Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
keadilan yang ada pada seseorang laksana sebentuk mutiara . Meskipun yang empunya telah mati , mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Dari Galeri
The picture of me and my adopted little sister from Rumah Anak-anak Yatim, Kampung Sekendi, Sabak Bernam, Selangor.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

kiranya kau tahu rahsiaku!
 Posted on Isnin, 28 April 2003 @ 21:32:00oleh Hanan
Nostalgia jijah menulis Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada sahabiah-sahabiah sekalian,ayuh sama-sama kita jadikan kisah di bawah sebagai satu panduan. Rintihan seorang gadis yang barangkali sebaya dengan dirimu..sahabiah sekalian..!

Ia bukanlah satu cerita rekaan..Tanpa menambahkan perisa dimana-mana bahagian dalam cerita ini, jijah kisahkan kepada sahabiah sekalian suatu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang dari rakan jijah..dan izinkan jijah rahsiakan namanya disini. Begini ceritanya...

Tidak tahu di mana harusku mula...setiap kali aku melihat wajah lelaki,kenangan pahit yang pernah menimpa diriku berulang kembali. Ligat ia bermain di benakku! Rakaman ceritanya sungguh jelas..

Dan ketahuilah setiap kali itu jugalah air mataku menitis...entah ke berapa kali..sukar bagi aku menghitungkannya...! Linangannya membasahi pipiku, ia bukanlah tangisan dari mataku, tetapi mengertilah bahawa itulah tangisan dari dalam ...lubuk hatiku!

Walaupun kini sudah 2 tahun usia bagi suatu tragedi hitam yang menimpa diriku.. tetapi aku tidak mampu melupakannya! Hatiku menangis..Jiwaku merintih! Andai dapat aku dilahirkan semula...hanya itu saja caranya untuk aku melupakan tregedi hitam itu.

Aku cemas setiap kali adanya rombongan masuk meminang ke rumah ku. Aku cemas! Walaupun aku tahu dan sedari itulah yang dinantikan oleh setiap wanita! Itulah saat yang ditunggu-tunggu, apatah lagi jika yang datang meminang adalah lelaki idaman hati, punya iman yang sejati!

"Kau tolak lagi?" ibu menyoal ku keras...
"Apa yang kau mahu Murni...orangnya bergaji besar, berilmu...apa lagi yang tak cukup Murni?"

Begitulah..kerenah ibu setiap kali pinangan. Aku tolak! Oh ibu, bukan sengaja aku menolak pinangan yang mendatang. Aku juga wanita yang inginkan seorang suami yang membimbingku..malah itu sudah menjadi lumrah dan apa yang didam-idamkan oleh semua wanita, menjelang usia perkahwinan!

Tapi ibu..oh bagaimana harus aku luahkan semuanya? Kenapa kenangan itu menghantui aku..walaupun sudah 2 tahun berlalu?


*********************************

Kenangan itu masih kulipat kemas dalam diari hidupku.
Saat di mana aku kehilangan...sesuatu yang amat berharga!
Di saat diriku dihempam sesusuk badan yang tegap...
Merampas segalanya yang menjadi milikku!
Dengan begitu rakus..tanpa berperikemanusiaan...aku...aku dinodai! Tangisan dan jeritanku umpama tiada bermakna. Sekujur tubuh sasa itu mengasari tubuhku, mencuri pandang pada seinci tubuhku...!Darah yang mengalir akibat kekasarannya...akibat nafsu melurunya, membasahi pakaianku...oh! terlukanya hatiku!Aku dirobek, dicarik..umpama ...oh aku tidak mampu untuk meneruskannya lagi!

Ibu, kerana itulah persoalanmu tak pernah aku jawab. Kerana padaku sendiri tiada jawapannya! Bukan aku mahu menjadi anak yang durhaka, bukan aku tidak tahu keinginan ibu melihat anaknya berumahtangga...tapi apa dayaku ibu!
Tragedi itu menjadi igauanku! Ia menjadi mimpi yang mengisi tidurku!Menemani hidupku!

Kiranya kau tahu rahsiaku..wahai lelaki
masihkah kau sudi meminangku?
Relakah kau memiliki isteri sepertiku?
Mahukah kau pada diriku yang sudah tiada lagi....nilainya ini?
Sanggupkah kau memimpin tanganku
membimbingku ke Syurga? Dan adakah aku layak bersamamu ke sana?

Wahai lelaki...
solatmu tinggi nilainya. Aku tidak pernah berniat untuk mengotorinya!
Nur di wajahmu, terpancar indah menyinari seluruh tubuhmu..
Dan aku tidak mahu walaupun nafasku mengenaimu..!
kerana aku takut mencemari kesucian jiwamu!
Kau seorang lelaki yang baik, dirimu menjadi idaman wanita solehah...
Dan aku tidak mahu menghancurkan cita-citamu!

Bila aku tidak mampu lagi memiliki kembali sesuatu yang telah pun aku kehilangan?
Jangan kau marah padaku..setiap kali aku menolak pinanganmu. Itu adalah tandanya aku tidak mahu dirimu terkena percikan "kekotoran" ku!
Ramai wanita menantimu..dan kau juga layak memiliki wanita solehah!

Wahai lelaki... dengarlah rintihanku bahawa di sebalik diriku ini. Aku menyimpan satu rahsia!
Dan aku takut ...kiranya kau tahu rahsiaku!

