskan perjalanan, terbang persis burung besar. jangan takut pada ketinggian, lantaran kita sudah miliki kematangan dan pengalaman, kita mampu mengolahnya dengan izin Tuhan.

doakan kejayaan untuk saya, saya juga akan mendoakan kejayaan dan kebahagiaan untuk Bibah. harapan saya, moga Bibah merasai kelapangan dengan kehadiran surat ini. tidak ada kekusutan mahupun dendam. mungkin orang akan mengatakan hubungan ini hanya kisah rekaan kerana ia terlalu unik untuk diceritakan. namun realitinya hanya kita berdua sahaja yang tahu Bibah. apa pun ingatlah, kita adalah kawan yang pernah saling mengenali...

sekian.
p/s : saya hanyalah teman yang cuba mematangkan kehidupan. suamimu adalah teman seiring jalan. bantulah dia untuk membantumu... kita tetap dalam satu tujuan. tiadalah sesuatu yang kita miliki, melainkan Tuhan yang punya kuasa di atas segalanya. saya akui segala suratan takdir. terima kasih di atas segalanya.

yang benar,
Amir Ilyas,
Cairo Student,
Al-Azhar University.

Habibah akur pada kenyataan Amir. itulah yang difikirkan terbaik untuk mereka berdua. biarpun sudah enam tahun hubungan itu terbina, penghujungnya tetap baik walaupun mereka tidak mampu bersama. sekurang-kurangnya persahabatan yang pernah terbina itu mampu dilestarikan sebaik mungkin. Habibah tidak akan menangis, sudah lama dia bermain dengan air mata. kini air mata itu sudah kering dan kekeringan itu mengajarnya menjadi lebih dewasa. dia belum pernah mendengar lafaz kasih atau sayang daripada Amir, sehinga kini Amir tidak pernah meluahkan perasaannya pada Bibah. cuma, dia dapat rasakan setiap pemberian dan bicara Amir adalah ikhlas dan tulus menjaga jiwa dan maruahnya.

**********************************

assalamualaikum.
rahim, apa khabar kau sekarang? tahniah di atas kejayaanmu. Aku tumpang gembira. Aku di sini seperti biasa. sihat dan ceria. terima kasih di atas suratmu tempoh hari. Aku mahu khabarkan bahawa antara aku dan Habibah sudah tiada apa-apa lagi.

takdir kun fayakun Tuhan menjadikan aku lelaki yang tegar mengharung lautan ilmu. berbekal keazaman sendiri aku berusaha keluar daripada masyarakat keliling yang kabur menilai ilmu. Aku berjaya membunuh kegelandanganku sendiri. Aku menjadi lebih berani dan keluar dari kelompok merendah diri. pengalaman itu juga mengajar aku supaya tidak menyalahi nasib dan lebih berani seperti jaisy atau soldadu. kini. Aku mampu berdiri sendiri.

dahulu Bibah mahukan kepastian hubungan aku dan dia. sama ada aku menyayanginya atau tidak. Aku tidak menjawab waktu itu. Aku tahu ketika itu jawapanku tidak akan memberi apa-apa perubahan. kerana dengan lafaz cinta, belum tentu aku dan dia akan disatukan. bagiku, cinta itu tidak perlu dilafazkan segera. cinta juga bukan semestinya bersama. bagiku, cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. bahagia di dunia dan akhirat. yang pastinya, akan kulafazkan kalimah cinta ini buat isteriku sahaja.

bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di jiwa. Aku tetap yakin segalanya ada hikmah. semoga keputusan ini membahagiakan Bibah. itulah bukti bahawa aku menyayanginya walaupun aku tidak pernah melafazkannya. biar ungkapan itu tersembunyi disebalik hatiku. yang pasti. Aku benar-benar mahu melakukan yang terbaik untuknya dan diriku. sekian dahulu, sampaikan salam pada keluargamu. jumpa lagi, wassalam.

rahim menatap kalimah di kertas putih. dia tahu, Amir antara manusia yang gagal dalam percintaan. dialah saksi di atas kegagalannya. kehidupan adalah suatu realiti, setiap keputusan juga harus berdasarkan realiti. kehidupan menyimpan banyak kisah dan cerita, menyimpan kenangan dan nostalgia. kadang-kadang kita mendengar kisah yang asing, pelik dan menghairankan. punya pelbagai plot seperti kisah perbalahan, pergaduhan, kasih sayang dan percintaan. ada yang sukar untuk kita menerimanya, tetapi di dalam dunia ini segalanya mungkin dan segalanya boleh berlaku dengan izin Allah. percaya atau tidak... terserah. hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui kebenaran sesebuah kisah.

cuma dia hairan, bagaimana dua insan ini mampu bercinta sedangkan mereka belum pernah bersua. hanya surat yang mempertautkan hati mereka. kalimah yang mengukir bahasa di atas kertas putih telah menjalin dua jiwa. sehingga mereka saling memahami atas dasar untuk mencari kebahagiaan. rahim kagum... kagum pada kesetiaan yang terbina. "tidak ramai yang mampu, namun kesetiaan memang wujud dalam jiwa manusia. beruntung bagi mereka yang memilikinya".