Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 8
Ahli: 0
Jumlah: 8




  Dari Galeri
majlis al-firaq di kolej bank muamalat, uum

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 4 hari yang lalu
pankerz: 29 hari yang lalu

Mangsa tsunami mendapat perhatian mubaligh Kristian.
 Posted on Khamis, 03 Februari 2005 @ 13:40:15oleh Hanan
Semasa nuarii menulis BANDA ACEH 14 Jan. - Pertubuhan-pertubuhan bantuan Kristian yang memasuki Aceh menyebarkan ajaran agama itu secara diam-diam di samping menghulurkan bantuan kepada mangsa tsunami.Mereka dikatakan berbuat demikian walaupun mereka khuatir kehadirannya boleh mencetuskan sengketa agama.

Sungguhpun pertubuhan Islam memaparkan identiti mereka secara terang-terangan, kumpulan Kristian itu tidak menonjolkan identiti mereka, malah mengarahkan pekerja-pekerjanya supaya tidak mempamerkan nama gereja atau memakai salib.

``Kami lebih suka memenuhi keperluan fizikal lebih dahulu,'' kata William Suhanda, seorang rakyat Indonesia daripada pertubuhan Kristian `Cahaya Kasih Untuk Aceh'.

Di seluruh rantau Lautan Hindi, berpuluh-puluh kumpulan berasaskan agama menyertai operasi bantuan berikutan bencana tsunami 26 Disember lalu.

Mereka termasuk kumpulan-kumpulan Islam yang mengedarkan naskhah Al-Quran bersama-sama bantuan beras dan gula yang mereka salurkan kepada mangsa dan pertubuhan Kristian evangelis (mubaligh) yang aktif pula menyebarkan ajaran Kristian.

Kehadiran mereka paling ketara di Indonesia di mana keperluannya paling mendesak dan kerajaan yang kesempitan wang membuka pintu seluas-luasnya kepada pertubuhan bantuan asing.

Kumpulan itu membantu mengedarkan makanan di Banda Aceh dan mahu membawa 50 kanak-kanak Aceh ke sebuah rumah anak yatim Kristian di Jakarta.

``Kami juga mahu mendedahkan mereka kepada nilai-nilai agama Kristian.

``Tujuannya supaya mereka dapat melihat bahawa kita mengajar manusia supaya mencintai Jesus Christ (Isa). Tetapi di sini bukan tempatnya untuk membawa kitab Bible,'' katanya.

Bagaimanapun evangelis (mubaligh) Kristian seperti Mark Kosinski dari Amerika Syarikat (AS) berkata, adalah mustahil untuk memisahkan aktiviti bantuan daripada perbuatan berkongsi ajaran Kristian dengan mangsa bencana.

Kosinski mengakui telah diingatkan supaya jangan terlalu ghairah hendak menyebarkan ajaran Kristian tetapi beliau menegaskan beliau mempunyai `tugas untuk dijalankan.' - AP


rujukan:Utusan.com.my (15 Jan 2005)

 

  Semasa


Komen


"Mangsa tsunami mendapat perhatian mubaligh Kristian." | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Mangsa tsunami mendapat perhatian mubaligh Kristian.
oleh Anonymous pada Rabu, 01 Jun 2005 @ 20:50:05


ayuhai sahabat ukhuwa fillah kita jgn turut terpedaya dgn agenda yahudi tau
kalau nak dikaji apa yg depa semua nie buat hanyalah sebagai satu wasilah untuk dakyah mereka.awas dan waspada.ada udang disebalik batu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.076097 saat. Lajunya....