Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Walaubagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Dari Galeri
Inilah saye..dengan kembar saye caramelo..yg tengah2 itu sepupu saye...salam ukhwah fillah buat smua ahli komuniti muslimah

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Kestabilan Emosi - Elak cemburu, iri hati
 Posted on Isnin, 17 Mei 2004 @ 14:18:06oleh Engku_Salina
Umum CEMBURU boleh mengundang bahaya. Cemburu juga boleh mendorong seseorang itu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat dan cita-citanya tercapai.

Walau apa pun tanggapan umum terhadap istilah cemburu, sebaik- baiknya perasaan tersebut dapat ditangani dengan bijak agar tidak terlalu mempengaruhi proses kehidupan seharian.

Menurut Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Makzan Musa, dalam memperkatakan soal cemburu, wanita terutamanya para isteri merupakan golongan yang sering menderita sehingga mendesaknya melakukan `jenayah cinta' berbanding kesan terhadap lelaki di negara ini.

Katanya, perasaan cemburu menghantui para isteri disebabkan mereka merasakan perhubungan perkahwinan itu sesuatu yang terlalu istimewa dan amat bernilai sehingga tidak sepatutnya diganggu-gugat oleh orang lain.

``Ini tidak dapat dinafikan kerana dalam budaya Melayu sendiri, suami adalah tunggak sesebuah keluarga, jadi si isteri sukar menerima hakikat sekiranya si suami terpikat dengan orang ketiga,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Psikologi Cemburu' sempena Seminar Wanita: Menangani Transformasi Gaya Hidup anjuran Persatuan Wanita UUM (Sutranita) di Langkawi, baru-baru ini.

Mohd. Makzan yang berpengalaman dalam bidang psikologi dan kaunseling selama lebih 20 tahun, menjelaskan, lelaki lebih bijak mengurus rasa cemburu kerana selain mempunyai banyak `pilihan,' mereka juga dipengaruhi oleh sifat semula jadi iaitu ego.

``Lelaki merasakan mereka adalah lebih dominan daripada wanita, jadi seboleh-bolehnya mereka tidak mahu memberi gambaran tentang perasaan cemburu yang sebenarnya wujud dalam setiap diri manusia,'' ujar beliau.

Untuk mengurangkan rasa cemburu, katanya, seseorang itu perlu sentiasa bersikap rasional kerana cemburu terutama yang melampau seringkali dikaitkan dengan sikap individu itu sendiri yang tidak dapat berfikir secara bijak dan waras.

``Apa yang penting sekiranya menghadapi masalah cemburu ini, seseorang itu mesti berfikir dengan tenang supaya mereka dapat menerima hakikat siapa diri mereka yang sebenarnya. Jika ini berjaya dilakukan, perasaan cemburu dapat diredakan,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak menafikan bahawa cemburu boleh membawa unsur-unsur positif dalam hidup seseorang itu sehingga lebih berjaya jika mampu mengawal perasaannya dengan menggunakan akal fikiran dan pertimbangan yang sewajarnya.

Berdasarkan perspektif pakar perubatan, penampilan atau pembawaan wanita sebenarnya banyak bergantung kepada status dan penjagaan kesihatannya. Justeru, aspek-aspek pencegahan ke arah memastikan kesihatan diri dan kesejahteraan keluarga harus di utamakan.

Pada masa yang sama, wanita juga perlu sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan kerana ia penting untuk mendapatkan kecergasan minda dan tubuh badan.

``Sihat bermakna seseorang itu boleh melaksanakan kerja-kerja harian dan dia masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti- aktiviti lain pada sebelah petang dan malam.

``Seseorang itu juga dikatakan berada dalam keadaan sihat jika dia mampu menangani tekanan, sentiasa peka dan mempunyai otak atau pemikiran yang aktif selain tidak mudah dijangkiti penyakit serta paling penting ialah dia sentiasa kelihatan sihat,'' kata Ketua Unit Perancangan Strategi Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias.

Suhardi dalam kertas kerja bertajuk `Penjagaan Kesihatan Pemakanan Wanita Kontemporari' menekankan bahawa terdapat tujuh perkara yang menyebabkan seseorang itu mempunyai jangka hayat sehingga 11 tahun lebih lama daripada yang tidak mengamalkannya.

Perkara-perkara tersebut ialah, tidak merokok, tidak mengambil makanan berat antara waktu makan, tidak terlalu kurang atau terlebih tidur, sentiasa melakukan senaman, sentiasa memastikan berat badan seimbang, sentiasa bersarapan dan menjauhkan diri dari alkohol.

``Pakar-pakar perubatan telah membuktikan sukan dan aktiviti yang berkaitan dengannya bukan sahaja menjadikan kita cergas tetapi menjauhkan diri daripada penyakit,'' katanya yang turut memberikan petua bahawa madu lebah dicampur dengan segelas air boleh membantu mengatasi masalah keletihan badan dan kesukaran tidur pada waktu malam.

Selain itu, wanita juga perlu mempunyai minda yang sihat bagi memastikan mereka mampu menangani setiap cabaran yang mendatang dengan bijak tanpa memudaratkan orang lain.

Pembacaan bahan-bahan ilmiah dan yang boleh meningkatkan prestasi diri perlu diamalkan agar wanita sentiasa tahu perkembangan semasa dan faktor ini akan menjadikan mereka sentiasa bermaklumat dan peka dengan maklumat.

Justeru, salah satu aspek penjagaan yang tidak kurang pentingnya yang harus dititikberatkan ialah kestabilan emosi. Antara emosi yang sering menghantui wanita ialah kesedihan yang datang disebabkan oleh perasaan cemburu atau iri hati.

Sementara itu, Yang Dipertua Sutranita, Datin Aishah Ibrahim dalam ucapannya berkata, seminar sebegini sebenarnya perlu diadakan secara berterusan memandangkan peranan, tanggungjawab dan tuntutan wanita pada hari ini semakin mencabar yang tanpa disedari telah mempengaruhi setiap ruang serta aspek kehidupan manusia hari ini.

Cabaran-cabaran yang sedang dan akan dilalui hasil daripada konsep dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat (IT) memerlukan pakej strategi yang mampan bagi mengimbangi tuntutan pembangunan fizikal dan pembangunan kemanusiaan sejagat, katanya.

Bagi berhadapan dengan kesan yang cukup hebat ini, tegas beliau, wanita dari semasa ke semasa perlu melengkapkan diri dengan kekuatan mental dan emosi selain sentiasa bersedia daripada aspek fizikal agar setiap cabaran yang mendatang mampu ditangani dengan sewajarnya.

``Seminar yang merupakan agenda dwi-tahunan persatuan ini diharap dapat dijadikan platform bagi mengajak lebih ramai wanita menghayati ilmu dan perkara-perkara yang boleh memberi kebaikan kepada mereka.

``Walaupun sambutan pada kali ini agak kurang memuaskan, namun Sutranita masih meneruskan aktivitinya untuk kebaikan dan kebajikan wanita sejagat,'' katanya.

Pelbagai topik dibangkitkan menerusi seminar tersebut. Selain aspek penjagaan kesihatan dan emosi, turut diperbincangkan adalah berkaitan isu wanita sebagai mangsa jenayah, tips mempertahankan diri dan peranan wanita dalam membangunkan keluarga serta masyarakat.

Seminar dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sumber: Utusan Online

 

  Umum


Komen


"Kestabilan Emosi - Elak cemburu, iri hati" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.127756 saat. Lajunya....