Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-05-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
Assalamualaikum Salam ukhwah untuk semua..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 152 hari yang lalu

Jiwa tanpa hidayah Illahi
 Posted on Sabtu, 19 Julai 2003 @ 22:35:05oleh Hanan
Semasa ummimq menulis Kenyataan Ayan Hersey Ali, ahli parlimen wanita baru di dalam parlimen Belanda yang berasal dari Somalia mengenai Ar-Rasul s.a.w mengguris perasaan hampir sejuta umat Islam yang menetap di Belanda. Beliau menyifatkan nabi s.a.w dengan beberapa sifat yang buruk semasa temuramah yang disiarkan oleh Akhbar Trouw pada hari Sabtu 25/1/2003. Akhbar-akhbar Belanda lain juga memetik beberapa petikan darinya dan reaksi terhadap temuramah tersebut sepanjang dua hari.

Hersey Ali, menurut latarbelakangnya tidak pernah mempelajari Syariah ataupun Sejarah Islam � berkata �Ar-rasul, Muhammad s.a.w adalah seorang lelaki yang zalim, kompleks dan ganas, menyempitkan pandangan orang lain, dan membunuh semua orang yang menentangnya. Beliau juga menentang kebebasan wanita, kerana telah mengarahkan wanita supaya tidak keluar daripada rumah, mesti memakai tudung malah mengharamkan hak mereka untuk bekerja dan mewarisi� dan pembohongan-pembohongan lain yang juga dikumandangkan oleh sebahagian orientalis.

Ayan Hersey Ali, yang meminati spekulasi dan menarik perhatian kepadanya seperti yang disebutkan oleh sebahagian akhbar Belanda �Beliau membuka penggal parlimennya dengan penentangan ke atas komuniti Islam. Bagaimanapun sebahagian penganalisis percaya polisi - wanita Islam ini � akan bertukar lembut daripada kekerasan terhadap agama Islam selepas beliau memanipulasinya dengan baik akhir-akhir ini. Dengan cara ini juga beliau telah menjadi ahli parlimen.�

Reaksi Marah

Akhbar Trouw � yang menjurus di bidang kebudayaan dan agama � telah mengkhususkan pada keluarannya pada hari Isnin 27/1/2003 beberapa mukasurat dari akhbarnya bagi menyiarkan reaksi umat Islam kepada temuramah yang telah dibuat dua hari lepas bersama Ayan Hersey Ali.

Trouw menyebutkan �Organisasi Islam di Belanda sedang mengkaji kemungkinan mendakwa ahli parlimen yang berasal dari Somalia � yang masih belum lagi memulakan tugas parlimennya - itu di Mahkamah. Dakwaan ini adalah dengan tuduhan melakukan kejahatan kepada salah satu agama, mengutuk dan mencerca nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dakwaan akan dikemukakan kepada pendakwa raya bagi menyiasat jika sekiranya kenyataan Hersey Ali dianggap sebagai memberi gambaran buruk kepada Islam dan Rasul s.a.w ataupun tidak?�

Muhammad Sinni, Ketua Badan Komunikasi di antara umat Islam dan Kerajaan berkata �Kenyataan oleh Hersey Ali amat jahat, berhak untuk dipersoalkan dan tidak layak untuk seorang ahli parlimen. Ia juga tidak menyelesaikan masalah integrasi yang diminta oleh para pemimpin umat Islam Belanda, membantutkan usaha golongan yang berpendapat dialog adalah satu-satunya jalan untuk mengasimilasikan golongan minoriti Islam, bukannya dengan cara provokasi dan menghalakan cercaan.�

Di samping itu, organisasi-organisai Islam yang bernaung di bawah Badan Komunikasi di antara Umat Islam dan kerajaan (CMO) meminta Parti Liberal (VVD) menarik balik keanggotaan Parlimen Ayan Hersey Ali. Mereka juga meminta supaya parti itu menekan Hersey agar menarik balik kenyataannya yang memburukkan nabi Muhammad s.a.aw dan umat Islam. � Tugas parti-parti politik di Belanda � seperti yang dinyatakan oleh para pemimpin organisasi-organisasi ini � bukannya menyeru kepada kebencian dan mendorong kepada permusuhan terhadap golongan minoriti agama.�

