|
cinta
|
|
|
Posted on Isnin, 30 Jun 2003 @ 8:42:38oleh Engku_Salina
|
|
|
inah_Qamariah menulis Manusia boleh merosakkan apa sahaja di sekelilingnya kerana cinta.Inilah yang terjadi, misalnya pada lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang comel,dia sanggup membuang semua itu untuk jatuh cinta sekali lagi. Andainya dia kecewa dan menyesal dia mungkin akan kembali ke pangkuan keluarganya semula, tetapi jika sekiranya dia bahagia dengan cinta baru,mungkin dia akan teruskan cinta itu hingga ke gerbang perkahwinan.
Cinta adalah naluri dan juga nafsu. Otaklah yang mengawalnya. Jika manusia membiarkan cinta menguasai diri hingga merosakkan hidupnya dan orang sekelilingnya maka dia mungkin diburu rasa bersalah sepanjang hayatnya.
Sekali atau mungkin berapa kali dalam hidup, anda akan jatuh cinta.Namun, dari mana datangnya, bagaimana ia bermula dan kemana hilangnya, tidak ramai yang tahu secara pasti.
Tidak ramai ahli psikiatri yang berminat dengan masalah cinta. Kerana ia dianggap begitu remeh, tidak penting dan terlalu misteri.Padahal pada saat kita sedang jatuh cinta, perjalanan hidup menjadi lebih indah, bersinar-sinar dan kita semakin bersemangat untuk hidup bersamanya.
Jatuh cinta sebenarnya adalah sikap yang dewasa sama sekali. Bayangkan, anda tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu tetapi anda hanya memikirkan dirinya sahaja.Dari semua lelaki yang anda temui hanya ada seorang yang dapat membangkitkan rasa cinta anda terhadapnya. Semua ini menjadi satu tanda yang tercatat dalam diri anda dan anda menjadi sangat sensitif terhadapnya.Inilah biologi jatuh cinta.
Jadi, apakah salah jatuh cinta?.Tidak, sebab cinta adalah anugerah ILAHI. Malah cintalah yang menjadikan hidup lebih bermakna.Akhirilah cinta anda kepada membina kehidupan yang bahagia bersama suami dan lahirkanlah anak-anak yang mencintai anda sebagaimana anda mengasihi ibu bapa anda.
(dipetik dari ‘Diari Muslimah 2002’-halaman 34)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh munawwar pada Selasa, 01 Julai 2003 @ 13:41:25
(Info AHLI)
Ana ada baca buku Rabiatul "Adawiyah , dia mengatakan bahawa :
" ~ CINTA itu harus dtujukan kpd yg paling layak menerimanya.CINTA itu harus dberikan kpd yg pandai membalas cita.CINTA itu harus menyeluruh.CINTA itu harud ikhlas dan jujur.Jgn dgunakan CINTA itu kpd perkara yg tidak patut beroleh keCINTAan ~ "