Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Bila anda telah sampai ke penghujung tali, buat simpulan untuk bergantung

-- Tokoh Korporat

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
Salam ukhuwwah buat semua! Moga ikatan ukhuwwah ini akan terjalin abadan abada.u.ok.h.u.W.w.A.h...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Teka-teki Imam Al Ghazali
 Posted on Khamis, 01 Mei 2003 @ 16:44:11oleh Hanan
Umum nabilah menulis Apakah yang paling DEKAT dengan kita di dunia?
Apakah yang paling JAUH dari kita di dunia?
Apakah yang paling BESAR di dunia?
Apakah yang paling BERAT di dunia?
Apakah yang paling RINGAN di dunia?
Apakah yang paling TAJAM di dunia?

Pada suatu hari,Imam Al Ghazali berkumpul dengan anak-anak muridnya.Imam Al Ghazali lalu bertanya kepada mereka...Pertama:"Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab,"orang tua,guru dan sahabatnya".Imam AL Ghazali menjelaskan jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI!!Sebab itu sememangnya janji Allah s.w.t dan setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaannya yang kedua."Apakah yang paling jauh dari di dunia ini?"Murid-muridnya menjawab,"negara China,bulan,matahari dan bintang-bintang".Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar belaka.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.Walau dengan apa cara sekalipun,kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.
Kemudian,Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaannya yang ketiga.."Apakah yang paling besar di dunia ini?"Murid-muridnya menjawab,"gunung,bumi dan matahari"."Semua jawapan itu benar",kata Imam Al Ghazali.Tetapi yang paling besar di dunia ini adalah NAFSU.(Al A'raf:179)Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan yang keempat adalah,"Apakah yang paling berat di dunia ini?"Ada yang menjawab,"besi dan gajah"."Semua jawapan adalah benar,tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH".(Al Ahzab:72)
Semua tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah(pemimpin)di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya menyaggupi permintaan Allah s.w.t. sehingga ramai daripada manusia yang masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanah.
Pertanyaan yang kelima adalah,"Apakah yang paling ringan di dunia ini?"Murid-muridnya menjawab,"kapas,angin,debu dan daun-daunan"."Semua itu benar",kata Imam Al Ghazali.Tetapi yang paling ringan di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara melakukan pekerjaan atau bermesyuarat,kita sanggup meninggalkan solat.
Pertanyaan yang terakhir adalah,"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"Mereka menjawab,"Pedang"."Benar",kata Imam Al Ghazali."Tetapi yang paling tajam di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA".Dengan lidah,manusia sanggup menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri..

 

  Umum


Komen


"Teka-teki Imam Al Ghazali" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.08011 saat. Lajunya....