|
cerita untuk TEMAN dari KAWAN
|
|
 |
Posted on Sabtu, 16 Ogos 2008 @ 15:36:16oleh simpLe_sHida
|
|
|
putriadam menulis �Nem, nanti kalau dah pandai baca Quran, setiap malam sebelum tidur Anem bacalah surah al mulk..� Kawan mengangguk dan terkesima sejeda. klausa �nanti�. Dalam kotak fikiran kawan, teman, itu teman yang baik. Kawan sebenarnya tidak tahu apa manfaat surah al mulk dibacakan sebelm tidur, tapi ketika itu, kawan merasakan kata-katanya nan berdoa agar kawan terlepas dari siksaan kubur, jadi kawan kelak harus belajar mengaji quran agar sebelum tidur lidah dan hati kawan di dengari ayat-ayat suci kalam-Nya. Teringat kawan akan bicara buku ilmuan islam dari negeri seberang, antara manfaat yang bakal kawan temui andai kawan berteman dengan teman yang baik, ikhlas kerana Allah SWT;
Meraih Kecintaan Allah (mahabbatullah) Rasul SAW bersabda, �Bahwa seorang lelaki telah mengunjungi saudaranya di desa lain lalu Allah mengutus malaikat untuk mengikuti jalannya. Ketika bertemu dengannya, malaikat bertanya, �mahu ke manakah engkau?� Malaikat bertanya, �Apakah engkau mengingikan sesuatu nikmat darinya?� Ia menjawab, �Tidak. Hanya saja aku mencintainya kerana Allah Ta�ala�. Malaikat berkata, sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang datang untuk memberitahumu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya kerana Allah�� (hari. Muslim)
Mengiringi Mereka di Akhirat Bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah seraya bertanya, �Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seseorang yang mencintai suatu kaum, sedangkania tidak pernah berjumpa dengan mereka?� Rasulullah menjawab, �Seseorang akan bersama orang-orang yang dicintainya�.� (Muttafaqun�alaih)
Mendapat Kebaikan dan Keberuntungan
Mendapat Peluang untuk Meneladani
Terlindung dari Godaan Syaitan Sabda Rasulullah, �Kalian harus komitmen dengan jemaah. Kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang sendirian.�
Sentiasa Terhindar dari Kelengahan dan Kekhilafan Sabda Rasulullah, �Barangsiapa dikehendaki Allah SWT menjadi orang yang baik, maka Allah akan menjadikan untuknya seorang teman yang baik, bila lupa ia akan mengingatkannya, bila ingat ia akan mendukungnya.�
Teringat kawan akan kisah kawan ketika di alam dunia sekolah menengah. Pernah sebuah lagu didedikasikan oleh seorang saudara lelaki kawan, lebih dari itu, dia juga teman rapat kawan. bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan kehadiranmu menyentuh kalbu menyalakan obor pengharapan...... tikaku kealpahan kau bisikan bicara keinsafan, kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan saatku meragukan keampunan tuhan kau katakan rahmatnya mengatasi segala..
Ironinya, lagu itu saudara kawan dedikasikan pada kawan, tetapi bila mengamati liriknya, barulah kawan faham, teman dan saudara kawan itu mahu kawan sedar akan kehadirannya yang ingin kawan berjalan semula atas landasan hidup yang sebenar. Kerana ketika itu kawan agak jauh tersasar dari landasan hakikat hidup sebenar. Namun ketika itu, hati kawan tidak betah berlari dan berjalan atas landasan yang lurus, maka Allah menghukum kawan dek tidak menghargai teman dan segala nikmat hidup yang Allah berikan. Hukuman Allah itu hampir saja membuatkan kawan berputus asa untuk meneruskan hidup, tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selepas hujan rupanya ada pelangi indah untuk kawan lihat di sebalik bukit nun di sana.. Kawan diberi peluang sekali lagi untuk mengubah diri. Allah menghantar kawan teman-teman yang baik. Seraya kawan teringat satu cerita Nabi SAW kepada para sahabatnya; Sabda Nabi SAW, �mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik manusia?� Para sahabat menjawab, �mahu wahai Rasulullah,� Baginda bersabda, di �Iaitu orang yang apabila kamu memandangnya, maka akan menjadikan kamu ingat kepada Allah.� (hari. Ibnu Majah)
Kawan tidak pernah menyangka yang kawan akan bertemu dengan teman baik mengikut garis yang Nabi pernah katakan kepada para sahabat. kerana melihat pada kesombongan kawan pada yang Maha Esa dahulu, rasanya pemberiannya ini amat besar. Sekarang, kawan bertemu dengan teman yang apabila kawan melihat wajah mereka kawan akan mengingati Allah SWT, kawan berteman dengan mereka bukan kerana kawan kesunyian di gedung ilmu yang jauhnya kira-kira 80km dari rumah kawan, tetapi kawan berteman dengan mereka tanpa syarat, Cuma barangkali, Allah mengkehendaki kawan menjadi orang yang baik, maka Allah akan menjadikan untuk kawan seorang teman yang baik.
Dan kini, setiap malam sebelum tidur, telinga kawan akan kawan pastikan mendengar surah al mulk, setiap pagi telinga kawan akan di cuci dengan matsurat, meskipun hingga cerita ini kawan taip kawan belum pandai membaca kalam suci Allah SWT, kawan akan berusaha, sementara itu kawan akan mendengarnya melalui laptop pemberian ayahanda dan bonda kawan. Terima kasih Allah, kerana menganugerakan kawan saudara dan teman yang memberi kawan kekuatan tika kawan diuji dengan dugaan. Terima kasih juga kerana mempertemukan kawan dengan teman-teman yang secara tidak sengaja pernah membisikan bicara keinsafan. Mereka inilah orang yang apabila kawan memandang, kawan akan ingat kepada Allah. Saudaraku Naser, temanku Kak Jur, kak Itie. KLIK!!
02 Ogos 2008 0215am
|
|
| |
|
|
|
|
|
Nostalgia
|
|
|
|
Komen
oleh me_yusra86 ([email protected]) pada Isnin, 25 Ogos 2008 @ 23:14:17
(Info AHLI) http://balkishannanmzipis.blogspot.com/
assalamualaikum wbt...salam ukhwah
alhamdulillah...betul tu..
walaupun kita tak pernah bertemu..tapi hati kita diikat dengan perasaan kasih sayang kerana Allah swt dan Islam..ana suka dengan hadis yang mfhumnya.."kita akan bersama org yang kita cintai di akhirat" kelak...sekarang pun kalau kita tengok..rata-rata kita kenal mlalui dunia intrnet..maya...tak pernah jumpa...tapi boleh hati bertaut kerana tujuan yang sama..alhamdulillah satu perasaan hubb mncul di hati ni...insyaAllah..Allah Maha mengetahui segala-galanya...
...satu amalan yang boleh diamalkn tu...biar sikit asal bterusn...
salam...