|
MALU.. MALUNYA.. TERAMATLAH MALUNYA!
|
|
 |
Posted on Sabtu, 26 Julai 2003 @ 13:38:16oleh nur_indah
|
|
|
mardhiah12 menulis Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri
tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa
itu
HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya
nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama
jaga
maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-
batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN
mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUT
LAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf
KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI
IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan
meletakkan
MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar
wal
mungkar!!!
Khauthar~
27 Julai 2001
|
|
| |
|
|
|
|
|
Kreatif
|
|
|
|
Komen