Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Seinci tindakan adalah lebih baik dari sebatu teori
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
assalamualaikum..
salam ukhuwah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 267 hari yang lalu

Perkenalanku di Dunia Cyber..
 Posted on Selasa, 13 April 2004 @ 9:16:15oleh Engku_Salina
Nostalgia nis menulis Assalammualaikum wbt...

sudah lama ana tidak menyinggah ke sini.. tapi hari ini, entah mengapa terasa ingin mengunjungi komuniti muslimah ini.. ana suka membaca artikel yang dipaparkan di sini.. da tazkirah, karya, isu semasa dll.. juga cerita mengenai pengalaman yang dialami.. dan terasa ingin juga ana ceritakan pengalaman ana berkenalan di internet..

semenjak ana berpindah kerja di suatu tempat, semua staf diberikan satu pc seorang.. tambahan pula ana juga ada komputer di rumah sewa.. talian internet juga percuma untuk sesiapa sahaja yang terlibat di sini.. dengan ini kami berkebebasan untuk melayari apa saja.. termasuklah dunia chatting.. sudah lama ana tinggalkan dunia chatting setelah tamat pengajian.. tapi entah malam itu bermulalah sebuah kisah...

awal mei.. hari pekerja tahun lepas, malam jumaat.. ana seperti biasa suka memasuki chat room.. dan ada seorang chatter menyapa ana.. ana seperti biasa akan melayan siapa saja.. tapi ada batasnya.. niat ana ingin berkenalan dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan sesiapa sahaja.. seandainya org itu cakap mengarut atau berunsur tidak baik, tentunya ana akan putuskan saja atau ignore.. tapi dia ini, lain pada yang lain ana rasa.. ana gembira bercakap dengannya.. kami berkongsi pendapat dan pengalaman.. diselang seli dengan gurauan.. seperti antara kami telah lama mengenali antara satu sama lain..

tidak terhenti di situ.. bermulanya mlm itu, setiap hari dia akan menyapa ana seandainya ana online.. kami akan bercerita apa saja.. kerja, isu semasa, pengalaman hidup, masalah dll.. nasihat menasihati dll.. ana gembira berkawan dengannya.. dia tahu adap2 yang sepatutnya.. ana juga cuba membatasi diri dr terlanggar batas syariat.. kdgkala rasa bersalah pun ada.. terasa melakukan perkara lagha.. atau sia-sia.. seringkali juga ana menangis kerana terasa bersalah.. takut jadi sesuatu tidak diingini serta dimurkai.. adakala ingin putuskan saja hubungan dengannya dan terus berhenti dari dunia chatting.. tapi ana tak mampu lakukan.. mungkin ana tak bersungguh� ingin berbuat demikian.. entahlah.. seperti chatter lain, dia pun ada meminta no telefon ana.. tapi sukar juga ana berikan pada siapa sahaja kecuali yang benar� dikenali.. tapi di atas keikhlasannya akhirnya ana berikan juga. tapi ana memberi syarat agar tidak menalifon kecuali darurat atau da perkara penting.. boleh dibilang, hanya beberapa kali sahaja kami berhubung melalui telefon..

genap 3 bulan perkenalan kami, ana terasa lain macam.. tidak keruan.. suka juga kami bersikap dingin atau bergaduh kecil.. tambahan dia makin lama makin jarang menegur ana.. mungkin kesibukan kerja membatasi sgalanya.. terasa sunyi hidup ini.. walaupun ada chatter yang lain, namun tak sama dengannya.. adakala ada peluang bercakap, seringkali ada yang menyentuh dan menyakitkan hati ana.. adakah sudah terkena penyakit hati? entah Kenapa.. adakah ana telah terjebak dengan 'cinter chatting'? parah! ana sering mengujinya, tapi seperti tiada ada tanda-tanda dia seperti ana.. entahlah.. sukar dipahami..

suatu ketika, family ana ingin menjodohkan ana dengan saudara jauh.. ketika itu, hati ana tidak keruan.. sebab ana sudah punyai perasaan terhadap rakan chat ana tu.. sebab ana rasakan dialah lelaki yang ana cari selama ini.. baik dan insyaAllah.. dapat bimbing ana ke jalan yang diredhai Allah swt.. namun kami masih tidak mengenali satu sama lain..kami tidak pernah bertukar gambar, apatah lagi bersua.. walaupun ana suka ceritakan padaNya suka dan duka.. tapi jodoh ana dengan saudara jauh itu tidak ada.. mungkin ana yang menolak tuah, disebabkan perasaan ana berbelah bagi antara suka atau tidak.. seperti org kata,menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.. namun ana redha dengan apa yang terjadi..

