Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
gambo di pejabat

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

MANDI WAJIB: Cara-cara mandi yg baik
 Posted on Isnin, 07 Mac 2005 @ 22:47:11oleh Hanan
Tazkirah putridurriyah menulis Rukun mandi ada 2 perkara:

1. Niat; untuk mengangkat hadas besar seperti junub,haid dan nifas.

Lafaz niat: نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لله تَعَالَى
atau “Sahaja aku mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala”

2. Membasuh seluruh anggota yang zahir

Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan seperti rambut, bulu-bulu yang terdpt pada anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir di masa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.
Apabila salah satu anggota badan tidak dikenakan air, maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.


CARA-CARA MANDI yang BAIK

Semua amalan ibadat yang nak kita lakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah .a. tentang mandi Rasulullah s.a.w.. Katanya, “Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dengan tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

bagi perempuan yang mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yang agak wangi(halal) sedikit untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lama faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

خُُُُُُُُُُذِىْ فُرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهَّرِيْ بِهَا
Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya.


     

      Tazkirah


    Komen


    "MANDI WAJIB: Cara-cara mandi yg baik" | Login/Mendaftar | 0 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.07555 saat. Lajunya....