Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhwah bt smua :)..smoga hubungan kita sesama ISLAM akan kekal Selamanya

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Tuntutan syarat sah kalimah syahadat
 Posted on Sabtu, 28 Ogos 2004 @ 15:40:54oleh darul_numan81
Tazkirah imah3 menulis SATU kekeliruan besar yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini yang perlu diperbetulkan segera ialah ajaran yang mengenai Rukun Islam pertama iaitu kalimah syahadat.

Jika ditanya kepada seorang Islam, apakah Rukun Islam pertama, maka pasti menjawab mengucap dua kalimah syahadat. Jawapan yang penuh dengan kekeliruan dan kesalahan yang tidak disedari umum.

Sebenarnya orang yang mengucap dua kalimah syahadat dikira baru memeluk Islam. Selepas masuk Islam,barulah terjatuh wajib atasnya kelima-lima rukun Islam itu.

Dalam semua hadis berkaitan Rukun Islam, maka rukun pertama diungkapkan dengan perkataan "bersaksi" dan bukan perkataan "mengucap". Kedua-dua perkataan itu
mempunyai kesan berbeza. Ungkapan bersaksi perlu pada amalan dan ungkapan mengucap tidak perlu kepada amalan.

Harus difahami bahawa kelima-lima Rukun Islam perlu disempurnakan dengan tiga syarat iaitu dengan niat, lafaz dan amali. Tidak sah mana-mana rukun yang lima itu, jika salah satu syarat ditinggalkannya. Umpamanya tidak sah solat dengan berniat saja tanpa diikuti lafaz dan amali. Pada umumnya, semua umat Islam tahu amalan pada rukun kedua iaitu solat, rukun ketiga puasa, rukun keempat zakat, rukun kelima haji dan
menunaikannya dengan sempurna. Tetapi ramai umat Islam tidak tahu apakah amalan untuk rukun pertama.

Untuk maklumat semua, kelima-lima Rukun Islam ini tidak datang kepada Rasulullah saw sekali gus, tetapi satu demi satu. Beliau terima rukun pertama iaitu kalimah syahadat pada umur 40 tahun, solat (52 tahun), puasa (54 tahun), zakat (59 tahun) dan haji (61 tahun). Baginda berhijrah pada usia 53 tahun.

Apabila Rasulullah saw menerima rukun pertama iaitu kalimah syahadat, maka amalan yang dilakukan ialah menziarahi manusia di kota Makkah dan sekelilingnya dan seterusnya diikuti oleh semua sahabat tanpa kecuali. Mereka membuat ziarah ke seluruh dunia. Dari contoh Rasulullah saw dan sahabat ini, maka jelaslah
bahawa amalan pada rukun pertama ialah membuat ziarah bertemu manusia untuk menyeru kepada Allah.

Apa tidaknya? Apabila ziarah dan pertemuan dibuat,maka berlakulah saksi menyaksikan di antara orang yang menziarahi dengan orang yang diziarahi. Allah memang menuntut supaya umat Islam membuat amalan persaksian di atas manusia. Ini sebagaimana diterangkan dalam firman-Nya bermaksud : "Dan demikian itulah Kami jadikan kamu umat yang istimewa supaya kamu menjadi saksi-saksi atas manusia dan Dia jadikan Rasul atas kamu sebagai saksi..." (Surah al-Baqarah, ayat 143).

Daripada dalil ayat al-Quran di atas, maka dapatlah kita sedar bahawa amalan pada rukun pertama ialah ziarah bertemu manusia. Inilah maksud kata "bersaksi". Oleh sebab ziarah bertemu manusia kerana Allah adalah amalan pada rukun pertama, maka tiap-tiap orang Islam tidak kira pangkat atau darjat, raja atau rakyat, miskin atau kaya, orang parti itu atau parti ini, ahli tarekat itu atau tarekat ini, wajib melakukannya sebagaimana wajibnya solat, puasa, zakat dan haji.Ramai tidak sanggup membuat amalan ziarah kerana rasa terhina. Kita tidak ada pilihan kerana Rasulullah saw yang termulia pun membuat amalan ziarah. Sebenarnya inilah sifat yang harus kita sanggup terima kerana agama, kehinaan di sisi manusia adalah kemuliaan di sisi Allah. Tanpa amalan ziarah secara Rasulullah saw bererti tidak sah rukun pertamanya seperti tidak sah solat tanpa rukuk dan sujud.

Dengan berlakunya tidak sah rukun pertama,maka tidak sempurnalah lima rukun Islamnya dan dengan ini akan menyebabkan dia akan diazab oleh Allah kerana inilah balasan atas sesiapa yang meninggalkan mana-mana amalan Rukun Islam.

Pada zaman Rasulullah saw dan sahabat, ziarah bertemu manusia untuk menyeru kepada Allah hanya dibuat kepada orang kafir. Ini kerana pada masa itu, 100 peratus orang Islam membabitkan diri dengan amalan ziarah. Tetapi hari ini, ziarah perlu dibuat juga kepada orang Islam. Ini untuk mengajak mereka mengambil bahagian dalam amalan ziarah kerana ramai umat Islam tidak melakukannya disebabkan tidak sedar bahawa ziarah bertemu manusia itu amalan rukun pertama dan meninggalkannya adalah sama berdosa seperti meninggalkan solat, puasa, zakat dan haji.