Bagaimanapun, jurucakap Parti Liberal, yang menduduki buat kali ketiga di dalam pilihanraya terakhir pada 22 Januari lalu dengan kemenangan 28 kerusi, berkata �Isu ini berkaitan dengan pendapat individu Ayan Hersey Ali. Pendapat itu tidak mewakili sudut pandangan parti. Ia juga tidak bertentangan dengan program pilihanraya yang menjadi asas kepad parti semasa menghadapi pilihanraya.�

Bagi pihak Diyab Abu Jahjah, Presiden Perikatan Arab Eropah, di dalam kenyataan kepada salah satu saluran televisyen Belanda berkata �Wakil-wakil parlimen mestilah melaksanakan taggungjawab mereka dengan baik, tidak mengecam mana-mana komuniti. Ayan Hersey Ali mestilah menutup mulutnya terutamanya kepada Islam, kerana hari ini dia telah menjelaskan politiknya.�

Hersey Ali amat terkenal di kalangan rakyat Belanda dengan sebab serangannya yang berterusan ke atas Islam dan Umat Islam dengan mengeksploitasi suasana selepas serangan 11 September. Inilah yang telah membuka jalannya ke Parlimen melalui pencalonan Parti Liberal untuknya, iaitu sebuah parti yang dikenali mempunyai pendirian yang memusuhi golongan minoriti Islam dan sumber akidah serta kebudayaannya.

Kebanyakan para penganalisis berpendapat Hersey memiliki minda merebut peluang yang jelas. Inilah yang telah mendorongnya berpindah secara mengejut daripada golongan kiri, di mana sebelum ini dia bekerja di Institusi kepunyaan Parti Tindakan Sosialis Demokratik ke haluan kanan yang ekstrim. Dia telah menjadi calon nombor 16 menurut peraturan kerja Parti Liberal pada pilihanraya lalu dan seterusnya menjadi ahli parlimen selepas keputusan diumumkan.

Jahil Ilmu dan Akademik.

Pada pihak lain, kebanyakan pakar di dalam Pengajian Islam di Belanda mengesahkan bahawa pengetahuan Ayan Hersey Ali mengenai Islam amat cetek. Di dalam pendapatnya beliau berpegang kepada kesimpulan dan hukum-hukum yang sudahpun serasi di dalam minda umum orang-orang Barat, tidak bersandarkan kepada bukti-bukti ilmiah dan pengetahuan ataupun hanya tekaan melalui sumber-sumber yang sekadar boleh diterima.

Amru Riyadh, seorang pengkaji di Universiti Lidan, Belanda berkata �Ayan Hersey tidak mengetahui bahawa di dalam Al-Quran terdapat surah yang lengkap dengan nama An-Nisa� (Wanita), yang mengandungi nas yang jelas mengenai hak-hak wanita. Ini dikemukakan sejak lebih 14 kurun lalu ketikamana orang-orang Barat melihat perempuan adalah seperti haiwan ataupun syaitan.�

Seorang pengkaji di Universiti berasal dari Mesir menambah �Wanita sebelum Islam telah ditanam hidup-hidup. Islam telah datang menyelamatkannya melalui Al-Quran yang mengharamkan penanaman anak hidup-hidup. Ar-rasul s.a.w juga telah wafat dengan meninggalkan wasiat kepada para pengikutnya supaya berlaku baik kepada wanita yang disifatkannya sebagai kawan kepada orang lelaki. Mengapa dengan ini Ar-Rasul s.a.w dituduh dan dibohongi sedangkan baginda mempunyai pendirian yang unik ini?�

Menurut pendapat Amru Riyadh � Hersey Ali seolah-olah mencari kemasyhuran antarabangsa mengikut cara Salman Rushdi dan Taslima Nasreen, selepas mencapai kemasyhuran setempat, iaitu perbuatan yang tidak boleh dibenarkan kepadanya � seperti juga ditegaskan oleh pengkaji berbangsa Mesir � dengan cara umat Islam tidak terjebak ke arah reaksi yang tidak dirancang, dan berpegang dengan reaksi yang ilmiah dan kesedaran media massa.�

 

  Semasa


Komen


"Jiwa tanpa hidayah Illahi" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
� Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.118847 saat. Lajunya....