Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-05-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
salam ukhuwah dari mencari sinar ilahi nama panjangnyer heheheh... nama singkatnya MencariSinar...bertemu dan berpisah kerna Allah swt.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 151 hari yang lalu

Akulah Wanita Itu...
 Posted on Rabu, 01 September 2010 @ 12:15:00oleh Hanan
Kreatif Izzahalhafizah1412h menulis Wahai kaum adam�
Kerana apa kau mencuri hati kaum hawa??
Kerana apa kau menyintai kaum hawa..??
Kerana apa kau menyayangi kaum hawa�??
Kerana apa kau menyunting kaum hawa�??

Wahai kaum adam�
Adakah kerana kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah kerana kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah kerana kau ingin siatkan kasih sayangnya�??
Adakah kerana kau ingin menyeksa jiwa raganya�??

Wahai kaum adam�
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian�??
Apa erti rindu pada kalian�??
Dan�apakah erti kesetiaan pada kalian�???


Wahai kaum adam�
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula�jika kau memerlukannya�??



Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah�kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya�
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam�

Wahai kaum adam�
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian�
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian�

Sesungguhnya�
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya kerana Allah�karana Dia...pemilik segala Cinta�Dia-lah Pencinta Sejati�


p/s : ada org(kaum adam) tanya "Kenapa kaum adam
dipersalahkan dalam soal-soal begini ea..?
bukankah segalanya kerana rendahnya iman umat nabi Muhammad SAW...?
mengejar cinta yang rapuh daripada manusia yang akan mati.....
salahkan diri sendiri.. bukan sesuatu kaum sahaja..
semuanya bersalah..semuanya bersalah..bertaubatlah..."

maaf, saya rasa tak ada yang disalahkan kat post atas tu..
tapi lebih kepada persoalan.... bukan menyalahkan...
cuba anda tukar pula pada kaum hawa, ya......?

cuba ye..... wassalam

 

  Kreatif


Komen


"Akulah Wanita Itu..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
� Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.042583 saat. Lajunya....