Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-05-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tak kiralah berapa kali anda jatuh; yang penting ialah berapa kali anda boleh bangun kembali selepas jatuh.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
ini gambar ana kat uk

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 16 hari yang lalu

Jagalah lidah anda...
 Posted on Rabu, 30 April 2003 @ 14:10:48oleh Hanan
Tazkirah nabilah menulis Tersebutlah kisah,ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombongnya...Di dalam benaknya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa boleh menjawabnya kerana habis semua cerdik pandai ditanya olehnya dengan soalan tersebut.Malangnya,tiada siapa mampu memberikan jawapan...Satu hari,beliau telah bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya..Maka bermulalah dialog antara mereka...

Pemuda : Pak Imam,apakah boleh Pak Imam jawab
pertanyaan saya ini?

Pak Imam:Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan
menjawab pertanyaan kamu itu..

Pemuda :Pak Imam yakin?Ramai profesor dan orang pintar
yang saya tanya tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.

Pak Imam :Saya akan cuba sejauh kemampuan saya,
InsyaAllah...

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:
1)Kalau benar Tuhan ada,tunjukkan wujud Tuhan
kepada saya.
2)Apakah yang dimaksudkan dengan TAKDIR?
3)Kalau syaitan diciptakan dari api,mengapa
mereka dimasukkan ke neraka yang juga
dibuat dari api?tentu tidak menyakitkan syaitan
sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Adakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu??

Dengan spontan,Pak Imam tersebut menampar pipi pemuda tersebut dengan kuat sekali....

Pak Imam :Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan
saya untuk 3 soalan tadi..

Pemuda :Saya tak faham........

Pak Imam :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya rasakan sakit dan pedih.

PakImam :Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya..!!

Pak Imam :Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu
atau bagaimana rupanya.

Pemuda :Tak boleh,Pak Imam.

Pak Imam :Itulah jawapan kepada soalan pertama awak.
Kita semua merasakan wujudnya Tuhan itu
tanpa mampu melihat kewujudanNya.Adakah
awak bermimpi yang saya akan menampar
awak?

Pemuda :Tidak..

Pak Imam :Itulah yang dinamakan takdir.Terbuat daripada
apakah tangan yang saya gunakan untuk
menampar awak?

Pemuda :Dari kulit dan daging.

Pak Imam :Terbuat daripada apakah pipi awak?

Pemuda :Kulit dan daging.

Pak Imam :Bagaimanakah rasanya tamparan saya?

Pemuda :Sakit dan pedih.

Pak Imam :Itulah,walaupun syaitan terbuat daripada api,
dan neraka juga terbuat daripada api,jika Tuhan
berkehendak maka neraka akan menjadi
tempat yang menyakitkan bagi syaitan...
walaupun kedua-duanya daripada unsur
yang sama!!

Pemuda :Allahuakbar!!!

 

  Tazkirah


Komen


"Jagalah lidah anda..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.079342 saat. Lajunya....