Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Mengapa asyik tanam anggur???
 Posted on Ahad, 29 Februari 2004 @ 9:00:46oleh darul_numan81
Tazkirah ummimq menulis Apakah agaknya kita nak jawab kalau Al-Quran boleh bercakap dan bertanya kepada kita?

"Sudah berapa lama aku dibaca? Apakah sudah kau amalkan apa yang kau baca?" Apa agaknya ya nak dijawab?

Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji hanya milik Allah SWT yang telah menurunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Penyeru dan Penyuluh Timur dan Barat, Muhammad saw beserta keluarganya, para sahabatnya, para tabi'in dan orang-orang yang sentiasa mengikuti jejak dan sunnahnya.

Apa khabar anak^ummi yang dikasihi kerana Allah SWT semoga anak-anak tenang dan dipermudahkan Allah segala urusan kehidupan yang dari hari ke sehari bertambah mencabar dan memerlukan ketabahan dan kesabaran di tahap maksimum agar kita semua dapat menjalankan tanggung jawab sebaga hamba Allah.

Diriwayatkan pada satu ketika ada seorang pendengar yang berkata kepada seorang da'ie setelah menyampaikan ceramahnya: "Sudah 30 tahun lamanya engkau berbicara lalu apa yang telah engkau perbuat? Dengan tenang da'ie itu menjawab: "Sudah 30 tahun lamanya engkau mendengarkan, lalu apa yang telah engkau lakukan?"

Ekoran dari kenyataan riwayat di atas kita sebagai seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadat berpandukan Al-Quran dan Sunnah apakah agaknya kita nak jawab kalau Al-Quran boleh bercakap dan bertanya kepada kita?
"Sudah berapa lama aku dibaca? Apakah sudah kau amalkan apa yang kau baca?" Apa agaknya ya nak dijawab?

Begitulah kita ni yang seringkali terperangkap dengan kesibukan yang bukan menjurus kepada peningkatan ilmu dan amal tapi lebih kepada keduniaan. Kekadang kita tidak sedar akan apa yang kita lakukan kerana kita sering tertipu dengan hasutan dan bisikan syaitan yang menjadi musuh utama kita. Kita sering lalai dan tidak serius dalam menjalankan kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kita sering rasa terhutang budi dengan manusia lain yang berbuat baik dengan kita tapi sebenarnya kita patut membalas budi Allah SWT terlebih dulu kerana Allah yang menjadikan kita dan segala-galanya di muka bumi ini.

Bagaimanakah caranya untuk membalas budi Allah kerana Allah tidak memerlukan apa apa dari kita makhluk-Nya tapi yang penting kita buat apa yang di suruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Walaupun itu saja namum amat payah untuk dilaksanakan. Semoga anak-anak cuba menjadi insan yang berguna bagi membalas budi Allah yang tidak ternilai ke atas kita dengan mengabdikan keseluruhan hidup kita demi menegakkan Daulah Islamiyah yang semakin hari semakin jauh untuk dicapai dan dilaksanakan. Usahlah berputus asa ya wahai anakku kerana mulakan ke arah menegakkan Daulah itu walau jalannya penuh onak dan duri.

Imam Hasan Al Bana ada menyatakan yang bermaksud:
"Masa adalah kehidupan. Tiada ertinya hidup manusia selain masa yang dia beramal, mulai hari lahirnya hinggalah ke saat akhirnya."

Setiap insan sepatutnya menyumbang kepada kemajuan diri atau masyarakat. Tidak sepatutnya seseorang itu menganggur. Kita perlu berusaha untuk memajukan diri atau orang lain sama dari segi aqidah, ilmu, akhlak maupun harta benda.

Al Baihaqi menceritakan Abdullah bin Az Zubair pernah berkata: "Orang yang celaka ialah orang yang menganggur".

Syeikh al-Minawi pula pernah berkata, "Seorang penganggur dilihat pada zahirnya menganggur. Namun pada hakikatnya syaitan telah bertapak beranak pinak dalam jiwanya. Seorang yang hidup tanpa membuat sebarang pekerjaan yang bermanfaat kepada manusia, maka hidupnya tidak bererti. Kewujudannya bolehlah diumpamakan seperti air keruh yang menambah lagi kekeruhan air itu".

Begitulah wahai anakku agar teruskanlah kehidupan dalam redha Nya bukan mencari murka-Nya.

Wallahuta'ala alam

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ummimq
27 Zulhijjah 1424H / 18 Februari 2004M

 

  Tazkirah


Komen


"Mengapa asyik tanam anggur???" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.348855 saat. Lajunya....