Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sedekah adalah ubat mujarab, dan amal perbuatan manusia dalam kehidupan ini akan berada di hadapan matanya di waktu ajaln
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Dari Galeri
assolehah

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Bertuah isteri dapat suami macam ini(part 3)
 Posted on Isnin, 09 Oktober 2006 @ 0:51:28oleh simpLe_sHida
Semasa putridurriyah menulis Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut
isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus
membesar dan dilindungi
Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu
Hanifah. Saya nasihatkan dia
dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al
Hakim kepada anaknya. Saya
bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo,
tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar
suara saya tidak terlalu
kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata
mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun
yenyak dibuai mimpi. Saya
baru selesai membaca surah yasin disisi isteri
hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam,
satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya
bersandar dibangku marmar.
Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani
saya disini, kami akan
bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak,
tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak
yatim piatu yang
ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga
sekarang tidak diketahui
siapa ibu ayah saya.
Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya
akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati,
Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar
seperti saya. Dia tidak akan
saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.
Dia tidak akan melalui
zaman pahit seperti saya.

Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear
adalah'mama'nya seperti saya.
Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah
lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu
tumpah biarlah ketika
sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata
lelaki jangan ditumpahkan
sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera
saya kuncikan pintu dan
ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak
dibuai mimpi.Inilah
'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa
bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan, keyakinan,
kesetiaan dan cintanya kepada
saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam
hidup saya

..ameen..wassalam..

 

  Semasa


Komen


"Bertuah isteri dapat suami macam ini(part 3)" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Bertuah isteri dapat suami macam ini(part 3)
oleh halesolurun_84 pada Khamis, 12 Mac 2009 @ 10:16:38
(Info AHLI) http://www.halesolurun.blogspot.com/


nice story..
memang beruntung dan memang bertuah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Bertuah isteri dapat suami macam ini(part 3)
oleh puterilindunganbulan2005 pada Jumaat, 29 Ogos 2008 @ 19:10:28
(Info AHLI)


sangat menarik dan menyentuh hati..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.045024 saat. Lajunya....