Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
assalamualaikum wbt... salam perkenalan dari saya.....:)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 335 hari yang lalu

Cinta..Kahwin....soal jawab oleh Dr.Amran Kasimin
 Posted on Jumaat, 01 Ogos 2003 @ 20:38:02oleh Hanan
Semasa pious_1004 menulis Mungkin ada antara sahabat-sahabat yang dah baca pasal soaljawab ni yang dah dsiarkn dalam MM sebagaimana yang tercatat kat bawah,moga artikel ini dapat bagi something yang bguna untuk kita dan jua kaum Adam....sebar2kanlh... -Dr.Aysha-univ.malaya03

ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH,PENYEJUK MATA, PENAWAR HATI,PENAJAM FIKIRAN,DI RUMAH DIA ISTERI,DI JALANAN KAWAN,DI WAKTU KITA BUNTU DIA PENUNJUK JALAN..
NASIHAT KITA DIJADIKAN PAKAIAN,SILAP KITA DIA BETULKAN,PENGHIBUR DI WAKTU KESUNYIAN...

Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin.Mingguan
Malaysia 4Mei 2003.

SOALAN:Saya berumur 26 tahun,berkenalan dengan seorang wanita berumur 35 tahun bukan beragama islam,tetapi akhirnya jatuh cinta.Dia sanggup memeluk Islam untuk berkahwin,tetapi latarbelakangnya tidak membanggakan,minum arak dan merokok selama 10 tahun.
Sejak berkenalan dengan saya,dia menjadi baik.Saya seorang yang mengamalkan ajaran Islam,tetapi saya takut keluarga tidak setuju.Saya ikhlas untuk mengahwininya dan akan membimbingnya.Apa pandangan Islam mengenainya?-JEJAKA,Seremban.




JAWAPAN:Dalam sebuah hadis riwayat daripada Muslim,daripada Abdullah bin Umar,dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda:Dunia ini laksana perhiasan dan perhiasan yang terbaik ialah wanita solehah.

Hadis dari Abu Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Bagi orang mukmin sesudah dia bertakwa kepada Allah,tidak ada yang lebih baik daripada mempunyai isteri yang solehah,di mana isteri itu,apabila diperintah melakukan sesuatu,dia taat,apabila dilihat menyenangkan,dan apabila diberi janji,diterima olehnya dan apabila ditinggalkan pergi,dia menjaga dirinya,juga harta suaminya dengan baik.-Hadis riwayat Ibn Majah.

Di antara tanda-tanda kebahagiaan seseorang menurut sebuah hadis riwayat daripada Hakim,dia mempunyai isteri yang soleh.Apabila dilihat,dia menyenangkan hati dan apabila ditinggalkan dia berupaya menjaga dirinya juga harta yang ditinggalkan.
Tanda kedua ialah kuda yang jinak,menurut,lagi cepat larinya yang berupaya membawa tuannya menyusul teman-temannya dan tanda ketiga ialah rumah besar yang banyak didatangi tetamu.
Tiga tanda kecelakaan ialah isteri yang dilihat menyakitkan hati,kalau ditinggalkan pergi,tidak ada rasa yakin dia dapat menjaga dirinya dan hartanya.
tanda kecelakaan kedua ialah kuda yang lemah,biarpun dipukul atau disebat malah menyusahkan dan kalau dibiarkan maka lebih teruk dan tidak berupaya membawa tuannya untuk menyusul teman-teman,manakala tanda kecelakaan ketiga ialah rumah yang sempit,lagi jarang didatangi tetamu.

