Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-01-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
ini gambar ana kat uk

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu

50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line
 Posted on Isnin, 08 September 2003 @ 13:47:14oleh Engku_Salina
Umum haruman_syurgawi menulis Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina.Ada yang berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu.

Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yang masih nak menipu dan mereka cerita. Namun ada yang jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita dan kita pun tak keberatan untuk menerimanya sebagai teman on-line.Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda,berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yang dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian untuk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia untuk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja.Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber...itu saja. Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin.Atau dia yang dah berkahwin dan punya anak!Lagi teruk jika dia memang tak sesuai untuk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening!Dia asyik melayangkan e-mails yang merayu-rayu dan cuba pelbagai cara untuk menagih simpati atau cinta kita.Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan untuk menjauhinya. Ada pula yang baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yang lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!

Di sini di ajarkan 50 cara untuk menghapuskan teman on-line yang ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yang pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter ! 50 cara tersebut:

1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yang menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yang mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yang spesifik pada dirinya yang tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yang dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. "Let's just be friends."
8. "Terima kasih atas mesej awak. But,I am not available at present. Hope you find your real mata soon."
9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang..jadi terima kasih sajalah.."
10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."
11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."
12. "Maaf..saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia untuk memulakan hubungan baru." 13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."
14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal-hal cinta.. but it was nice to meet you."
15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yang istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yang boleh awak menjalin hubungan. 16. "Seronok berjumpa awak..tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa.Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.." 18. "Saya yakin awak seorang yang baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dengan seseorang yang saya kenal sebelum awak...jadi maaf ya!"
20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dengan sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak untuk mencari teman lain yang sesuai"
21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dengan beberapa orang dan tak ada masa untuk seorang lagi."
22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita.Terima kasih."
23. "Saya dah berjumpa orang lain."
24. "Saya bukan perempuan normal"
25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yang tinggi."
26. "Saya akan ke luar daerah untuk jangka waktu yang lama" 27. "Terima kasih..tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."
28. "Saya dah kahwin."
29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia..Hubungan ini tak akan menjadi!"
30. "Saya tak berminat untuk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan lah dan tengok apa yang akan berlaku." 31. "Saya mencari seseorang yang lebih tua"
32. "Saya mencari seseorang yang lebih muda."
33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck." 34. untuk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yang pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak.kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka untuk bertemu dengan baik.
40. Bila dia ajak chat..dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam.Jadi,tak boleh nak chat!
42. " Oh..saya tak sangka awak menaruh minat pada saya..tapi saya mencari seseorang yang sedikit berbeza.." 43. "Maaf...saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"
44. Bila dia mula cakap merapu..soal cinta..perasaan dan sebagainya..buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. "I'm sorry, you seem like a really nice person, but I'm not interested."
46. "Maaf..hubungan kita pasti tak akan menjadi..Saya ada firasat yang kuat. Saya beritahu awal-awal kerana tak mahu awak terus mengharap..Carilah orang lain.
47. "Tak berminat..terima kasih. Harap awak tak tanya lagi! 48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."
49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!" Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja.Ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk.Pasti anda punya cara tersendiri untuk menolak cinta di Internet!

**Hmmm..ni just cadangan sahabat yang tulih artikel ni..ana rasa ada antaranya boleh dipraktikkan...bagi sesetengah org, tak salah nak bercinta dalam net dan punya teman istimewa..tapi berhati-hatilah...mungkin kita tak tau apa niat mereka..so now..think about it!!

 

  Umum


Komen


"50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.134291 saat. Lajunya....