Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan buat esok, jika boleh dibuat hari ini

-- Abraham Lincoln

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Assalamualaikum......salam perkenalanbuat semua.....ni gambar ambil masa nak pergi kerja.....rasa macam lawa....capture saja lah..he...he..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

BAGAIMANA MENDAPAT KASIH ALLAH ?
 Posted on Isnin, 12 Mei 2003 @ 16:13:36oleh Hanan
Umum alfaqierah menulis Firman Allah dalam ayat al-Kauthar, ayat 1-2 yang bermaksud;
"Sesungguhnya kami telah mengurniakan kamu wahai Muhammad, sungai al-Kauthar atau nikmat yang banyak, maka tunaikanlah sembahyang kerana Allah dan lakukanlah korban di hari raya Korban."

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat l 5 yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka terus berkorban harta dan jiwa raga pada jalan Allah."

Tanpa cinta dan taat, tidak mungkin seseorang manusia mampu untuk berkorban sedemikian besar kepada Allah.

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, begitulah kasih mesra, sejati dan mulia. Kalau kita masih dapat ingatkan antara bait-bait lagu Seniman P. Ramlee. Sememangnya di dalam kehidupan yang singkat ini kita tidak dapat mengelakkan diri daripada terpaksa selalu berkorban untuk yang disayangi. Dengan kata lain, bersusah payah, bertungkus lumus, berhabis-habisan, dan bersungguh-sungguh mempertahankan yang hak atau apa sahaja kerana ikatan kasih sayang. Tetapi andaikata pengorbanan kita tidak berpaksikan kepada yang lebih hak iaitu Allah (SWT); usaha yang perit lagi pahit hanya tinggal sia-sia.

Di situlah lebih akal pemikiran yang dianugerahi Allah (SWT) kepada manusia. Kita tidak diseru untuk mematuhi sesuatu yang digariskan oleh Allah (SWT) di dalam kitab Al-Quran yang diperturunkan dengan membabi-buta. Kita mesti berguru dan terus mempelajari ilmu-ilmu Allah yang cukup tinggi dan tersirat di sebalik yang tersurat dengan kemasnya.

Di dalam hubungan kemanusiaan memang terserlah dan tertonjol bukti-bukti kasih sayang sesama insan kerana kita sememangnya diseru untuk sentiasa memupuk kasih sayang sebelum dapat kita mengenal Allah dengan sifat-sifatnya. Malangnya senario yang ada hari ini masih rata-ratanya bersifat tidak menyeluruh. Kita seringkali gagal untuk mengenal Allah serta memupuk kasih sayang dengan-Nya. Manusia lebih cenderong untuk patuh sesama manusia dan melupakan-Nya yang lebih HAK. Maka kerana itulah Islam kita tidak dapat dipertingkatkan dan kefahaman Islam bila-bilapun masih di tahap lemah.

 

  Umum


Komen


"BAGAIMANA MENDAPAT KASIH ALLAH ?" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.077111 saat. Lajunya....