Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-05-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Dari Galeri
Assalamualaikum semua.. kino baru lagi kat sini.. nice to meet all of you.. SmILE!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 152 hari yang lalu

Catatan Pagi Rabu - 6
 Posted on Ahad, 27 Julai 2003 @ 18:02:58oleh Hanan
Semasa ummimq menulis Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah apa khabar wahai anak-anak :). Masihkah anak-anak ingat akan mafhum hadis Rasulullah saw yang bermaksud: "BOHONG AKAN MENGURANGKAN REZEKI".

Di sini rezeki bukan setakat harta dan wang ringgit tapi termasuk ILMU. Semoga anak-anak cuba untuk tidak berbohong kerana apabila seseorang itu bercakap benar pada semua orang, seseorang itu akan melihat keajaiban dunia ini seperti yang pernah dikatakan oleh Said Al-Marzawi:
"Apabila kamu mencari Allah dengan benar, Dia akan memberi kamu cermin. Kamu akan NAMPAK SEMUA KEAJAIBAN DUNIA DAN AKHIRAT".
Suasana yang diperkatakan itu ada kaitan pula dengan persoalan ini. BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM MELUPAKAN ALLAH?...Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan orang yang 'lupa Allah' ialah orang yang tidak menjaga perintah dan larangan Nya. Dan tidak bermaksud lupa langsung wujudnya Allah kerana orang musyrik pun mengakui dan mengingati kewujudan-Nya, hanya saja mereka menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya. Dengan pengertian sebegini kita dapati ramai orang yang lupa Allah di kalangan orang-orang yang mengaku beriman.
Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauzi, lupa Allah berpunca dari dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba itu. Hukuman yang diterima oleh orang yang lupa Allah ini ada dua iaitu Allah pasti melupakannya dengan membiarkan dan meninggalkannya tanpa memberi petunjuk dan hidayah dalam kehidupan dunia selaras dengan kaedah yang dibuat oleh para ulama yang bermaksud:
'BALASAN SESUAI DENGAN JENIS PEKERJAAN'. Dan ini selari dengan mafhum Surah At-Taubah ayat 67:
"Mereka orang-orang munafiq itu telah melupakan Allah, maka Allah melupakan mereka".
Lantaran itu mereka akan terus lalai dalam mengikut hawa nafsunya dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah, dan hidupnya akan sesat dan menyesatkan.
Hukuman kedua ialah orang itu akan lupa terhadap dirinya sendiri sepertimana yang termaktub dalam firmah Allah SWT surah Al Hasyir ayat 19 mafhumnya:
"DAN JANGANLAH KAMU SEPERTI ORANG-ORANG YANG LUPAKAN ALLAH, LALU ALLAH MENJADIKAN MEREKA LUPADA KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIQ'.
Yang dimaksudkan lupa diri di sini iala lupa akan nilai-nilai luhur dan tidak berusaha untuk memperbaikinya sehingga menjadi penyakit hati yang menyebabkan binasa ruhi dan jasmani.
Sama-samalah kita berislah wahai anak-anaku kerana kita ni sekedar musafir di atas dunia yang fana' ini. Kita jadikan hidup di dunia ini hidup yang berkualiti dengan menjadi the best Muslim ever insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alameen. Salam sayang dan rindu dari ummimq pada semua anak-anak di mana saja berada.

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Ummimq
23 J'Awwal 1424H . 23 Julai 2003M

Nama-nama soleh
1. Faiq - tertinggi/utama
2. Rifai - yang tinggi dan mulia
3. Taqiuddin - bertaqwa untuk agama
Nama-nama solehah
1. Fadwa - pemurah
2. Nazeha - honest
3. Wafeeya - setia

catatan 1 - 5 ada di http://www.smartgroups.com/groups/anak_ummi

 

  Semasa


Komen


"Catatan Pagi Rabu - 6" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
� Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.102662 saat. Lajunya....