Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Dari Galeri
Salam ukhwah dari ana untuk semua...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Cinta Allah jua ku rindu....
 Posted on Ahad, 17 Ogos 2003 @ 21:16:12oleh Hanan
Kreatif haruman_syurgawi menulis Adakalanya manusia tidak dapat lari dari fitrah berkasih sayang...ujian bercinta, lumrah semuanya...bilamana cinta disandarkan pada Allah..segalanya akan menemukan penawarnya.... alhamdulillah..kini kutemui cinta yang bernafaskan cintaNya.....luahan sebuah hati yang pernah kecewa..namun akhirnya bangkit semula....

Wahai jiwa..
resahmu tak ku damba...
gelisah menghimpit sebak di dada..
air mataku tiada hentinya..
mengalir penat di pelupuk jiwa..
menagih rindu padaMu..
buat mengurang beban di jiwa..
amat pedih untuk diterima..
namun takdir harus kuredha..

Ya Allah,
ujianMu sekadarnya..
untuk hambaMu seadanya..
sedang hati terlalu rapuh..
lantas mudah hati mengeluh..
lintasan hati bukannya keluhan..
cuma mengharap resah kan hilang..
takut akan lebih kehilangan..
istighfarku tak pernah keciciran..
buat menguat hati yang kekurangan..

demi Tuhan..
hati ku sedayanya kutabahkan..
kupinta ketabahan buatnya juga..
bukan mudah mencari putusan...
dalam hati yang masih rawan..
namun selindung di hati tersirat maknanya..
dapat dirasa pedihnya bersama..
setelah diharung bertahun lamanya...
akhirnya kesabaran teruji jua..
bila perpisahan menuntut janjinya..

Ya Tuhan..
jadikan aku redha..
denganMu dan dirinya..
ingin dirungkai segalanya..
namun terasa tiada gunanya..
kuhimpunkan kekuatan yang masih tersisa..
ku lafazkan syukur pada yang masih ada..
ukhwah ini batu penanda..
akan sejarah yang pernah dicipta..
andai berakhir kesudahannya..
kupohon ganti yang sebaik dirinya...
biar hidupnya tenang sempurna
bahagia hingga ke akhirat sana..
segalanya dariMu jua...
jadikanlah aku redha.....
amin..

 

  Kreatif


Komen


"Cinta Allah jua ku rindu...." | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta Allah jua ku rindu....
oleh Ilasuhaila pada Jumaat, 05 September 2003 @ 22:28:01
(Info AHLI)


A'skum..

Ana buat sendiri ek sajak nih?best, best memang best..pandai dan kreatif..:-)..teruskan berkarya..

tersentuh hati akak biler baca..memang terkena batang hidung sendiri..harap akak pun boleh jadi cam dlm sajak ni, bangkit semula dari kekecewaan silam..

"bukan cinta manusia yg kukejar, aku hanya mengejar cinta Allah, cinta manusia hanya pemangkin.."

p/s-Ana, akak mintak izin tuk copy and paste ek..;-)

[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Allah jua ku rindu....
oleh haruman_syurgawi pada Selasa, 09 September 2003 @ 9:02:53
(Info AHLI) http://tazkirahonline.cjb.net
hmm...nilah apa yg pernah tercatat dalam hidup ana..akur pada takdir dan redha pada apa yg telah tersurat utk kita sejak dulu kak sue...sedih bila dgr citer kak sue jugak..ana doakan semua yg pernah mengalaminya akan menemui kebahagiaan sbnr di akhirnya nanti...sesungguhnya cinta Allah lebih utama.....sayang manusia hanya sampai mati...

]

Re: Cinta Allah jua ku rindu....
oleh syaiz pada Ahad, 07 September 2003 @ 10:56:05
(Info AHLI) http://www.hotmail.com


sajak anda memang best....tersentuh rasa hati....yang sememang nya aku sekarang tengah berduka semoga apa yang anda lakukan mendapat keberkatan dari-Nya...wassalam...terima kasih
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.071108 saat. Lajunya....