 

  Nostalgia


Komen


"kiranya kau tahu rahsiaku!" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh nurkamar pada Selasa, 29 April 2003 @ 22:49:21
(Info AHLI)


assalamuala'laikum jijah...

harap..sudi kiranya jijah..minta sahabiah jijah.. email kepada [email protected].
kiranya dapat saya bantu seadanya. terima kasih.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh jijah (jijah02) pada Isnin, 05 Mei 2003 @ 20:39:55
(Info AHLI)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sahabiah nurkamar, keprihatinanmu amat disanjung tinggi...
kisah ini telah terjadi lebih dari 2 thn dahulu...
dan kawan jijah kini tidak berada di Malaysia,
jadi jijah harap sahabiah nurkamar memahami situasi ini.
tentunya jijah tak mahu kisah silam ini menghantui diri kawan jijah..
Alhamdulillah, kini kawan jijah dah temui pasangan yang bahagia..dan doakan semoga jodoh mereka berpanjangan yek...
walauapa pun...terima kasih sahabiah nurkamar!
Wassalam....
]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh Anonymous pada Rabu, 07 Mei 2003 @ 13:43:59
Assalamualaiku WBT...
Ana terkejut dan tersentak membaca kisah ni.Perkara yang paling MUSLIMAH benci telah terjadi.Tapi,kita mesti ingat ini adalah KETENTUAN ALLAH.DIA tak akan MENGUJI kita dengan sesuatu yang di luar KEMAMPUAN kita.Sgl apa yg diberi-NYA adlh spy kita KEMBALI kpd-NYA.Jika sudah TERTULIS jodoh kita,INSYA-ALLAH kita tetap akan temuinya.WaLlahu a-lam.
]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh tulip_hati ([email protected]) pada Sabtu, 21 Jun 2003 @ 15:23:32
(Info AHLI)
saya bersimpati terhadap jijah
tapi tak selalunya kita mampu bertahan dengan "mimpi ngeri " itu .saya harap jijah banyak dekatkan diri dengan Allah supaya
ditabahkan hati itu.kalau dah ada jodoh tak ke mana kerana ajal, maut dan jodoh di tangan tuhan
jijah boleh e-mail kepada saya jika ada masalah yang menimpa

[email protected]
]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh alia2004 pada Khamis, 25 Mac 2004 @ 15:57:50
(Info AHLI)
assalammualaikum...

janganlah jadikan alasan segala sejarah hitam menjadi penghalang kebahagiaan di masa hadapan.walaupun luka masih berparut dihati, carilah kebahagiaan utk diri sendiri.

pasti ada lelaki soleha menanti di penghujung penantian asalkan ada kemahuan menutup pintu kesedihan dan membuka pintu kebahgiaan.
]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh Anonymous pada Ahad, 01 Mei 2005 @ 21:09:45
Assalamualaikum,
Anakanda tidak bersalah sbb incident itu berlaku tanpa kerelaan dan kehendak diri. Serahkan hati dan diri anda pd Allah dgn selalu bertahajjuj utk ketenangan jiwa, solat hjt mintak masa depan yg lebih baik, solat taubat sbg satu kelaziman dr makhluk yg tak pernah sunyi dr kesilapan, solat istikharah utk mendpt petunjuk dr Allah akan siapakah yg benar2 ikhlas dan suci hati nak hidup dgn anakanda.

Percayalah hari esok ttp ada utk anakanda, kerana Allah ttp Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap insan ada ujiannya masing2 yg diturunkan Allah pd dirinya. Ada orang lain lagi yg diuji Allah dgn lebih teruk dan dahsyat. Allah berkuasa memberikan hari depan yg lebih baik kpd anakanda setelah ujian yg sungguh getir bg insan yg memang sentiasa menjaga maruah dan kesucian dirinya.

Ikhtiarkan juga utk mencari 'seorang ibu angkat yg bijaksana dan beriman (spt ummimq di dlm portal ini insyaAllah) ' yg dpt dijdkan tempat mengadu mencurah rasa dan berpakat mencari nasihat dan penyelesaian bg masalah anakanda.

Tokma doakan anakanda diberi Allah taufi&hidayah serta keberanian dan kekuatan utk bangkit 'membela diri' demi masa depan anakanda sendiri. InsyaAllah pertolongan Allah ttp akan tiba bila anakanda lebih dahulu bangkit dan berusaha menolong diri anakanda sendiri. Maassalam....
]


Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh atirahasyifa pada Ahad, 21 Mei 2006 @ 11:38:14
(Info AHLI)
Assalamualaikum...
Bagi saya, rahsia sebegitu tidak perlu dibagitahu sesiapapun..hatta pada jodoh kita sekalipun..

Allah sendiri marah kita ceritakan perkara yang mengaibkan diri orang lain apatah lagi perkara yang mengaibkan diri kita! saya tak ingat surah apa..

Allah ada berfirman lagi bahawa jagalah aib saudaramu..sesungguhnya
saya akan jaga aib mu hingga di akhirat sana!

lupakan lah perkara itu dengan solat taubat nasuha..janji tidak mahu mengulanginya lagi..saya tak bermaksud teman merelakan atau terpaksa..

solat taubat dan terus solat selagi nyawa masih ada di badan kita...
allah maha pengampun saudari..

kerana apa allah lebih suka mengasihi hambaNya daripada mengazabkan hambaNYa..
harap dengan tulisan ini dapat menenangkan jiwa saudari..
banyakkanlah baca al-quran dan dirikanlah solat malam..teguhkan cinta mu pada Yang Satu..
kelak akan datang lelaki yang teguhnya cintanya pada YAng Satu..
yakinlah..Allah tidak pernah memungkiri janjiNYa..

wassalam..
]

Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
oleh Ummi_Iza pada Rabu, 09 April 2008 @ 14:03:48
(Info AHLI)


assalamualaikum
apa kbr jijah?dah lama artikel ni,baru saya terbaca.apapun.banyakkan bersabar...redha lah atas ketentuan ALLAH SWT..dah hampir 5 tahun,apa perkembangan jijah sekarang?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.135714 saat. Lajunya....