Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

DIBAWAH DERAIAN SANG OMBAK-MONOLOG DARI KOTA SALJI….
 Posted on Rabu, 05 Januari 2005 @ 19:59:31oleh Hanan
Kreatif heavenshines menulis Bukan sekali Allah menguji,
Telah diberi akal naluri,
Telah dianugerah taraf yang tinggi,
Khalifah islam di muka bumi…

Namun dalam diam hati terleka,
Yang khalifah itu adalah kita,
Bukan semudah disebut lidah,
Bukan sesedap untaian madah,
Alpa jua membela akidah…

Tsunami bukan pertama kali,
Kekuasaan Allah memang hakiki,
Namun siksanya terasa dalam diri dan hati,
Menampar akal dan harga diri,
Menampar ego dan kealpaan tadi…..

Lantas bermulalah sekali lagi,
Satu episode kesedaran yang cuba bertakhta dihati,
Setelah lama lesap diulit mimpi duniawi….

Insan yang leka sedari tadi,
Tersedar bila bala datang depan mata sendiri…

Bukankah Akhirat itu sebuah janji?
Tandanya datang bersilih ganti?
Pergolakan dimuka bumi,
Di dasarnya pun pasti akan berdiri,
Sebuah peringatan buat insan insani…..

Andai kata datang ketakutan dalam diri,
Bersyukurlah,kerana hati mengingat mati,
Yang datang tanpa disedari,
Yang pergi tapi dilupai..

Kerana diri sering menepis hakikat yang dijanji,
Kerana yang kecil tidak dipeduli,
Kesannya tak berbekas dalam diri,
Yang besar dicanang kesana kemari,
Masih adakah bibit taqwa dalam diri?…..

Tertawakan diri sendiri,
Kerana hakikatnya semua salah diri ini,
Merosakkan ciptaan Allah dimuka bumi,
Menambak itu ini,
Merebut milik Tuhan,
Sedang layaknya tidak difikirkan…..

Apalah yang boleh kita lakukan,
Cuba buahkan satu pemikiran,
Bila kita bersenang-lenangan,
Bukan manusia saja tahu berubah,
Membuktikan kerasnya kehebatan ,
Bumi juga ciptaan tuhan bukan?,
pastinya dia tak mahu ketinggalan……

Dua jari,
Satu destinasi,
Bermillion akal,
Tapi tidak sehati..
Bencana menimpa dianggap seperti satu mimpi,
Mengapa hadirnya ,tidak dicari erti,
Tapi kehilangan harta, nilainya lebih tinggi,
Untuk difahami,kerana sukar di cari ganti.

Kitar semula apa yang ada,
Sedang Iman yang hilang dibiarkan saja,
rasa kehambaan apa gunanya,
Hanya tinggal tanda tanya,
Seperti pesan ibu pada anaknya,
jangan terlalu lembut hati,
Nanti kau tersungkur ditindas bumi,
Mana letaknya yakin terhadap pahala ilahi?

Zaman ini semua harus berani(ke depan kononnya,barulah IT)
Lagaknya manusia semakin berIQ tinggi,
Malangnya intipati sudah basi,
Sudah terhantuk di besi berani,
Baru mencari keledar aqli….

Ingat lagi tak kisah nabi nuh?
Banjir seluruh alam,
Bencana menyelimuti bumi,
Lama manakah manusia meneladani,
walau yang terjadi lebih hebat dari tsunami,
ketawakan lagi diri sendiri….



Mujur Bahtera Nuh menyelamatkan mutiara subur,
Yang masih bernafas ketika at- tannur,
Yang syirik dan fasik sudah menjadi manik,
Yang terburai dalam sedetik….

Adakah bahtera itu akan datang lagi?
Menyambut deraian jari jemari?
menghulur nasrun pada tangan yang menggapai,
Menyelamatkan jasad dari berkecai,
Teladan yang lama mati dari kotak hati,
Terbayang-bayang dalam mimpi(hanya dalam mimpi)……

Andai hati hampir mati,
Ucapkan syahadah dalam istiqamah,
Bersedia menemui pencipta dalam wudhu’ pembersih noda,
Kerana kamu dan aku tidak mungkin tahu bila tsunami’terakhir’ akan melanda,
Dan kita terus menunggu akan tiba bahtera,
yang asasnya kita bina dari kulit bawang,(memang nipis),
Sauhnya dari mutiara iman(memang indah hasil berpesan-pesanan),
Namun memang bukan mudah untuk kita ciptakan,
Bahtera ini,lagi-lagi dengan tangan sendiri,
Begitu juga fikirmu,bukan????

Asyhaduallaaailaahaillah,waashhaduannamuhammadarrasulullah…
syukur atas nyawa yang masih lekat di badan,
Sampai bila akan bertautan?
Harapan jangan tinggal harapan,
Iman perlu ditegakkan,
Islam perlu terus jadi pegangan……….

Respon saya ini memang kosong isinya,
Kerana yang terjadi bukan di depan mata,(nauzubillah),
Tapi rasanya sampai ke pangkal ginjal,
Bertemu hati yang sering lengai,
Tapi CNS masih bersatu menyelamatkan hepar yang semakin usai,
Berbekal amalan yang ceteknya lebih dari denai-denai,
Sepanjang liku-liku kota salji yang sering menyeringai,
Seolah-olah mahu amalan yang saya tadah di telapak tangan terbarai……
Wallahu a’lam………….

 

  Kreatif


Komen


"DIBAWAH DERAIAN SANG OMBAK-MONOLOG DARI KOTA SALJI…." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.096746 saat. Lajunya....