Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
ni la gambar ana..gambar ngan anak murid..dah lama dah..masa praktikal thn 2002

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 83 hari yang lalu

25 Perkara yg Tidak Disukai Suami
 Posted on Isnin, 16 Jun 2003 @ 10:30:38oleh Engku_Salina
Umum 1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar.
ie. "suami i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
ie. "hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap... malam ini kita masak sardine saja ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau...
ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah lah kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka lah news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.
ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, kenapa awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu.
ie. "i dah confirm malam Jumaat ini nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....
ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam ini i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab suami dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry lah i tak tau baju kurung mana nak pakai lah so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak ini.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam ini.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie. " eh cik abang, awak ini ada affair ke kenapa sms beep beep beep tak henti henti ini...betina mana pulak awak nak ini..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. "..eee u tau tak suami i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama ini dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."

~faiNa-AnfaL~

 

  Umum


Komen


"25 Perkara yg Tidak Disukai Suami" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: 25 Perkara yg Tidak Disukai Suami
oleh nurkamar pada Selasa, 17 Jun 2003 @ 9:08:10
(Info AHLI)


assalamua'laikum :))

nampak cam lawak.. je. tapi nilah kenyataan banyak yg bercerai berai :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.113887 saat. Lajunya....