Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-11-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Dari Galeri
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...

  Yang Masuk Ke Sini
qaulah_atrah: 7 hari yang lalu
nur_tinta: 23 hari yang lalu

Sunnah Minum Air Zamzam Sambil Berdiri?
 Posted on Khamis, 19 April 2012 @ 21:57:18oleh Hanan
Tazkirah barokah menulis Kebetulan salah seorang guru yang baru menunaikan haji telah membawa juadah dari tanah suci serta satu bekas air zamzam. Antara guru yang meminumnya menyatakan bahawa minum air zamzam sunat diminum sambil berdiri. Ada hadis sahih katanya. Saya pernah dengar perkataan ini dilafazkan tahun lepas oleh seorang penceramah motivasi yang popular di sekolah-sekolah di Kelantan. Adakah benar Islam menganjurkan sedemikian?

Ini berpunca hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim: Bahawa Ibn Abbas berkata aku menghidangkan air zamzam kepada Rasulullah saw. Maka baginda minum dalam keadaan berdiri. Bila dilihat perbahasan ulama berkaitan hadis ini, tiada seorang pun yang mengatakan sunnah minum air zamzam dalam keadaan berdiri. Namun diingatkan bahawa terdapat hadis yang bermaksud bahawa Rasulullah saw bersabda : Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.( Riwayat Imam Muslim) Dalam hadis yang lain juga Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Anas Bin Malik bahawa Rasulullah saw melarang seorang lelaki minum sambil berdiri.

Berkenaan dengan hadis Nabi saw minum daripada telaga zamzam dalam keadaan berdiri. As-suyuti berkata ini menunjukkan harus berbuat demikian dan kemungkinan ketiadaan tempat untuk duduk kerana sesak dengan manusia di tempat telaga zamzam itu atau pun kerana tempat itu basah. Hadis-hadis semakna dengan ini semuanya menunjukkan harus minum berdiri dan hadis-hadis yang lain dengan nyata melarang perbuatan tersebut. Ibn Hajar menyebut dalam Fath al-Bariy berkaitan dengan pertembungan hadis-hadis ini dengan berkata antara takwil yang dipilih oleh ulama ialah dengan menyelaraskannya bahawa hadis-hadis larangan tersebut membawa maksud ;makruh tanzihir17;( larangan berupa makruh/ tidak digalakkan) dan hadis-hadis itu menunjukkan keharusan.

Inilah yang dipilih oleh al-Khattabi, Ibn Battal dan selainnya. Al-hafiz Ibn Hajar berkata bahawa inilah jalan yang paling baik, paling selamat dan paling jauh daripada pertentangan( Umdah al-Qarir17;, Syarah Sahih al-Bukhari, Badr al-Din al-r16;Ainiy). Imam al-Nawawiy berkata : yang benar ialah sesungguhnya hadis yang melarang itu menunjukkan ;makruh tanzihir17; adapun Rasulullah saw minum dalam berdiri menerangkan tentang keharusannya ( Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawiy). Imam Ibn Qayyim berkata dalam Zad al-Mar17;ad dalam bab khilaf tentang keharusan minum berdiri : Petunjuk Nabi saw ialah minum sambil duduk.

Dan inilah kebiasaan petunjuknya sebagaimana hadis sahih yang melarang minum berdiri. Sementara hadis sahih yang menunjukkan baginda minum berdiri ulama ada yang berpendapat hadis ini menasakh( membatal ) hadis larangan. Golongan yang lain pula berkata larangan itu menunjukkan bukan haram cuma makruh dan meninggalkan yang utama. Golongan ketiga pula mengatakan sebenarnya tiada percanggahan antara keduanya. Sesungguhnya Nabi minum sambil berdiri itu kerana keperluan. Baginda datang ke telaga zamzam ketika sahabat sedang memberi minum daripada telaga zamzam. Maka sahabat menghulurkan bekas kepada Nabi saw. Maka Nabi saw pun minum sambil berdiri dan ini kerana keperluan.

Jika dilihat dari sudut sunnah Qawliy( Perkataan Nabi) dan sunnah Fi'liy( perbuatan Nabi). Hadis yang melarang merupakan hadis Qawliy sementara hadis menunjukkan harus itu sunnah fi'liy. Mengikut kaedah, sunnah qawliy menjadi dasar hukum berbanding sunnah fi'liy.( Kaedah Memahami Hadis-hadis Saling Bercanggah, Hafiz Firdaus Abdullah) Oleh yang demikian percanggahan hadis-hadis tersebut bermaksud larangan itu bermaksud makruh bukan haram.

Maka seseorang itu hendaklah berusaha untuk menjauhi minum sambil berdiri kecuali kerana uzur, lupa atau apabila keadaan tidak mengizinkan. Apatah lagi, Ilmu kedoktoran moden mengatakan bahawa minum dalam keadaan berdiri menyebabkan air yang mengalir jatuh dengan keras pada dasar lambung dan menumbuknya, menjadikan lambung menjadi kendur dan menjadikan pencernaan sulit.

Perkara ini juga disebut oleh Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Mar17;ad dalam bab kemerbahayaan minum sambil berdiri. Dalam memahami sunnah Rasulullah saw kita hendak merujuk kitab syarah-syarah yang muktabar untuk mengetahui maksud sebenar sesuatu sabdaan Rasulullah saw. Bukan membuat kesimpulan hanya berdasarkan zahir hadis semata-mata. Ini menyebabkan berlakunya salah faham dalam menghayati sunnah Nabi Muhammad saw.

 

  Tazkirah


Komen


"Sunnah Minum Air Zamzam Sambil Berdiri?" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.044573 saat. Lajunya....