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan: Barangsiapa yang bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih lagi suci,maka kahwinilah perempuan yang terhormat.
Hadis �hadis yang diperturunkan di atas menekankan tentang kepentingan perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri.Isteri yang solehah ialah hiasan yang terbaik.Takwa itu penting bagi yang beriman.Untuk kesempurnaan iman selain takwa ia dituruti dengan kehadiran isteri yang solehah.
Ia juga adalah diantara tanda-tanda kebahagiaan di dunia dan akhirat.Lumrahnya isteri yang solehah itu menggembirakan apabila dipandang,tahu menjaga maruah diri dan suami apabila ditinggalkan pergi,juga tahu menjaga harta suami.
Inilah panduan asas yang diberi oleh Rasulullah dalam usaha untuk memilih isteri demi menjamin kebahagiaan hidup berkeluarga didunia,juga di akhirat nanti.
Walaupun demikian,sifat terpuji si isteri seperti ini akan menjadi sia-sia sekiranya dia bertemu dengan suami yang tidak tahu menghargainya,melontarkan permata dalam longkang.Namun walaupun demikian sekiranya permata yang dilontarkan dalam longkang itu asli,ia tetap permata.
Merujuk kepada kes saudara,perempuan yang saudara cintai sekarang ini bukanlah setakat tidak mempunyai sifat-sifat solehah,dia lansung tidak mempunyai latarbelakang agama,kerana dia bukan Islam dan berlainan bangsa pula.
Mencintai orang yang seperti ini dan keinginan untuk memperisterikannya tidak salah,tetapi saudara perlu lihat dan fikir,betapa jauhnya saudara perlu didik,bimbing dan ajar dia agar menjadi manusia yang mengetahui agama,mengamalkannya lalu akhirnya menjadi perempuan yang solehah.
Saudara mengaku mengamalkan ajaran Islam.Hal demikian adalah biasa.Semua orang Islam wajib mengamalkan ajaran Islam.Wajib sembahyang lima waktu ,puasa Ramadan,mengeluarkan zakat dan sebagainya.Mereka yang bersembahyang adalah orang yang menegakkan agama dan orang yang meninggalkannya adalah orang yang merobohkan agamanya.
Di antara orang yang mengamalkankan ajaran Islam,dengan orang yang mempunyai pengetahuan Islam dan berupaya mengajar bakal isterinya yang bakal memeluk agama Islam sebelum berkahwin adalah dua perkara yang berbeza.
Dalam situasi seperti ini,saudara hakikatnya adalah model unggul yang dikagumi oleh bakal isteri yang asalnya bukan Islam.Saudara mesti menjadi contoh yang terbaik baginya,untuk dihormati dan dituruti sebagai suami dan pembimbing.


Berapa ramai orang yang berada dalam situasi seperti ini tidak berupaya menjadi model yang diharapkan kerana dia sendiri tidak mempunyai latar belakang agama dan tidak sudi mempelajarinya.Tidak kurang pula isteri yang mualaf,saudara baru dan menasihati suaminya untuk bangun bersembahyang setiap waktu.Isteri yang asalnya lansung tidak tahu agama,menjadi perempuan solehah setelah belajar,mengamalkan ajaran Islam menjadi ketua agama dalam keluarga,biarpun hal seperti ini jarang berlaku.
Apa yang banyak terjadi niat ikhlas si suami untuk mendidik atau membimbing isterinya,untuk mengajar selok-belok Islam habis begitu sahaja kerana si suami tidak ada ilmu yang berkaitan,tidak ada masa dan sebagainya.Apabila ini berlaku kedua-dua akan hanyut begitu sahaja.
Saudara perlu sedar dan faham bahawa orang yang bercinta segala-galanya cantik,segala keburukan cepat-cepat akan tersisih dengan sendirinya.
Rasulullah s.a.w memberi panduan agar seseorang itu mengahwini perempuan yang pengasih lagi berupaya beranak banyak.Baginda berasa bangga dengan jumlah yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari kiamat kelak.


Saudara tidak membicarakan tentang perempuan yang sedang saudari cintai dengan jelas tentang latarbelakang keluarganya.Bagi seorang perempuan,umur yang paling selamat melahirkan bayi ialah antara 20-35 tahun.Begitulah menurut pengalaman para doktor,biarpun segala-galanya bergantung kepada individu.
Setengah wanita berumur 40 tahun dapat melahirkan anak yang sihat.Sebaliknya ada wanita yang lebih muda daripadanya melahirkan anak yang berpenyakit.Purata umur di atas adalah jangka umur umum yang tidak semestinya merangkumi semua orang.
Setelah umur seorang wanita itu meningkat 40 tahun,kemungkinan berlaku kecacatan bayi yang dilahirkan itu akan meningkat kepada tiga peratus dan meningkat kepada empat peratus pada wanita berumur 45 tahun keatas.
Kerana itu,sekiranya saudara meneruskan hasrat untuk mengahwininya bererti saudara berkemungkinan besar tidak mendapat anak yang banyak seperti dibanggakan oleh Rasulullah s.a.w.
Satu perkara lain yang penting,yang difahami oleh semua orang,tetapi dalam masa yang sama ia terlalu sensitif,ialah tentang kecantikan yang Rasulullah s.a.w sebutkan secara tidak langsung.Manusia, tidak kira lelaki ataupun perempuan,lebih-lebih lagi wanita,dipandang cantik dan menarik ketika muda.Ketika berumur 16,20,25 dan sebagainya.
Apabila tiba tahap umur tertentu,kecantikan itu akan susut dengan sendirinya,biar dalam keadaan apa sekalipun dan biar biar betapa rapi dia menjaga diri,apatah lagi sekiranya individu berkenaan tidak menjaga diri dengan minum arak,merokok dan sebagainya.
Orang yang berumur 35 tahun, biasanya kecantikan yang dimiliki akan menurun atau susut.Ini bererti bahawa saudara mengahwini seorang perempuan yang sedang menurun kecantikannya.Apabila membicarakan persoalan seperti ini,saya tidak menyatakan berkahwin dengan wanita seperti ini salah atau tidak,tetapi dalam situasi di mana saudara masih banyak pilihan dan umur masih muda,Kenapa saudara perlu mengambil risiko yang bukan mudah mengatasinya,semata-mata kerana cinta?
Cinta itu baik.Semua orang ada rasa cinta.Hanya mereka yang tidak waras atau tidak normal sahaja tidak ada rasa cinta,tetapi perlu disedari dalam masa yang sama cinta itu sering menipu ,kerana ia sering disusuli dengan nafsu,menyebabkab imbangan akal terhakis dan terketepi.

