|
BUDAYA MEMBACA MASIH RENDAH
|
|
 |
Posted on Rabu, 13 Ogos 2003 @ 10:57:50oleh Hanan
|
|
|
intan_hidayah79 menulis Budaya membaca di kalangan rakyat negara ini masih rendah dan keadaan ini dikhuatiri boleh menjejaskan peranan institusi perpustakaan negara.
Ini berdasarkan jumlah keahlian perpustakaan seluruh negara tahun lalu yang mencatatkan hanya 12 peratus atau dua juta berbanding 23 juta penduduknya.
BUDAYA MEMBACA MASIH RENDAH
oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian, 30 Jun 2001, masa. 11
KUALA LUMPUR, Jumaat - Budaya membaca di kalangan rakyat negara ini masih rendah dan keadaan ini dikhuatiri boleh menjejaskan peranan institusi perpustakaan negara.
Ini berdasarkan jumlah keahlian perpustakaan seluruh negara tahun lalu yang mencatatkan hanya 12 peratus atau dua juta berbanding 23 juta penduduknya.
Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Zawiyah Baba, berkata bilangan yang terlalu kecil berbanding jumlah sebenar penduduk negara ini, menunjukkan masyarakat Malaysia kurang mengambil berat aspek membaca.
"Di United Kingdom, keahlian perpustakaannya mencapai sehingga 40 peratus dan Malaysia masih terlalu jauh untuk mencapai ke tahap itu. Perpustakaan Negara sendiri mempunyai jumlah keahlian yang tinggi tetapi masih rendah dari segi bilangan kunjungan.
"Mungkin ada berpendapat Internet mencukupi untuk mentelaah pelajaran tetapi sebenarnya, buku adalah bahan terbaik kerana ia lebih tepat serta lengkap.Kita perlu mengambil langkah dari sekarang untuk meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat," katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan 2001 - Membaca Merdekakan Minda
di sini hari ini. Kempen itu akan diadakan sepanjang bulan Julai.
Zawiyah berkata, walaupun bilangan keahlian meningkat 1.35 peratus pada 1999 berbanding tahun lalu, tindakan kerajaan mengisytiharkan Julai sebagai bulan membaca dapat membantu memupuk budaya membaca itu.
"Kami juga menyusun kira-kira 20 program kepada orang ramai bagi menarik mereka membaca dan memupuk budaya membaca seperti pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Kebangsaan.
"Pertandingan ini gabungan Perputakaan Negara dan Perpustakaan Awam Negeri. Ia diadakan bagi menggalakkan masyarakat mewujudkan perpustakaan di rumah dengan objektif menanam minat membaca secara berterusan yang dimulakan dari rumah. Ia dibahagikan kepada kategori perumahan dan rumah kampung," katanya.
Antara program yang dijalankan ialah Bulan Pengampunan yang diadakan untuk memberi peluang kepada pembaca memulangkan buku yang melewati tempoh pemulangan pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang denda.
"Disebabkan perpustakaan berfungsi menyediakan perkhidmatan maklumat kepada orang ramai, adalah menjadi tanggungjawab setiap pembaca yang meminjam buku mengembalikannya," katanya.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Komen