Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah busana baru, dan fikiran adalah cermin yang jernih
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Wasiat 4 Khalifah
 Posted on Khamis, 17 April 2003 @ 1:47:28oleh Hanan
Tazkirah Pengurusan menulis Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar .a. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab .a. berkata :

· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan .a. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

 

  Tazkirah


Komen


"Wasiat 4 Khalifah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.116505 saat. Lajunya....