selepas itu, ana beranikan diri bersoal jawab dengan rakan chat ana ini.. ana tanyakan dia apakah anggapannya pada ana selama ini.. buat pertama kali ana berterus terang dengan seorang yang bergelar lelaki.. sebelum ini, seandainya minat atau suka sesiapa, ana hanya akan mendiamkan diri saja.. tapi keputusannya amat meragukan.. bila ditanya kawan biasa.. dia sukar memberi jwpan ya atau tidak.. disebabkan hati ana seperti kecewa dngan sikapnya itu, kami terputus hubungan ketika itu.. betapa kecewa dan sedisnya ana ketika itu.. hanya tuhan yang tahu.. salah ana juga, membiarkan hati disakiti oleh perkara yang tak sepatutnya... apabila terpikir secara rasional, ana rasa kurang logik ana jatuh hati padaNya pada masa yang singkat tambah kami belum betul� mengenali antara satu sama lain... ana menulis email pertama & terakhir padaNya, meluahkan rasa sedis dan malunya ana berfikir atau bertindak demikian.. kami tidak lagi bertegur sapa selama beberapa minggu.. akhirnya dia ada forwardkan pada ana kata� ini :

Life is short

They say it takes a minute to find a special person,
an hour to appreciate them,
a day to love then,
but then an entire life to forget them..

Send this phrase to the people you'll never forget.
It's a short message to let them know,
that you'll never forget them.
If you don't send it to anyone, it means your're in a hurry
and that you've forgotten your friends..

Take the time to live!!

hati ana tersentuh.. ana forward balik kepadanya.. itulah perempuan, mudah sangat dipujuk.. tapi tak semua..disebabkan itu, kami berbaik semula.. betapa malunya ana beritahu padaNya atas pertanyaan ana tempohari.. dia menerimanya dan tidak kisah apa yang telah berlaku.. alhamdulillah.. hubungan kami masih diteruskan lagi.. tapi cuma kawan biasa.. kejadian itu, banyak memberi pengajaran pada ana agar tidak terperasan sendiri atau salah anggap. selepas itu kami menjadi kawan yang baik.. ana telah dapat menerima kenyataan.. kami hanya kawan dan tak lebih dari itu..

kini, perkenalan antara kami sudah menjangkau hampir setahun bila masuk bulan mei nanti.. kami masih bertegur sapa seperti biasa.. suka duka diceritakan bersama, cuma dia agak perahsia orangnya.. begitu juga ana.. namun certain time dan cerita, kami akan berkongsi bersama.. tapi tentang jodoh, ana hanya berserah pada Allah swt.. Dia yang menentukan.. cuma ana tidak terlalu berharap bersama dengannya sebab ana takut untuk kecewa lagi.. biarlah seperti ini.. cuma pergaulan antara kami walaupun di alam maya, mestilah dipelihara.. agar tidak terkena penyakit hati lagi.. perit rasanya.. cuma kini, ana sentiasa berdoa agar diri kami terpelihara dr perkara tidak baik dan diredhai selalu.. andai ada jodoh antara kami, moga dipermudahkan.. andai tiada, ana berdoa moga diperkuatkan iman dan hati agar redha dengan ketentuan Ilahi..

apa yang ingin ana katakan di sini, jangan terburu nafsu.. berbuat sesuatu mesti ada niat yang baik.. berhati� dengan segala tindakan.. tahu baik buruk akan sesuatu.. jangan terpesong dr landasan.. kesilapan ana, yang tidak menjaga hati sebaiknya menyebabkan ana terjebak dengan perasaan ini.. kesedaran penting.. berfikir sebelum melakukan sesuatu.. ingat Allah swt selalu.. dan redha dengan segala ketentuan.. harapan hanya padaNya.. jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan, yakinlah, itu mungkin terbaik untuk kita.. sebab hanya Allah swt yang tahu akan segala qada' dan qadar kita.. semoga dapat dijadikan pengajaran dari cerita ana ini.. doakan ana semoga diberkati hidup di dunia dan akhirat.. aminnn..

wassalam..

 

  Nostalgia


Komen


"Perkenalanku di Dunia Cyber.." | Login/Mendaftar | 9 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh nailah_miz pada Khamis, 15 April 2004 @ 20:45:38
(Info AHLI)


Assalammualaikum...

Emm... tergerak nak menyapa... tergerak juga nak kongsikan pengalaman ana... Ana pun kira pernah jugak mengalami pengalaman yang sama... kira sedang mengalaminya... tapi ana ingatkan diri ana... jodoh pertemuan tu di tangan Allah... kalau kita orang yang baik... kita akan dapat jodoh yang baik... begitu juga sebaliknya... bersabarla... ada hikmah di sebaliknya... key... :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh Ifah_mahfuz pada Jumaat, 16 April 2004 @ 17:11:21
(Info AHLI) http://-
Assalamualaikum...ntah nape ana rasa citer ni ada persamaan ngan ana..tp..endingnya takdelah mcm tu..terasa gak nak kongsi citer ngan antunna kat luar sana..ana tak sangka perkenalan ni boleh berterusan hingga ke saat ni..sekarang ni pun ana sedang dalam dilema...tak tau apa yang patut ana buat..masing-masing dah saling mengenali..dan dah jumpa..bagi kami masing-masing jugak dah faham hati dan perasaan..tp soal jodoh dan ketentuan tu...ana serahkan kepada Tuhan..tp ana cuba untuk jaga batas2 pergaulan..kerana ana menganggap hubungan ni bkn untuk suka2 tapi untuk masa dpn ana..ana hanya mampu berserah..atthoiyibunalitthoiyibat...hanya itu yang ana ingat..
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh nailah_miz pada Khamis, 22 April 2004 @ 21:05:13
(Info AHLI)
Assalammualaikum...

