|
KEWAJIBAN HIJAB
|
|
 |
Posted on Isnin, 12 Mei 2003 @ 12:46:24oleh Hanan
|
|
|
alfaqierah menulis Assalamu'alaikum wrt wbt
Sebahagian wanita muslimah menganggap bahawa hijab adalah sehelai kain yang diletakkan diaatas kepala atau wajah dengan cara yang sesuai dengan pandapatnya.Pemahaman seperti ini adalah salah.
a)Hijab wanita muslimah
Hijab adalah hukum Allah dengan matlamat untuk menjaga kehormatan diri dan menimbulkan rasa malu pada diri wanita sekaligus merupakan pemiliharaan atas fitrah kewanitaan.Diantara yang termasuk dalam hijab adalah menutup aurat termasuk rambut.Hijab yang sempurna dan terbesar adalah menetapkan wanita dirumah,seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Ahzab:33.
Dalam ayat tersebut,Allah swt tidak hanya memerintahkan menutup aurat ,melainkan juga memerintahkan wanita muslimah untuk menetap dirumah dan berhijab dari lelaki dengan melarang bertabarruj (bersolek).
Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta! Hal ini merupakan perlindungan yang sempurna bagi wanita agar tidak jatuh dalam kehinaan dan kenistaan sekaligus merupan penutup pintu-pintu fitnah dari berbagai arah.Lalu,dimanakah gadis-gadis muslimah kita yang mendakwa sebagai pengikut setia Nabi Muhammad saw dalam mengamalkan hukum yang amat jelas ini?
Malangnya,yang kita lihat dewasa ini adalah banyaknya wanita dan gadis muslimah yang acapkali menggunakan hijab atau tudung ini sebagai suatu fesyen.Pelbagai ragam dan kerenah yang dapat kita lihat dalam situasi masa kini..Nauzubillahuminzalik...Aku berlindung dengan nama Tuhanku dari tergolong dalam golongan ini..
Bertaqwalah kepada Allah,wahai wanita muslimah dan pakailah hijab itu sesuai dengan hukum dan nilai sebenarnya.Ibu bapa memiliki kewajiban untuk selalu mengamati anak-anak gadis muslimah dan mewajibkan hijab terhadap mereka sesuai dengan tuntutan syariat.
Seperti yang telah dikemukan diatas,sebaik-baiknya hijab adalah tetapnya kaum wanita di dalamrumah dan tidak keluar kecuali ada keperluan yang sangat mustahak.Jika harus keluar,maka wajiblah memakai hijab yang sempurna agar tidak mengundang fitnah.Hendaknya para wanita dan gadis muslimah menjadikan isteri-isteri Nabi yang suci dan selalu menjaga diri dari perbuatan maksiat sebagai contoh dan teladan.Walaupun mereka tergolong isteri-isteri Nabi yang suci,Allah tetap memberikan pengarahan kepada isteri-isteri Nabi untuk memakai hijab seperti dalam firmanNYa:
"Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:"Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya kesesluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka mudah uantuk dikenali,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)
b)Fatwa Syeikh Muhammad Shaleh bin Al-Utsaimin tentang Hijab.
"Tidak diragukan lagi,bahawa hijab itu telah dikenali pada masa Nabi saw.Ertinya,kaum wanita telah memakai hijab sejak masa Nabi dan hal itu tersirat dalam sabda Nabi saw terhadap wanita ketika ihram:"Janganlah kamu memakai hijab."
"Pada hakikatnya,hadis tersebut merupakan mereka memiliki tradisi memakai hijab.Membuka hijab tanpa sebarang sebab merupakan pembuka pintu keburukan dan kemungkaran."
Wallahu'alam.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen