Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
Inilah saya bersama suami tersayang.Nick saya tu guna nama pendek suami.Kalau ke Batu Pahat Johor dtg lah kerumah saya.Paling mudah dtg ke Batu Pahat cari Masjid Sultan Ismail di bandar Batu Pahat sbb suami saya bertugas sbgi imam di masjid tersebut.ok

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu
azan84: 32 hari yang lalu

10 sikap wanita yang disukai lelaki
 Posted on Khamis, 24 April 2003 @ 9:05:21oleh Hanan
Umum orange_skunky menulis Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami.

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua
dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

 

  Umum


Komen


"10 sikap wanita yang disukai lelaki" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: 10 sikap wanita yang disukai lelaki
oleh Anonymous pada Khamis, 24 April 2003 @ 20:00:32


assalamualaikum..ana suka dgn artikel yg dihantar tu...menarik utk dibaca dan dihayati...that's all..wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: 10 sikap wanita yang disukai lelaki
oleh seharumkasturi pada Jumaat, 25 April 2003 @ 16:48:52
(Info AHLI)


Assalamualaikum...

ana pun suka baca topik ni..bukan ape..kekadang bila kita lihat sahabat kita mcm budak2 kita mengata...serius pun kita kate...take care pun kite kate...walhal..setiap seseorg tu ada kelebihan yang tersendiri yang Allah kurniakan....

Bersyurlah seadanya...perbaiki diri...disamping mengislahkan org lain.....

Wallahua'lam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: 10 sikap wanita yang disukai lelaki
oleh ainun ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2003 @ 20:49:43
(Info AHLI)


seronoklah baca artikel 10 sikap wanita yang disukai lelaki kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan .

Adakah cara - cara yang terdapat tu boleh dipraktikkan kepada kekasih kita? Tak berdosa ke kalau dipraktikan kepada mereka?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: 10 sikap wanita yang disukai lelaki
oleh Anonymous pada Selasa, 16 September 2003 @ 23:49:56
assalamualaikum warahmatullah...
erm... boleh dijadikan panduan dalam perjalanan hidup seharian... tapi apa yang penting, jadilah diri sendiri...
]


Re: 10 sikap wanita yang disukai lelaki
oleh nurhaida ([email protected]) pada Khamis, 06 Mei 2004 @ 10:09:51
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
Assalamualaikum.
Seronok la baca artikel ni.... Sekurang-kurangnya dapat juga input baik untuk diri saya sendiri.
]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.093759 saat. Lajunya....