Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Kekikiran adalah malu, sifat pengecut adalah cacat, kemiskinan menggagalkan lelaki cergas membela dirinya, orang melarat adalah orang asing di kotanya sendiri
--
Saidina Ali

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 14
Ahli: 0
Jumlah: 14




Dari Galeri
Kenangan semasa konvo bapa saudara di UTM

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 477 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 14 Ahli dan Tetamu sedang online

Pengganti Kasih
Disiarkan pada Ahad, 27 April 2003 @ 10:28:07 oleh Hanan

Nostalgia maricella menulis: "Kisah ini berlaku lebih kurang dua belas tahun yang lalu...Aku daripada keluarga yang berpecah. Ibu bapaku telah berpisah semasa umur aku 12 tahun ketika aku masih di darjah enam.Waktu itu aku masih mentah dan belum mengenal erti perpisahan. Ayah meninggalkan rumah sewaktu ibuku keluar bekerja dan waktu itu aku demam teruk.

Tergamak ayah meninggalkan kami anak-beranak. Aku masih ingat sewaktu ayah hendak meninggalkan rumah ayah mencium kami tiga beradik dan dia berbisik kepada kami supaya jangan nakal-nakal, belajar rajin-rajin dan taat pada perintah ibu. Jauh di sudut hati aku untuk mengerti apa yang bakal terjadi selepas itu.

Selepas itu ayah menangis sambil memeluk kami bertiga dan terus keluar dari rumah dengan membawa beg besar yang berisi pakaian mungkin. Adik aku sempat bertanya "Ayah nak pergi mana itu?" namun ayah menjawab..."Ayah keluar bekerja, kirim salam kat mak ok"...Kami hanya mampu terdiam kerana tidak mengesyaki apa-apa dan percayakan kata-kata ayah. Maklumlah waktu itu kami masih kecil lagi. Kami bertiga tak sabar menunggu ibu balik dari kerja dan apabila ibu pulang, kami menceritakan perkara yang berlaku.

Aku lihat ibu aku menangis teresak-esak. Aku bertanyakan mengapa ibu menangis tetapi ibu hanya berkata tiada apa-apa cuma sedih ayah pergi tidak memberitahunya terlebih dahulu.

Enam bulan sudah berlalu...namun tiada khabar berita dari ayah yang kami terima. Adik-adikku sering bertanyakan Kenapa ayah tak balik-balik. Aku sering lihat ibu menangis siang dan malam.

Sesungguhnya aku tidak mengerti semua itu! Selepas enam bulan ibu tuntut cerai fasakh. Sahlah ibu dan ayahku dah bercerai! Namun ibu seorang yang tabah. Aku bersyukur mendapat seorang ibu sepertinya. Sejak itu, ibu bekerja keras untukmenyara kami empat beranak. Aku masih ingat..kekadang makan nasi tidak berlauk kerana kesempitan wang. Pendek kata kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Sampai hati ayah tidak mengirim nafkah untuk kami anak-beranak. Dalam hatiku berbaur kebencian terhadap ayah namun walau sejahat manapun dia tetap ayah kandung kita. Aku sendiri tidak menyangka ayahku yang baik dan penyayang boleh bertindak demikian. Namun sekarang ibuku telah berkahwin dengan org lain walaupun pada mulanya kami tiga beradik menentang habis namun demi masa depan kami, kami terpaksa akur. Kami sekeluarga bersyukur kerana mendapat ayah serta keluarga tiri yang amat baik serta mengambil berat tentang kami. Itu semua dah takdir...Aku bersyukur.

Sekarang umur aku dah 24 tahun. Adik aku masing-masing berusia 22 dan 21 tahun. Semuanya dah besar panjang! Dah pandai menilai antara kebaikan dengan keburukan. Kami sedar betapa mulianya hati seorang ibu yang membesarkan kami sehingga sekarang. Kasih dan pengorbanan ibu tak dapat kami balas walaupun dengan berjuta-juta wang ringgit. Aku sedar dan aku amat bersyukur kerana aku masih mempunyai seorang ibu...dialah ibu, dialah ayah! Pengorbananmu nilainya tidak terhingga dan akanku kenang sampai ke akhir hayatku...Sekarang aku sudah mempunyai sebuah keluarga yang bahagia di samping keluarga tiri aku. Aku harap aku dan adik-adikku nanti akan dipertemukan jodoh dengan orang yang beriman dan bertanggungjawab. Aku berharap agar sinar kebahagiaan sentiasa menyinari kehidupan kami. Walaupun aku berjauhan dengan keluargaku, namun mereka tetap di hatiku. Aku di Kuala Lumpur dan ibuku di Kedah. Namun jarak bukanlah pemisah antara kami. Aku sudah mendapat pekerjaan yang baik dan terjamin di sini berkat kesabaran dan doa ibu yang membesarkan aku. Adik-adik aku pun sudah bekerja dan tidak lagi menyusahkan ibuku.

Sehingga sekarang walaupun aku tidak dapat merasa kasih sayang dari insan yang bergelar ayah namun aku telah dipertemukan dengan seorang insan yang amat aku sayangi. Kehadirannya dalam hidupku kini telah merubah segalanya. Dia sentiasa mengambil berat dan bertanya khabarku di sini. Di sini aku keseorangan dan hanya dialah yang boleh ku katakan agak rapat denganku walaupun kami jarang berjumpa dan berhubung namun dia tetap di hatiku. Aku harap kebahagiaan ini akan berpanjangan sampai bila-bila dan aku sentiasa berdoa agar semua baik.

"

Nostalgia

Yang paling banyak dibaca dalam Nostalgia:
  • "Di Saat Aku Istikharah.."

    Terkini dalam Nostalgia:


    Yang Berkaitan



    Untuk mencetak    Hantar pada Sahabat




  • Komen


    "Pengganti Kasih" | Login/Mendaftar | 2 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


    Re: Pengganti Kasih
    oleh tetamu_senja pada Ahad, 27 April 2003 @ 15:32:35
    (Info AHLI)


    yang patah kan tumbuh
    yang hilang kat berganti
    ...................................
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]




    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.101206 saat. Lajunya....