|
Gila kah kita?!
|
|
|
Posted on Selasa, 01 Julai 2003 @ 11:43:28oleh Engku_Salina
|
|
|
inah_Qamariah menulis “Ya Allah ,sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari hembusan sombong”
(H. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Rasulullah S.A.W berjalan melalui kelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya, “ Mengapa kamu berkumpul disini?”
Sahabat menjawab, “Ya Rasulullah, ini ada org gila sedang mengamuk. Sebab itu kami berkumpul di sini”.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang ini bukan gila. Ia sedang mendapat musibah.Tahukah kamu, sipakah orang gila yang sebenar (al-majnun haqqal majun?)”.
Para sahabat menjawab, “Tidak, Ya Rasulullah”.
Baginda menjelaskan, “Orang gila ialah mereka ynag berjalan dengan takbur, yang memandang orang dengan pandangan yag merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, yang kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya. Adapaun orang ini, dia sedang hanya mendapat musibah sahaja”.
Tercelanya, takbur ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya:
“Tiada kan masuk syurga orang yang didalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong). Dan tiada kan masuk neraka orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman.”(H. Muslim).
Dengan itu..wahai teman…ayuh bersama kita merenung diri sendiri, adakah kita termasuk dikalangan orang gila yang dimaksudkan oleh Rasululah S.A.W.Apakah sifat ‘takbur dan sombong ada didalam diri kita?!.Bila gejala tidak sihat ini memahat diri kita, ianya cukup untuk membawa kita kepada penyakit ‘gila’ yang sebenar,majnun haqaal majnun.
Wallahua’lam…
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen