Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Kenangan terpahat di kem Rebutia.. Jumpa lagi di lain KRIS

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

: SEBUAH TEATER KEHIDUPAN
 Posted on Isnin, 22 Disember 2003 @ 17:09:36oleh darul_numan81
Nostalgia nur_kemuliaan menulis Kadang kala memori semalam susah untuk dilupakan,tapi kuasa Allah yang Maha Esa mampu merubah segalanya.....

Segalanya berlaku dengan sekelip mata saja.Hari-hari mendatang aku terpaksa tempuhi tanpa sahabatku yang bagaikan penyuluh di kala bayangan mentari yang menyelubungi hidupku selama ini.Hidupku tak seindah dan seceria dulu yang sering dipenuhi gurau senda dan gelak ketawa seorang sahabat yang amat aku senangi.

“Man,cuba kau tengok si Zul tu.kasihan aku melihatnya.Tak henti-henti termenung sejak kematian Najwa.Bak kata orang tua-tua,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul,”kata Faisal sambil mengemas buku latihannya yang kelihatan berselerak di atas mejanya.

“Dah lama aku perasan hal tu,si Zulkan terlalu sayang akan Najwa. Dia pun bagaikan tak dapat menerima hakikat yang Najwa sudah meninggalkannya untuk selama-lamanya.Aku tengok pencapaiannya pun makin menurun.Dengar kata ada subjek yang dia tak lulus.Betul ke?,”balas Zariman sambil memerhatikan Zul yang sedang termenung.

“Betul.Subjek Matematik Tambahan dan Biologi.Tapi aku peliklah, si Muttaqinkan seorang pelajar yang pandai dan kedua-dua subjek tu kan subjek kegemarannya,”kata Faisal.

“Kau perasan tak, kegiatan dan program Persatuan Badan Dakwah dan Rohani sekolah kita sekarang,tak ada peningkatan langsung.Langsung tak dijalankan aktiviti yang boleh menjana dan memantapkan keperibadian pelajar sekolah kita.Sejak kematian Najwa,yang merangkap selaku Pengerusi BADAR bagi pelajar puteri,kita tak ada pengganti yang berkaliber dan pandai bercakap di atas pentas sepertinya,”kata Zariman.

“Betul tu.Aku yang selaku setiausaha BADAR pun tak tahu nak buat apa-apa.Kami bagaikan mati akal.Lebih lagi keadaan Zul yang masih tak berubah,asyik termenung saja.Selalunya si arwah Najwa yang sibuk memikirkan program yang berfaedah,kadang kala tak cukup ruang jadual dan masa untuk menjalankan program yang dirancang,”balas Faisal .

Petang ini Zul tak turun padang seperti biasa.Kepalanya ligat memikirkan masalah yang datang menimpa-nimpa dirinya.Dipandangnya jamnya yang berjenama B.U.M yang terikat di tangannya.Jamnya menunjukkan tepat pukul 6.00 petang.Dia bergegas menuju ke arah kepala katilnya lalu dicapainya sehelai tuala mandi.

“Baik aku mandi dulu,badan pula terasa melekit.Selepas mandi,terus turun dewan makan dan lepas tu pergi surau.Dapat juga aku menimba ilmu Allah dan mencari ketenangan di rumahNya yang penuh rahmat,”bisik hati kecilnya.

Selesai saja mandi,Zul pun mengenakan sehelai jubah putih dan sehelai kain sarung.Dipandangnya sehelai kain serban dan sebiji kopiah putih yang terlipat kemas di dalam lokernya.Kain serban dan kopah putih itu sebenarnya pemberian arwah Najwa sempena hari lahirnya yang ke-16 pada tahun lepas.

“Najwa,Najwa…Kenapa kau pergi dulu.Perjuangan kita belum selesai..Tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu…Aku redha…”bisik hatinya.

Dicapainya kopiah itu lalu dipakainya ke kepalanya dan dililitnya kain serban tadi dengan kemas dengan penuh harapan arwah Najwa turut dapat keberkatan di sana dengan memakainya.

Hari ini tak ramai pelajar dalam sesi tazkirah.Mungkin penat bermain.Lebih lagi hari ini diadakan Perlawanan Separuh Akhir sempena Karnival Asrama bagi tahun 2003.Tapi semuanya ditolak ke tepi.Dalam kegirangan orang lain,jauh di sudut hati Zul dia bagaikan terseksa.Dia terlalu merindui arwah Najwa. Arwah Najwa sungguh bermakna dalam hidupnya.

Dulu Zul adalah seorang pelajar nakal.Dia juga pernah menjadi kaki pukul dan selalu me’ragging’ pelajar baru.Setiap kali diketahuinya terdapat pelajar baru tak terlepas pelajar itu daripada menjadi mangsanya.Tibalah pada suatu masa,Najwa yang baru berpindah ke sekolah Zul telah menegur Zul kerana telah membuli adiknya,Saifuddin.Allah telah membuka hati Zul untuk menerima segala teguran Najwa.Sejak pertemuan itu,Zul berubah.Sikap buruknya dibuang dan sikap seorang muslimin yang soleh mula hidup dalam dirinya.Sejak itu juga,Zul mula bergiat cergas dalam segala program dan aktiviti BADAR.

