Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 87 hari yang lalu

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
 Posted on Khamis, 17 April 2003 @ 21:07:10oleh Hanan
Tazkirah suatumasa menulis Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

 

  Tazkirah


Komen


"PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu" | Login/Mendaftar | 19 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
oleh halesolurun_84 pada Khamis, 12 Mac 2009 @ 9:01:56
(Info AHLI) http://www.halesolurun.blogspot.com/


Ya Allah..
ampunkan segala dosaku..
lindungi aku dari segala musibah dan bencana..
lindungi aku dari segala dosa dan maksiat..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
oleh QingZhen pada Jumaat, 07 September 2007 @ 9:37:33
(Info AHLI) http://seorangney.blogdrive.com/


Rahsia Qada' & Qadar Allah kadangkala sukar untuk kita fahami. Yang setitik itu kita buru...kita kejar...sedangkan yang selautan di depan mata tak terlihat... Itu lah Kasih Dia... =)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
oleh hidayah_saibi pada Ahad, 30 September 2007 @ 10:44:03
(Info AHLI)


InsyaALLAH... semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang sabar...amin.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
oleh NurQhazi pada Jumaat, 05 Oktober 2007 @ 8:48:39
(Info AHLI)


Ada sepotong kata-kata yang Qhazi jadikan renungan..


Bila kau memandang segalanya dari Allah swt, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta yang menyusahkan hidupmu, pasti DIA akan damaikan hatimu kerana masakan Allah swt segala mentakdirkan segalanya untuk sesaat yang sia-sia, bukan Allah swt tak tahu deritamu, tapi itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hatimu lunak dan mudah untuk diikt supaya akrab denganNYA..


sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENYAYANG..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu
oleh ibtisam_nisa pada Sabtu, 17 April 2010 @ 13:07:27
(Info AHLI)


alhamdulillah ya Allah,segala puji-pujian hanya untukMu..
ya allah,aku redha atas segala ujian yang telah Kau berikan padaku..Dan berilah pahala atas redha ku ini Ya Allah..Ameen..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh hub_addin ([email protected]) pada Khamis, 17 April 2003 @ 21:55:43
(Info AHLI)


mmm..alhamdulillah..Allah masih sayang kat ana.
baru je lepas accident 2 miggu lalu
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh sumaiyyah pada Selasa, 06 Mei 2003 @ 17:31:21
(Info AHLI)


assalamuaikum wbt..

ujian yg Allah timpakan ke atas hamba-NYA yg terpilih itu sebenarnya cara dia bercakap dgnnya.

oleh itu.. bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menerima ujian itu..kerana itu tandanya DIA amat mengasihi kita...

sentiasalah kita beristighfar dan bertaubat...agar kita tidak dikaburi oleh mata "dunia" lalu menyebabkan kita buta "akhirat"...

insyaAllah..

wallahua'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh munawwar pada Selasa, 01 Julai 2003 @ 13:29:54
(Info AHLI)


Assalamu'alaikum... Firstly ana memang bersetuju ngan tajuk.... itu. Memnag ALLAH menyayangi hamba nya tapi khalil tajkurun.. Tak ramai yg sedar...
Jadi ...sedarlah semua muslimah selg ujian Allah yang berat tak menimpa kita yg boleh menybbkan kita terfikir yg Allah itu Mengasihi kita..... :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh nurwasimah pada Khamis, 23 Oktober 2003 @ 22:33:42
(Info AHLI)


assalamu'alaikum...
salam tautan ukhwah..

" sabar itu indah"
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh ryzansyg pada Isnin, 01 Mac 2004 @ 12:17:43
(Info AHLI)


a'kum..
Alhamdulillah,segala pujian hanya untuk ALLAH S.W.T.
Setelah membaca artikel nie,ana terfikir sejenak ape yang sedang ana lalui sekarang adalah suatu ujian sebenarnye...
Ana bersyukur ana masih lagi berada di bawah lindungan dan rahmat kasihNya..

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…
oleh melati pada Selasa, 19 Ogos 2003 @ 10:18:07
(Info AHLI)


setiap apa yang terjadi...jgn cepat mengeluh atau merungut...
sabar itu perlu ada pada setiap orang
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.342863 saat. Lajunya....