|
pada ketika aku serahkan cinta....
|
|
 |
Posted on Sabtu, 16 Ogos 2003 @ 14:13:32oleh Pengurusan
|
|
|
ainulhulsaini menulis Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...iaitu cinta yang pasti dan abadi, telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini.
Tapi, sebagai manusia biasa yang dianugerahkan
perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba....
apakan daya. Aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku...kerana
sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa...pengalaman yang ku dengar
di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yang aku tak mungkin kuat untuk hadapi
situasi sebegitu.
Tapi....takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana seperti yang
di kata.....naluri dan perasaan tetap mengharap...
Sebelum aku serahkan cinta ini yang bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana
Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU...kerana aku tak mampu untuk
memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan...segala
yang kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah...aku redha
Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari
Allah kerana aku dapat merasai restu NYA...dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta
ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai
dia bukan pencinta Allah jua.
Pengharapan yang semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa
direstui dan diberkati hubungan ini....akan ku pastikan tiada bibit dosa yang
terlangsung....akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda.
Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap,
tapi penentuannya hanya Allah yang berhak....jadi walau apa yang berlaku di
kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah....usaha sudah dilakukan dan itu
semua dengan kehendak Mu Ya Allah....
Namun....dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang
lebih rapi dan bersungguh perancangannya.......perkara yang cukup menakutkan aku
akhirnya terjadi....keputusan yang terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk
aku dilepaskan tanpa rela...
hingga kini...sudah puas aku memujuk diri....berbekalkan iman di hati...aku
pasrah atas ketentuan Ilahi....dia bukan milikku....kehadirannya seketika hanya
sebagai ujian dari Allah, dan mungkin juga penebus dosaku....
cukup perit ujian yang kulalui ini....dan sehingga kini, kesepian di hati masih
subur membuatkan aku sering menangis....bukan kerana tidak dapat menerima takdir
Allah, tapi kerana pada ketika ku serahkan cinta itu...aku telah serahkan
sepenuhnya...dan kini ia tiada lagi....puas ku cuba hilangkan kesedihan ini....
tapi belum mampu........
Apa yang kuharap dari Mu Ya Allah, tak sanggup lagi ku lalui keadaan sebegini
untuk seterusnya....tapi aku sedar......kehendak MU mengatasi segalanya.......
suburkan sahaja iman di hati ini.....aku redha.....
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan ;"
Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka
,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
wallahu a'lam
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh haruman_syurgawi ([email protected]) pada Ahad, 17 Ogos 2003 @ 9:05:19
(Info AHLI) http://tazkirahonline.cjb.net
insyaAllah...ukhti, akan diberikan ganti yang lebih baik buatmu...sebagaimana ana pernah melaluinya suatu masa dulu...alhamdulillah...redhalah seadanya....ana doakan ukhti akan diberi ketabahan hati...amin...
oleh nur_afa pada Ahad, 17 Ogos 2003 @ 9:56:18
(Info AHLI)
saudari,setiap yang berlaku ada hikmahnya..DIA lebih tahu....ana pun pernah mengalaminya.....kini ana sedar cintaNYA lebih agung.......DIA pasti akan mencintai kita melebihi segala-galanya.
oleh ummisolehah pada Selasa, 19 Ogos 2003 @ 17:43:14
(Info AHLI)
-ummisolehah-