Tapi kehadiran Najwa bagaikan mimpi indah pada siang hari.Kejadian pada musim cuti pertengahan sekolah yang lalu telah merubah segalanya.Zultelah menerima panggilan telefon daripada adik arwah Najwa,Saifuddin yang mengatakan Najwa telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah van semasa pulang dari bandar untuk membeli keperluannya.Zul terasa dunia bagaikan mahu kiamat semasa menerima berita itu.Yang lebih menyedihkan lagi,Zul tidak berpeluang untuk melihat wajah Najwa untuk kali terakhir kerana rumah arwah Najwa terletak di Macang,Kelantan sedangkan rumahnya terletak di Johor.Perjalanan ke sana mengambil masa yang lama.

“Aku harap hari ini dapat memberi ketenangan kepada diriku.Ya Allah,semua ini berlaku pasti ada hikmahnya.Ya Allah, tenangkanlah jiwaku.Ya Allah,hanya kepadaMu jua aku mohon pertolongan,”bisik hati Zul sambil menundukkan kepalanya ke arah sejadah sambil mendengar tazkirah yang sedang disampaikan.

Sedar tak sedar menitis air matanya ke jari jemarinya yang digenggam erat untuk menahan sebak di dada.Lantas disapu air matanya apabila disedari dirinya menangis agar tidak diperasan oleh orang lain.

Zul hadir ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya.Dirinya bertekad untuk berubah dan memulakan lembaran baru.

“Ustaz Kamal tak hadir hari ini,kan?”tanya Zul kepada Najmie.

“Ya,Kenapa?”balas Najmie.

“Aku rasa aku nak tanya soalan Sejarah ,boleh?sambung Muttaqin.

“Boleh….mana soalannya.Kita sebagai seorang kawan mesti saling menolong antara satu sama lain,”jawab Najmie.

“Bangun,”arah ketua kelas.

“Assalamualaikum,”kata Ustazah Salmah yang mengajar subjek Bahasa Melayu.

“Waalaikummussalam warahmatullah,”balas pelajar kelas 5/4 Pengajian Islam Sains Tulen.

Taufik sebagai ketua kelas pun memulakan bacaan doa sebelum memulakan aktiviti pembelajaran&pengajaran seperti biasa.Muttaqin terasa dirinya bersemangat pada hari ini dan dia menumpukan perhatian yang secukupnya terhadap aktiviti pembelajaran&pengajaran yang disampaikan oleh Ustazah Salmah.

untuk..untuk..pintu kelas 5/4 diketuk oleh penyelia sekolah.

“Macam ada pelajar baru .Nampak gaya macam pelajar muslimat,”bisik hati kecilnya.

Sebaik saja penyelia itu membawa masuk pelajar baru itu,lantas Muttaqin munundukkan kepalanya daripada melihat pelajar muslimat itu.

“Perhatian semua,hari ini kita ada sahabat baru.Ini dia,namanya RabiatulAdawiyah binti Ahmad.Saya beri peluang untuk sahabat baru kita ini memperkenalkan dirinya.Dipersilakan,”kata Ustazah Salmah sambil tersenyum.

“Terima kasih ,Ustazah.Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua sahabat.Saya Rabiatul Adawiyah binti Ahmad.Saya berpindah ke sekolah ini,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat atas sebab perpindahan tempat ayah saya bekerja.Saya berharap sahabat semua dapat memberi kerjasama terhadap saya.Itu saja,terima kasih.

Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah.Zul mengambil tidak peduli apa-apa yang sedang berlaku.Kepalanya tunduk saja sambil memandang buku sasteranya yang bertajuk ‘Kerusi’.

“Zul…Zul,kau tengok budak baru tu ,”pinta Najmie.

“Tak naklah,lebih baik aku baca buku ni,”balas Zul.

“Aku tahulah kau jaga pandangan kau daripada tengok budak tu,tapi muka dia tu..macam…macam arwah Najwa,”pintas Najmie sambil menggoyang-goyangkan badan Zul.

“Macam Najwa..,”bisik hati Muttaqin.
Lantas dipandangnya ke arah pelajar baru itu.Dia bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya itu.

“Ya Allah,indah sungguh rencanaMu.Ya Allah,inikah janjiKau selama ini.Rabiatul…Rabiatul Adawiyah…kaulah satu-satunya wanita yang bertaraf wali pada zaman nabi,”bisik hati kecilnya.

Sejak pertemuan itu,Zul hidup dengan penuh kegembiraan.Rabiatul pula dilantik sebagai Pengerusi BADAR bagi pelajar puteri kerana Rabiatul merupakan bekas Pengerusi BADAR di sekolah lamanya,Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malik.

....TAMAT....

 

  Nostalgia


Komen


": SEBUAH TEATER KEHIDUPAN" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.381165 saat. Lajunya....