Mungkin saudara menganggap kecantikan tidak penting.Cinta saudara ikhlas.Itu satu petanda baik,semoga kekal.Walaupun saudara berpegang kepada konsep ini,apabila saudara berjalan dengan isteri berumur 35 tahun bertemu dengan teman-teman sebaya,yang mempunyai isteri berumur 20 atau 23 tahun,perbandingan itu secara spontan akan lahir.
Itu lumrah manusia kerana manusia sukakan sesuatu yang indah.Mungkin persoalan cantik dan tidak cantik itu tidak akan timbul dalam keadaan biasa tetapi dalam keadaan tertentu,sesuatu yang kurang cantik dan menarik itu akan menjadi lebih teruk ketika bermasalah.Ketika itu segala-galanya boleh berubah.
Di antara ciri-ciri isteri yang solehah ialah yang berupaya menjaga kehormatan dirinya,suaminya juga harta benda ketika ditinggalkan.Saudara mengakui kekasih saudara mempunyai latar belakang yang teruk.Selama 10 tahun bergelumang dengan arak dan rokok.
Menurut Islam arak adalah ibu segala kejahatan,yang mungkin melibatkan kejahatan-kejahatan lain,seperti zina dan sebagainya.Lumrah selain di rumah,orang yang seperti ini,tempat dia berlabuh ialah di kelab-kelab malam,pub dan sebagainya.
Jarang orang yang minum arak dan menghisap rokok di rumah sendiri atau semata-mata di rumah kawan-kawan.Azamnya yang kuat mungkin berupaya mengubah tabiat yang telah sebati dalam darah daging bertahun-tahun,membolehkannya memberhentikan tabiat buruknya apabila masuk Islam atau 'masuk Melayu'menurut panggilan sesetengah orang.
Adakah saudara rasa dia berupaya menjaga kehormatannya,kehormatan saudara ketika saudara tiada di sampingnya.Adakah saudara yakin dia berupaya mengubah segala-galanya dalam sekelip mata setelah memeluk Islam dan mengahwini saudara.
Apa yang saudara bimbang besar kemungkinan akan berlaku.Keluarga saudara akan menolak hasrat saudara.Ini akan berlaku sekiranya mereka peka dan mengambil berat hal saudara.
Sekiranya niat saudara ditentang oleh keluarga lebih-lebih lagi oleh ibu bapa juga adik-beradik dan saudara meneruskannya dengan niat ikhlas seperti saudara jelaskan,ketika itu saudara akan bermasalah dengan keluarga.
Saudara akan kehilangan saudara-mara,rumah saudara tidak akan dikunjungi oleh mereka.
Untuk menambah saudara-mara dari pihak isteri yang dikahwini bukan mudah,lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak tinggal di Malaysia.Saudara tidak akan berupaya hidup berdua sahaja,menjadi kera sumbang.
Setiap orang yang hidup akan berhadapan dengan masalah.Setiap masalah mesti diselesaikan untuk hidup selesa.Walaupun demikian,masalah yang sedia ada jangan ditambah,ditakuti sebahagian daripada umur kita digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sia-sia yang tidak seharusnya berlaku.

PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia
46M,Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
Faks:0392213752
E-mel:[email protected]

 

  Semasa


Komen


"Cinta..Kahwin....soal jawab oleh Dr.Amran Kasimin" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
� Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.272046 saat. Lajunya....