Emm... susah nak cakap... ana sebenarnyer kalau bole tak nak jumpa ngan orang yang ana suka... takut terjebak dalam perkara2 yang tak sepatutnya ana lakukan... sebab tu ana pilih cara yang macam ni untuk kenal seseorang... mungkin nampak ganjil... ramai kawan ana kata ana ni pelik... rasa ana ni pelik ke?
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh kasih_kekasih pada Isnin, 19 April 2004 @ 17:22:54
(Info AHLI)
perkenalan di alam ciber....ana juga pernah merasakan...mmg indah tika cinta mula bersemi...tapi keindahan tu bukan untuk selamanya....
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh Anonymous pada Selasa, 11 Mei 2004 @ 9:19:36
Oooo selama ni lynn ingatkan lynn aje yang kecewa kerana cinta dunia cyber rupanya ade lagi... apapun banyak2 bersabar kerana ade hikmah sebaliknya " Tanpa kemelut di jalur rintangan, manusia tidak akan kenat erti kehidupan. Yakinlah bahawa setiap luka yang terpalit, menanti di hujung sana kemanisan yang tidak terungkap"
InsyaAllah ade jodoh tak kan ke mana
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh Anonymous pada Ahad, 12 September 2004 @ 1:17:33
assalamualaikum..

ingin juga saya memberi pendapat..mungkin cinta PERTAMA di alam siber..mesti semua indah belaka kan..tapi tak semestinya berkekalan..seandainya tak berjaya..anggap ia satu pengalaman berharga...mungkin yang akan datang berjaya...cinta alam siber...cinta zaman moden..hanya menggunakan teknologi pun kita boleh mencari jodoh..tak mustahilla leh berkekalan gak sampai ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh nurbalqis83 ([email protected]) pada Isnin, 08 November 2004 @ 16:53:28
(Info AHLI)
assalamualaikum......ermmm.....dunia chatting ni sesuatu dunia yang tak pernah pasti.tak semua nya betul dan tak semuanya salah.hanya kita yang tau sama ada niat kita betul atau tidak ketika berchatting......apa yang pasti,kita haruslah membatasi pergaulan kita.semoga kita dilindungi Allah swt dr benda yang tak elok.amin...
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh akirasuri ([email protected]) pada Jumaat, 19 November 2004 @ 13:59:35
(Info AHLI) http://ahaksss.blogdrive.com
assalammualaikum...

ahakz ahakz ahakz...terase nak berkongsi gak le pengalaman...ahaksss....ermm saye pon ade jatuh mee cintan gak ngan sorang mamat kawan YM...hmm...dh setahun kitorang kenal...memule kenal sbg kawan script...script tahun hijrah le yg menemukan kitorang smpi jd membe baik dn akhirnya membibitkan ehem2...;P...memule saye try gak kawal perasaan..yela internet bukan leh caye sgt....tp rupe2nyee si dier pon menyimpan perasaan kt saye....saye tau ni pon bile ade sorang bdk pompuan (admirer mamat tu) msg sy dlm ym...hmmm....bdk pompuan tu bgtau yg mamat ni rupenyee simpan pic saye dlm wallet...mase bdk tu bgtau..sy mmg terkejut gile...yela..rupe2nyee kata2 dier selame ni...mmg betul...tp...hubungan kitorang dh tak leh lebih dr sorang kawan sbb dier dh pilih bdk pompuan tu...sedey pon ade gak...yela..bkn senang nk carik lelaki yg ade agama mcm dier...tp saye mampu merancang...Allah yg menentukan....saye redha dgn ape yg terjadi wpon sedey....ahaksss.....;)
]


Re: Perkenalanku di Dunia Cyber..
oleh ana-zuliana pada Jumaat, 22 April 2005 @ 15:21:23
(Info AHLI)
assalamualaikum,,,,saya juga punyai masalah yg sama,,,,,mula2 perkenalan chat kami biasa je,,tapi ada sesuatu yg menyuruhnya mengasihi,,menyayanginye,,,,,dan alhamduluillah,,,bila perkenalan kami masuk 3 bulan ,,saya suruh dia gi rumah,,,,,dan dia gi rumah,,,,alhamdulillah keluarga terima,,dan restuinya,,,,,,,,,,,,,,,,,dan sekarang saya tak pernah tengok muka dia lagi,,,,,hanya di yg tengok gambar saya,,,bg saya lebik baik keluatrga tahu dahulu,,,,,,,,,sebab saya skrg belajar dekat alazhar universiti,,,tyerlalu jauh,,sekarang alhamdulillah,,kami hanya tunggu masa ,,kepulangn saya ke malaysia utuk di satukan,,,,,,,,,,,,,,,itulh kisah cinta kami,,,
]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
� Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 1.854341 saat. Lajunya....