Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
--
Nabi Isa a.s

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Dari Galeri
salam ukhwah fillah dari ana..........

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

Cantiknya wanita
 Posted on Isnin, 08 Mac 2004 @ 15:51:17oleh Engku_Salina
Umum nur_malam menulis Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya. Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

Sedarlah wahai wanita...

Wanita,
Kita diciptakan dengan kemuliaan syahadah
Kerana benih seorang lelaki kita tersenyawa
Dikurnia tenaga hingga kita mampu menyibak
jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki ini kita ditiupkan jiwa
menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai
Sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan
untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta
Kita wanita, diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,
kita terbit daripada rusuk lelaki
Bukan dekat kepala untuk dijunjungi
Bukan dekat bahu untuk membebani
Bukan dekat jari untuk disakiti
Bukan dekat pinggul untuk dihenyaki
Bukan dekat lutut untuk ditindihi
Bukan dekat kaki untuk ditunggangi
Tetapi dekat dengan pelusuk hati
untuk dimuliai, disayangi dan dicintai.

 

  Umum


Komen


"Cantiknya wanita" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.077851 saat. Lajunya....