Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Tak kiralah berapa kali anda jatuh; yang penting ialah berapa kali anda boleh bangun kembali selepas jatuh.

-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan...

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 478 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 9 Ahli dan Tetamu sedang online

Andainya cinta itu hendak diberi...
Disiarkan pada Rabu, 04 Jun 2003 @ 16:32:50 oleh Ainul_Mardhiah

Umum "Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti." Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.
rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah.
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...



Umum

Yang paling banyak dibaca dalam Umum:
  • MAKE UP MUSLIMAH...

    Terkini dalam Umum:


    Yang Berkaitan



    Untuk mencetak    Hantar pada Sahabat




  • Komen


    "Andainya cinta itu hendak diberi..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.



    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.230776 saat. Lajunya....