Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-09-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa tinggi yang dia boleh panjat, tetapi berdasarkan berapa tinggi dia boleh melantun semula selepas jatuh

-- Tokoh Pemimpin

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Dari Galeri
salam ukhwah dari saya..:)

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 129 hari yang lalu

Tips Dating Dalam Talian
 Posted on Selasa, 29 April 2003 @ 9:50:40oleh Hanan
Semasa orange_skunky menulis Banyak sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat 'dating' setelah berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel, chat, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu untuk berkomunikasi. jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia emrupakan pasangan yang anda cari.

4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat2 tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain.Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat2 tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura2.

7. jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura2 dalam Internet.

8.jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga2 jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. jangan sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan org yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya

1. Teruskan perasaan waswas terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga2 seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

 

  Semasa


Komen


"Tips Dating Dalam Talian" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh eisya pada Selasa, 29 April 2003 @ 16:19:02
(Info AHLI)


terima kasih pasal tulis segala tips2 ni...boleh jadi panduan utk kita semua...maklumla sekarng ni musim sahabat internet...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh stefaisle pada Rabu, 30 April 2003 @ 12:36:57
(Info AHLI)


berhati2lah....syukran buat kak hanan....
kerana memperingatkan kami semua...
dalam dunia ni..terlalu banyak jaenis2 manusia yang kita tak dapat agak sikap sebenarnya....perkenalan secara siber....
erm...sikap berjaga2 tu perlu ade...
jangan terlalu mudah mempercayai dan memberi segala maklumat ttg diri kita...
yang penting jagalah maruah diri seorg muslimah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh ainun ([email protected]) pada Khamis, 03 Julai 2003 @ 21:06:31
(Info AHLI)


Terima kasih kerana menulis artikel tips dating dalam talian kerana saya dapat memperingati diri saya pada masa akan datang !

Artikel ni ada kena mengena dengan saya juga kerana dulu saya cukup suka berchatting. apabila berchatting saya akan mendedahkan identiti saya yang sebenar tanpa saya mengetahui kawan internet saya tipu atau sebagainya.

Saya mendedahkan identiti saya kerana saya ikhlas untuk mencari kawan yang dapat berkongsi masalah .

Nasihat saya kepad sahabtku sekalian , sekiranya anda ikhlas berkawan melalui internet jangan sesekali kita merahsiakan identiti kita yang sebenarnya kerana dari situ kita dapat menilai diri kita samaada kita jujur terhadap sesuatu perkara!

sekian wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh Anonymous pada Khamis, 07 Ogos 2003 @ 19:02:30


ok gak ada tips nih.. well apapun berhati2 bila berjumpa takut kalau2 indah khabar dari rupa.Bukannya memilih cuma kalu boleh keikhlasan itu perlu ada. betul tak sahabat semua?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh zee pada Jumaat, 14 November 2003 @ 21:30:34
(Info AHLI)


terima kasih kerana memberi tips dating dalam talian. Ini membuatkan kita supaya lebih berhati-hati dimasa akan datang.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh hidayah_saibi pada Khamis, 25 Oktober 2007 @ 18:39:10
(Info AHLI)


Tips yang sangat berguna.. thank you orange_skunky.
sekarang kan zaman moden, ramai yang berkenalan melalui internet & sebagainya.. sediakan payung sebelum ujan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Tips Dating Dalam Talian
oleh Anonymous pada Jumaat, 25 Julai 2008 @ 18:03:58


terima kasih kerana memaparkan tips seperti ini...salam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.091854 saat. Lajunya....