Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
Kenangan terpahat di kem Rebutia.. Jumpa lagi di lain KRIS

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
 Posted on Isnin, 11 Februari 2008 @ 18:28:05oleh simpLe_sHida
Tazkirah  MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
Dr. Yusuf Qaradhawi :
 
          Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan  atau untuk membantu dan  menggantikan darah yang begitu banyak  keluar.

         

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32 “

         Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
         Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : “ Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`lah Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : “ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).

         Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

         Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : “ Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah :” Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )

         Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

         Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

         Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

         Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :” Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

 

  Tazkirah


Komen


"MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


marilah menderma...
oleh nuhan ([email protected]) pada Rabu, 13 Februari 2008 @ 16:16:05
(Info AHLI)


Assalamualaikum..nuhan sebenarnya ada juga mderma darah..dah 5 kali..tak tau Kenapa rasa betul-betul nak derma..org lain takut tapi kita beriya2 nak derma..then bila tlepas mderma sebab period atau lain-lain,rasa rugi sangat..lepas itu rasa sedih(sikit lah) bila tiub beg darah dah full, rasa berat saja tengok darah kita disimpan..huhu..pelik kan..apa-apa pun, kalau niat kita baik, insyaAllah tak ada sbrang masalah..wallahualam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
oleh NurQhazi pada Rabu, 13 Februari 2008 @ 16:26:45
(Info AHLI)


setakat ni dah 4 kali Qhazi menderma..mula menderma dulu memang teruk sikit sebab taktau hari tu nak period,sepatutnya seminggu lagi..lepas tu Qhazi mula mnderma di hospital, badan Qhazi jadi lebih ringan dan selesa...dan lama kelamaan dah jadi rutin bila free dan sihat insyaallah Qhazi akan mnderma,.Qhazi bukan mnusia yang berharta..jadi Qhazi perlu bersedekah dengan cara lain..macam drma darah ni lah..
sesiapa yang belum derma darah lagi,kalau berkemampuan boleh lah hulurkan tangan anda...mungkin kita boleh buat program drma darah bersama hanan..??best jugak tu,kita buat dekat pusat darah negara..mesti best,..so pntadbiran hanan..??
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
oleh hidayah_saibi pada Khamis, 03 April 2008 @ 12:51:41
(Info AHLI)


emm.. dah lama nak derma darah tapi belum ada ksmpatan, mungkin belum ada rzki lagi..dr dulu memang trngin nak derma..
tapi sekarang badan dah kurus =) berat 46kg saja,
layak ke??
insya-Allah one day saya akan derma darah juga..amin.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.08631 saat. Lajunya....