Dalam perkataan lain amalan ziarah bertemu manusia untuk menyeru kepada Allah adalah diistilahkan dengan nama dakwah. Dengan ini bolehlah kita buat rumusan,bahawa dakwah itu adalah amalan pada rukun pertama. Tetapi bukanlah segala macam perbuatan yang kita panggil dakwah pada hari ini boleh dikirakan sebagai amalan rukun pertama. Hanya dakwah yang menepati cara Rasulullah saw boleh diambil kira, kerana inilah syarat sah kelima-lima rukun Islam iaitu mesti ikut cara Rasulullah saw. Umpamanya tidak sah solat yang tidak mengikut cara Rasulullah saw.

Oleh itu, apakah dakwah yang dikatakan mengikut cara Rasulullah saw? Pertama seperti syarat sah amalan rukun lain. Ia mesti dimulakan dengan niat ikhlas mengsajakan untuk keluar buat ziarah kepada manusia kepada Allah pada waktu hendak keluar.

Kedua, mesti diikuti dengan perbuatan pergi ziarah berjumpa manusia untuk menyeru kepada Allah.

Ketiga amalan ziarah ini, mesti dilakukan dengan diri,masa dan harta sendiri tanpa mengambil upah atau gaji atau bayaran kerana inilah syarat melakukan semua kelima-lima Rukun Islam. Iaitu dengan diri, masa dan harta sendiri.

Oleh sebab dakwah cara Rasulullah saw ini adalah amalan rukun pertama dan ramai umat Islam tidak melakukannya kerana tidak tahu akan kedudukannya dan tidak sedar akan kesan dosa meninggalkannya. Maka tidak hairan, Rasulullah saw ada menegaskan bahawa umat Islam akan terpecah kepada 73 golongan dan semuanya akan dimasukkan ke neraka kecuali suatu golongan iaitu "jemaah yang mengikuti jalanku dan sahabatku".

Keterangan hadis itu adalah seperti berikut:
"sesungguhnya pengikut kedua kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam hal agama mereka terpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sungguh umat (Islam) ni pun akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu, iaitu al-jamaah". (Hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani dalam catatan kakinya atas syarah Ah-Thahawiyah, hlm 578, Al-Maktbaul Islami).

Dalam suatu riwayat disebutkan: Sahabat bertanya,Siapakah golongan yang selamat itu, wahai Rasulullah saw? Baginda menjawab,"Golongan yang mengikut jalanku dan sahabatku". (Hadis riwayat Tirmudzi).

Dalam hadis di atas Rasulullah saw menegaskan satu golongan yang terselamat iaitu ialah "jemaah yang mengikut jalanku dan jalan sahabatku". Maka apakah yang dimaksudkan dengan perkataan jalanku dan sahabatku itu? Jawapannya dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya berrmaksud: "Katakanlah wahai Muhammad saw inilah jalanku. Aku menyeru kepada Allah atas yang lurus. Aku dan orang yang mengikutiku.." (Surah Yusof, ayat 108).

Daripada dalil di atas, maka nyatalah bahawa maksud jalanku dan jalan sahabatku ialah "menyeru kepada Allah". Maka usaha orang menyeru kepada Allah itu adalah dakwah. Maka apabila dirangkaikan kedua-dua maksud hadis di atas, maka jadilah ia "jemaah dakwah".

Inilah saja satu golongan yang dikatakan terselamat.Hadis ini adalah hadis sahih. Daripada hadis ini,Rasulullah saw adalah sebagai memberi peringatan kepada kita bahawa umat Islam akhir zaman, akan menjaga Rukun Islam kedua, ketiga, keempat dan kelima dengan baik kerana mereka sedar bahawa meninggalkannya adalah berdosa. Tetapi mereka akan meninggalkan amalan rukun pertama iaitu ziarah dan dakwah tanpa rasa berdosa kerana tidak sedar ia sebagai rukun pertama.

Oleh itu, marilah kita bangun berserta dengan jemaah dakwah untuk menyelamatkan diri dan menyempurnakan kelima-lima Rukun Islam.

Kesilapan berasa cukup dengan mengucap dua kalimah syahadat saja sebenarnya pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw ke atas orang Arab gunung. Maka Allah membuat teguran bahawa dengan mengucap saja dia baru masuk Islam dan dia perlu buktikan dengan berjihad di jalan Allah dengan diri, masa dan harta sendiri seperti keterangan ayat 14 dan 15 surah Al-Hujurat. Firman-Nya bermaksud: "Orang Arab gunung berkata: "Kami sudah beriman katakan wahai Muhammad saw, kamu belum beriman tetapi katakanlah kami sudah masuk Islam kerana iman belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dia tidak akan mengurangi(pahala) amalanmu sedikit pun. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

"Sesungguhnya orang mukmin itu hanya orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar.

 

  Tazkirah


Komen


"Tuntutan syarat sah kalimah syahadat" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.135414 saat. Lajunya....