Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
Inilah dua beradik yang intim. Hanisah dan Hanan

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Kisah seorang isteri...sedihnya
 Posted on Khamis, 22 Mei 2003 @ 23:42:42oleh Hanan
Kreatif orange_skunky menulis "Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak ini....lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat, itulah sebabnya
lambat keluar budak tu, banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ? jam Nisa dalam

bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri
berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari... Doktor Johari

(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit
dan air dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau
sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it... one
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah
keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang
keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.

"Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor
Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari
mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri
hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,
kembar kembar pulak . Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat
bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan
Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi
teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan
memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu
sementara menanti Nisa
berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel
sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa engandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja
yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan
yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa
hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan
pendirian
Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa
mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada
Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2
bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau
nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati
Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa
dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisa

pada Zakri ."Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri
menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah
Zakri lagi. "abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang
bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat
dengan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi
kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa
senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri
meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa
dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri,

suami sendiri, bapak dengan anak, hah... emak dengan menantu pun boleh jadi
tau apatah lagi macam kau ini, tau tak. "Tu dulu...kawan kau yang
satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah
Zakri. "Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak senonoh
.....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam e***** ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan

jenis macam tu saya tau akan halal
haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga
kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah
macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke
dunia" ucap. Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa
mengikut Zakri ketempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa
berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah
Pusat membeli belah dan
kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu

Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat
membeli-belah itu tamat waktu erniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan
Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata
dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa
hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata

kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak
senang lah, lagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri menjemput Nisa lambat
sangat... sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri
tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa
macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik kerumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak

bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda

perkahwinan kami. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang
begitu Nisa masih mampu bertahan masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak
pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung
Karang. Emak Nisa
dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi

Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah
tolong apa yang patut. Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka,
ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada
Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni,
lagi pun hari dah mula gelap, takut pula hujan nanti" desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh tunggu ke, suka hati akulah nak pergi malam ke,
siang ke, tak pergi lansung ke" marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah
berehat dari pagi
tadi, Bang masih penat lagi ke?, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"
Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut
Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat
apa.


YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan
mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman

aku, YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH"
doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa di sudut dinding dan
menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak
pecah. Kebas masih terasa lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang Nisa
minta maaf jika Nisa membuat Abang marah "Nisa memohon maaf pada Zakri
sambil menangis teresak-esak.

Treet, Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini.....

sebok saja...." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di
salah sebuah cafe. "Assalamualaikum, En. Zakri, bini
anda kat wad tak pergi jengok ke? apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan

pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain.

Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia" cetus

hati Azlan. "Akulah, kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok
sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka di hujung
tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging e*****
tau, cuba fikir sikit"

Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin,
selamat dah pun, sekarang tengah berehat lah, apa aku nak risau lagi"
jawab Zakri selamba. "Suka hati kaulah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau
jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking"
jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri,
pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa
tidak sedarkan diri...."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke,
teruk ke dia Johari, okay I datang" ...tuttttttt. Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah,
tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jomler cepat"
desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat
cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin
penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa ke dinding sekuatnya...dan selepas
kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat

pemeriksaan kepalanya.

Semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk... tapi Zakri
tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada- ngada
saja, buat-buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku
dah buat" rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat
sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa
ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah

beku tapi malangnya ia sudah di tahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukanapa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin
dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir

Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH
berkuasa kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu
memberikan Zakri
sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap

lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa

pada setiap hari , Zakri membacanya
sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya

tertera di diarinya.

Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..."YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah

yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada

Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak

pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan

AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci
kah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang.......Danial dan
Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa
inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari

ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial
dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa

dan
mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa

Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka.... Jiwa dan raga Nisa hanya
untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah

Nisa bertemu dengan Abang
dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan

Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat melihat mereka membesarkan. tapi
sekurang-kurangnya Nisa puas kerana dapat menyusukan kembar kita dengan
air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan
Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar
kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa.
Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak

sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin
mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut
Nisa
mengandungkan mereka.

Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi
dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa



"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Danial dan ania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

YA ALLAH, Nisa maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA
NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti
terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas

terpampang... kenapalah sampai begini jadinya.. .kejamnya aku...Nisa,
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian
Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan
redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.

Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang
bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik
mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik

Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-ninpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar di
sisi ibunya mereka
diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah- olah
mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada

titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu di angkat oleh Zakri. Kembar menangis
semula setelah di angkat
oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa di bawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah
kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu yang telah melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai
meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di

pusara Nisa. Meratapi
pemergian isterinya dengan seribu penyesalan ...YA ALLAH, kuatkan
hambamu ini
YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada
Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara
Nisa. Zakri bermimpi Nisa datang mencium tangan,
mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.

Zakri melihat Nisa begitu tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka

Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak ke mana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa.
Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang
suara kembar menangis. "YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri...dan
hampir senja ni, mari kita
balik, Kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long, abang ipar
Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung si kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap- usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya
diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...

kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak. Abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu
lemah meninggalkan pusara Nisa...

 

  Kreatif


Komen


"Kisah seorang isteri...sedihnya" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kisah seorang isteri...sedihnya
oleh Lady_Iu pada Sabtu, 24 Mei 2003 @ 13:05:23
(Info AHLI)


mmmm..sedeynyeee....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah seorang isteri...sedihnya
oleh najihah pada Isnin, 26 Mei 2003 @ 17:52:11
(Info AHLI)
macam kate pepatah melayu....sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. nasi dah jadi bubur.....
]

Re: Kisah seorang isteri...sedihnya
oleh nur_malam ([email protected]) pada Isnin, 30 Jun 2003 @ 12:07:04
(Info AHLI)


Kesian dan sedih betul...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.552954 saat. Lajunya....